Friday, July 20, 2018

Projek Infaq Jumaat (27 Julai 2018) Rumah BAkti Al-Kausar, Bangi



Bismillahirrahmanirrahim.

Satu Program Infaq  Jumaat dan berkongsi rezeki akan dibuat secara minggu bersama Sugarmello Bakery dan Jajan Borong Bangi.

Derma atau kutipan yang kami akan dapat disalurkan dalam bentuk pemberian makanan dan minuman kepada Rumah-rumah Anak Yatim, Rumah-rumah Orang Tua dan Masjid-masjid Terpilih. Pemberian akan disalurkan setiap minggu mengikut amaun dana yang mencukupi.

Minimum derma pula hanya RM5.00 seorang. Bantuan derma berupa wang ringgit boleh disalurkan ke

BANK: CIMB
NO AKAUN: 8602655381
(JAJAN BORONG ENTERPRISE)

Untuk memudahkan urusan boleh nyatakan Rujukan: Contoh "PIJRM5" (Projek Infaq Jumaat berserta jumlah bantuan).

Selain dari itu, andai anda ingin memberi bantuan dalam bentuk makanan juga amatlah dialu-alukan.

Terima kasih kepada yang menyalurkan bantuan dan Share entri ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

InsyaAllah kami akan Update aktiviti kami dari semasa ke semasa.


Instagram Sugarmello Bakery : @sugarmellobakery
Instagram Jajan Borong Bangi : @jajanborong

Terima Kasih Kak Lela (Warung Merdeka Kampung Pandan)

Alhamdulillah tak sangka ramai juga yang sudi share post Warung Merdeka aku hari tu. Setakat ini 123 LIKES dan 53 SHARES. Terima kasih banyak kepada yang sudi SHARE post tersebut.

Aku tak sangka pulak Tokey Warung Merdeka tu boleh jumpa post aku. Dah lah muka tak malu nak breakfast FREE 44 hari kan. Haah Tepukkk!

Pagi tadi seperti biasa aku lepak lagi kat Warung Merdeka sementara tunggu time 10.30am nak jumpa Guru Kelas Hanif. Seperti biasa, menu aku 3 hari ni sama Roti Canai dengan Milo Kosong Kaw. Adalah dalam satu jam aku lepak menghabiskan masa lepas tu aku nak pergi bayar. Aku saja lah low profile keluar duit siap siap supaya dorang tak perasan aku. Segan.

Sarapan aku pagi tadi, tak payahlah kira kalori harini.

Sampai kat kaunter je Kak Lela tu tegur Zulaikha ehh hahahaha. Aduh terpaksalah jawab iya. Aku punya plan nak bayar dulu lepas tu baru mengaku aku yang tulis post tu. Sekali dia dah cam aku dulu. Then aku tanya macam mana dia boleh perasan itu aku. Dia kata dia skodeng Facebook aku nak tengok muka customer yang mana.

Aku cakap kat dia jangan percaya yang aku nak FREE sarapan 44 hari tu. Aku main main je. Tak serius pun. Aku ni kan memang sewel kepala otak hahahaha. Dia kata takpe hari ni dia belanja aku. Dia cakap rasa terharu sangat aku promote dan tulis kedai dia kat Facebook. Macam nak nangis pun ada. Rasa sebak pulak aku tengok.

Sebagai seorang yang meniaga aku faham perasaan dia. Kita meniaga ni ada masa susah ada masa senang. Masa senang kita boleh cerita dengan orang tapi masa susah pahit getir tu paling susah orang nak faham. Jadi bila kau ada orang asing yang sudi promo perniagaan kau secara tiba tiba kau akan rasa terharu dan sedih pada masa yang sama.

Bagi aku, semua tu buat secara sukarela. Takde upah takde maksud apa apa. Aku memang suka berjalan dan makan.

Sebenarnya ada banyak tempat kedai makan yang aku pergi cuma aku je tak sempat nak buat entri. Kadang-kadang aku ni malas nak ambik gambar. Nampak macam suka selfie tapi sebenarnya tidak.

InsyaAllah lepas ni aku dah berazam akan cuba untuk bagi review mana mana kedai yang aku pergi.

Terima Kasih Kak Lela (Warung Merdeka) sebab belanja saya sarapan hari ni. Semoga perniagaan akak bertambah maju dari sehari ke hari. Aminnn.

Tuesday, July 17, 2018

Warung Merdeka Baru di Kampung Pandan


Orang Kampung Pandan je tau Warung Merdeka ni hehe.

