Sunday, January 26, 2025

Rumah Reptilia (Reptiles House) di Taman Buaya Melaka

Selepas aku pusing di kawasan Taman Miniatur Malaysia aku masuk ke Rumah Reptilia. Suami dan anak-anak aku dah sampai dulu dah. Yang aku masih fokus ambil gambar monumen ikonik.

Dalam Rumah Reptilia ada beberapa spesis ular. Ada ular tikus ekor merah, ular sawa dan yang lain-lain tu aku tak ingat nama. Tapi dalam kategori berbisa juga kecuali ular sawa.

Ular yang paling menarik kami tengok masa tu ialah Ular Tikus Ekor Merah sebab ia bergerak macam nak cari jalan keluar. Boleh rujuk video Instagram aku. Lama juga kami memerhatikan pergerakan ular yang seekor ni. Dah macam dia menunjuk-nunjuk pulak.

Selalunya, bila kita orang pergi zoo atau mana-mana taman yang ada ular ni susah nak tengok ular tu bergerak. Semanjang tidur je. Duduk diam-diam. Tapi yang ini memang aktif. Nama Ular Tikus Ekor Merah, ada yang kata Ular Hijau Ekor Merah. Aku ikut je apa yang tertulis disitu. Tapi aku tengok ekor ular ni macam warna "silver" ke aku yang rabun warna. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Ular Tikus Ekor Merah




Kalau mengikut dari apa yang aku baca, Ular Tikus Ekor Merah ni berbisa. Korang boleh try tanya pakcik Google. 

Dah habis layan Ular Tikus Ekor Merah ni kami layan tengok Ular Sawa Batik pulak. Kebetulan juga masa kami datang tengok ular sawa ada seekor tu bergerak-gerak. Baru habis makan. Tengok perut dia buncit. 

Time tu dok betulkan kepala dia agaknya nak tidur sebab kekenyangan. Masa aku tengok tu geli juga. Bila pergi taman haiwan bolehlah tengok ular dekat disebalik cermin. Kalau dalam realiti sebenar mampus keras aku akan lari dulu. Terbayang-bayang Anaconda kan. πŸ˜…

Kalau korang datang ke sini, masuk lah ke Rumah Reptilia ni. Walaupun ularnya tak banyak tapi ada seekor ular yang aktif ni pun boleh buat kau terhibur. πŸ˜†

No comments:

Post a Comment

Projek Ramadhan 2025

Gambar semasa Potluck Kasih Sayang Pada 01 Januari 2025 Selama aku dah terlibat dengan kawan² untuk buat kerja amal dan menyantuni anak² yat...