Monday, January 20, 2025

Makan malam di Warung Merdeka, Kampung Pandan



Dua malam lepas aku dengan Hadif rasa kebuluran. Maklumlah, dari tengahari kami tak makan. Mak dia pulak malas nak turun beli makanan. Maka, duduklah di office sehingga ke petang. 

Balik tu rupa-rupanya papa dia pun tak makan seharian.

Hanif pula pergi keluar pergi rumah kawan dia ada BBQ. Jadi, kami tiga beranak je keluar makan. 

Warung Merdeka antara kedai makan kegemaran kami sekeluarga especially kalau masak goreng-goreng. Dari dulu tak pernah mengecewakan.

Tom yam Ayam

Tom yam Ayam putih kat sini memang sedap. Aku tak pernah minta pedas sebab yang ini pun dah pedas. 

Ayam Goreng Kunyit

Ayam goreng kunyit pun sedap. Cukup Masin. Tapi kalau untuk portion mesti lah Mat Rock punya.

Telur dadar

Telur dadar adalah menu paling biasa aku order bila makan kat kedai. Hantu telur aku ni. Kadang-kadang bila pergi makan dengan kakak ipar aku dia siap kata tak payah order telur hahahaha. Tapi aku kata mana sedap kalau makan kat kedai tom yam tak order telur dadar. 😅

Kat sini telur dadarnya sedap. 

Sup ekor RM16 tau 😅

Sup ekor ni biasanya suami sis yang suka. Makan dengan nasi putih dan sambal belacan. Sedap dia kata. Aku tak berapa minat sup ekor ni. Papa kata sedap. Tapi ituah reganya tu perghhh. Tahun 2025 harga sup ekor RM16 gais. 😭

Ada banyak lagi makanan yang sedap disini. Kalau nak aku bagi rating secara keseluruhan, kalau untuk makan malam di Warung Merdeka Kampung Pandan ni aku letak rating 9/10 hehe.  

Maksudnya, setakat apa yang aku order memang sedap belaka. Dia punya Nasi Goreng USA adalah aku punya feveret. 

Sarapan pagi dia aku rasa dah biasa tak macam dulu kecuali roti canai dia dari dulu sampai sekarang tetap thorrbaek!! 

Nak datang makan disini datang awal sleeps Maghrib tak ramai orang. Boleh makan dengan selesa. 

No comments:

Post a Comment

Makan malam di Warung Merdeka, Kampung Pandan

Dua malam lepas aku dengan Hadif rasa kebuluran. Maklumlah, dari tengahari kami tak makan. Mak dia pulak malas nak turun beli makanan. Maka,...