Tuesday, October 25, 2022

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)


RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022) 
(Filem India paling mahal) 

HINDI MOVIES 

Genre: Action, Adventure, Drama, Historical. 

Stars: N.T Rama Rao, Ram Charan, Ajay Devgan, Alia Bhatt 

Personal Rating: 9/10 

 Tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya habiskan filem ni tanpa terlelap. Tetau je tengok jam pukul 2 pagi. Movie berdurasi 3 jam 5 minit. Haah bayangkanlaa mak layan movie ni dari pukul berapa. Itu pun kira cepat dah sebab yang mana ada lagu² tu semua aku skip. 😅 

 Filem ni kos pembikinan dia telan 72 juta dollar. Menjadikan ia filem India yang paling mahal sekali yang pernah dihasilkan setakat ini. 

 Tayangan 1st day je dah kutip 30 juta dollar. Dan kutipan worldwide sebanyak 160 juta dollar. Top hit kat Netflix di 62 buah negara. Movie ni kisahnya tentang revolusi terhadap penjajah British. Bristish kan memang jahat kan. 

 Dua strangers yang pada mulanya berkawan kemudian bergaduh sebab ingatkan lagi sorang ni penjilat British padahal kawan tu fight British untuk tanah India secara keseluruhannya. Begitulah. Ending dia korang mesti boleh tangkap. 

 Scene yang paling aku suka scene yang dorang ramai kata macam tarzan tu dengan scene binatang liar keluar dari lori. Scene lori tu memang gempak. Berkali² repeat. 😆 

 Kalau korang jenis suka action movie Tamil memang sangat digalakkan untuk nonton movie ni. Action dia opcos laaa 2 orang hero lawan 200 tentera British. Sorang boleh lawan berpuluh² orang. Bab ni kalah Mat Kilau. 🤣 

 Aku okay aje movie kalau action yang tak logik ni. Dah namanya movie kan. Jadi takyahlah nak kecam filem sejarah Mat Kilau tu tak ikut sejarah. Ko tengok filem ni lagi ternganga hahahah. Bab² cinematography dalam filem ni memang best. 

 Yelah kalau dah tembak anak panah tu kena pokok, pokok pun tembus apa cer kan. Sah sah laa hebat. 😆

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...