Hari ini aku nak simpan kenangan hari-hari terakhir penutupan kedai Sugarmello Bakery di UTC Keramat. Genap dua tahun dah meniaga disitu akhirnya kena berpindah ke tempat lain atas sebab urusan kerja.
Sepatutnya, tahun lepas lagi dah mula berpindah. Tapi sebab ada banyak benda yang tak selesai jadi tangguhkan dulu sehinggalah beberapa hari sebelum menjelang 2025. Aku balik rumah dan berfikir masak-masak sampai tak boleh tidur.
Dua tahun raya yang lepas aku dengan anak-anak berkampung di UTC Keramat semata-mata untuk menyiapkan tempahan kuih raya. Tapi tahun ini, kami akan berkampung di Taman Melawati untuk menyiapkan tempahan.
Perancangan asal ialah, bila hujung minggu aku atau Hanif akan buka kedai demi pelanggan yang selalu datang mencari Waffle dan makanan ringan yang lain. Tapi... sungguh kepenatan. Tak larat weyh.
Setiap hari balik lambat. Hujung minggu Hari Ahad nak buka memang tak larat. Macam mana nak buka kedai.
Jadi, dengan penuh rasa tekad aku buat keputusan tutup terus dan angkut barang-barang semua ke office. Tak nak pandang belakang dah. Move on gituuu hehe.
InsyaAllah, operasi masih sama cumanya tak adalah jual waffle, roti dan sarapan sepanjang hari.
Kita berbalik dengan aktiviti dulu-dulu. Baking sepenuhnya. Buat kek, brownies, congo bars dan cookies. Dan syukurnya di sini ada pembantu yang akan tolong buat production. Tak ada la nak stress sangat.
Untuk production kuih raya tahun 2025 ni, InsyaAllah akan bermula awal sebab banyak juga nak buat. Tempahan kuih raya akan dibuka pada seminggu sebelum bulan Januari 2025 berakhir.
Harapanya, selepas ini aku akan ada masa untuk update blog sekurang-kurangnya tiga kali seminggu hahaha. Teruk sangat sawang yang ada dalam ni.
Dan terima kasih kepada anda yang selalu tersesat ke sini dan baca apa yang aku tulis. Sayang korang semua.
No comments:
Post a Comment