 Dulu kedai dorang sebelah Masjid Tasik Ampang. Lepas tu kena roboh sebab tanah tapak yang dorang sewa tu nak digunakan untuk pembangunan lain. Ni kira baru siap lah ni. Baru bukak dua hari. Kedai kat tapak baru. Tengah tengah padang ahaha. Ambik kau. Tokey dia kata kena tambah meja. Sebab ramai. Lagi pun dorang bukak sampai malam. 😂

 Dulu konsep ala ala biasa. Buka pagi lepas tu tenghari tutup. Malam baru bukak balik. Taklah warung sangat. Kira padanlah kedai kat tempat Kampung Pandan. Cuma tempat tersorok. Sekarang dah upgrade ala ala cafe. Letak gambar artis jaman P. RAMLEE. Lebih santai. Lebih sejuk berbanding kedai sebelum ni. Orang macam aku memang suka tempat sejuk sejuk ni. Tengahari pun bukak ada tambahan Nasi Pecal Lele. Yang pasti lebih ramai yang datang.

 Masa aku tengah lepak ni pun banyak kereta yang lalu lalang dok usha je. Mesti dorang ingat kedai baru hihi.


Kedai dia ramai sebab murahlah bagi aku. Anak anak aku suka roti canai dia. Aku biasa makan soto je. Kalau malam pun ramai orang. Agak agak teringin nak Nasi Goreng USA sedap sinilah jugak menyinggah. Di kala orang jual Milo Panas segelas RM2.00 dorang jual RM1.60. Baru ni naik ke RM1.80. Eleh murah dua posen je kan. Cuba kali 10 hari. Dapat lagi Milo Panas segelas. 😂

Yang ramai datang sarapan kat sini majoritinya Orang Kampung Pandan. Lokasi kedai ni sebelah Kondo Angsana Hilir. Kalau korang jumpa Kondo Angsana Hilir maka akan jumpalah Warung Merdeka. Kedai ni memang tak pernah tutup kecuali Raya Aidilfitri dan Raya Haji.

 Aku harap kalau tokey Warung Merdeka ni jumpa post ni dia bagi aku sarapan pagi FREE selama 44 hari. Baik punya aku promote kedai baru dia. 🤣

Friday, June 22, 2018

Petua nak baik demam cepat

Ada orang demam berhari hari tak baik. Alhamdulillah aku jarang demam berhari lamanya. Sekali je lah demam lebih dari 7 hari. Itupun sebab kena denggi.

Macam ni lah aku dua hari ni haha

Kali ni demam on and off. Malam sebelum raya dah nak jadi demam. Lepas tu membedal buah kuini sebijik esoknya terus hilang demam.

Pergi pulak bercuti dengan cuaca sejuk (ekon), panas dan mandi laut, ditambah pula kekurangan air putih. Makan pula tak tentu. Terlebih minyak, terlebih gula. Maka hari kedua bercuti dah start sakit dan gatal gatal tekak, hidung dah mula sumbat dan bersin.

Balik je badan dah mula rasa tak sedap. Dah rasa rimas. Esoknya dah tak boleh bangun. Kau makanlah panadol dua biji dan clarinase sebijik. Tak lut. Makin menjadi lagi ada. Dah kena marah yang tukang bagi ubat tu. Apa hal bagi ubat tak baik pun.

Akhirnya, demam baik sendiri dengan petua makan kambing dari pagi, tengahari, petang dan malam. Terus boleh lompat lompat tengok game Brazil vs Costa Rica. Cuma flu dengan suara serak basah je tak hilang lagi.

So esok lusa ai dah boleh terkinja kinja dah. 😂😂😂

Thursday, January 11, 2018

Produk Kerepek, produk baru?

Alhamdulillah, masuk tahun ni dah 4 tahun saya menjadi homebaker. Macam dah lama je meniaga rasa. Banyak kisah suka duka menjadi seorang peniaga. Kisah pahit tu takyah lah cerita. 40 hari 40 malam pun tak cukup nak cerita. Buat pengajaran dan pengalaman untuk mengenal manusia.

Tahun ni salah satu azam nak rajin update blog haha. Harap harap menjadi kenyataan. Memandangkan ini blog persendirian jadi semua benda saya akan cerita disini. Bisnes, kehidupan, sharing dan tips all in. Saya memang tak boleh untuk handle dua tiga blog. Masa terlalu terhad. Yang ada ni pun terkial kial nak update. Korang pandai pandai search Label kat sebelah kanan tu ye cari topik yang berkaitan.

InsyaAllah minggu depan akan sampai lah kerepek weolls. Kerepek ubi ni memang sedap giler. Dah banyak kerepek yang saya makan yang ni paling sedap. Walaupun pedas anak-anak pun suka. Kalau sekali hadap tengok TV memang takkan sedar. Tau tau aje bekas dah kosong.

Nak tunjuk gambar tapi kerepeknya tak ada lagi acaner. Kenalah tunggu minggu depan. Dah ada produk senang lah nak snap gambar. Saya bukan suka sangat pinjam gambar pak cik Google. Kekadang ada yang tak clear. Tu payah.

Kalau ada yang nak jadi agen pun best jugak. InsyaAllah boleh buat duit raya. Tunggu kerepek sampai kita citer lagi panjang okayhh! See yah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...