Thursday, January 23, 2025

Makan Daging Salai Masak Lemak di Sultan Salai, Simpang Ampat

Kawasan tempat letak kereta

Beberapa minggu yang lalu, ada orang cadangkan untuk pergi cuba makan Daging Salai Masak Lemak di Sultan Salai.


So, sebagai seorang peminat setia Daging Salai Masak Lemak aku pun ajak suami aku makan di sana dan kebetulan pada masa yang sama suami aku pun memang dah berniat untuk bawak aku ke situ. Dia kata awak try la nanti lepas tu baru komen sedap ke tidak. 

Kita bertolak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi. Sampai di Sultan Salai pukul 12.30 pm. Masa kami sampai keadaan masih lengang lagi. Orang tak berapa ramai. Mungkin sebab hari Isnin. 


Dah dapat meja aku dengan suami  terus beratur pilih lauk. Konsep ambil sendiri. Sama lebih kurang macam Lomak Salai tapi bezanya lauk yang dihidangkan depan kaunter ada yang dibalut dengan menggunakan "cling wrap".

Daging Bakar


Air asam

Okay, tiba masanya untuk "review". ๐Ÿ˜†

Ini adalah review mengikut aku punya selera. Dan perlu diingatkan setiap orang seleranya tak sama. Yang aku kata sedap korang mungkin kata tak sedap dan begitulah sebaliknya. Chill je okay. 

Untuk Daging Bakar rasanya biasa sahaja. Daging agak liat. Air asamnya cair. Untuk harga pada aku okay RM11.00. Cuma kena improve sikit bab air asam dan keliatan daging. Ada yang aku tak boleh kunyah. Jadi, kunyah perlahan-lahan then telan sambil minum air hahaha. 

Daging Salai Masak Lemak


Daging Salai Masak Lemak ni semangkuk RM30.00. Untuk harga aku tak ada complaint sebab memang itu pun harganya. Portion banyak. Memang cukup untuk kami berempat makan. Bab rasa tak berapa nak umph sangat. Pedas okay. Daging pun sama, agak liat macam daging bakar. Struggle betul makan. ๐Ÿ˜…

Pucuk Ubi Masak Lemak

Pucuk Ubi Masak Lemak pun biasa. Tak ada rasa sangat masak lemak tu. Mungkin dorang tambah air. 

Cendawan Celup Tepung



Cendawan Celup Tepung kat sini memang terbaik. Boleh dikatakan Cendawan Celup Tepung ni penyelamat hidangan kami pada hari tersebut. Memang sedap. Yang ini aku bagi lima bintang!!! Takkan menyesal kalau korang ambik. Berbaloi. Anak² dan suami aku pun kata sedap. Harga pun okay. 


Untuk Ayam Goreng Celup Tepung itu pun sama. Sedap. Anak-anak aku, Hanif dan Hadif suka sungguh. Satu ketul RM5.00. Okaylah. Nak murah macam mana lagi kan. 

Udang Celup Tepung

Udang Celup Tepung kami tak ambik sebab dah dapat Cendawan. Nak dibandingkan Udang dengan Cendawan kita orang lagi "prefer" cendawan. ๐Ÿ˜†

Resit harga tak termasuk air

RM77.00 tu cuma harga makanan tidak termasuk air. Aku dengan suami cuma minum air suam. Hadif air Milo Ais dan Hanif aku rasa Air Lemon. Jadi, untuk harga akhir tak sampai pun RM90.00. Kita okaylah. 

Kalau korang nak tahu, ada banyak lagi menu di Sultan Salai. Boleh rambang mata. Kami cuma ambil apa yang kami suka makan dan habis. 


Salad pun ada






Kalau korang jenis yang nak makan salad pun ada. Aku cuma review lauk yang aku makan. Yang lain aku tak tahu rasa macam mana. 

Untuk "review" keseluruhan aku bagi 7/10 sebab Cendawan Celup Tepung dan Ayam Celup Tepung adalah penyelamat. 

Untuk orang lain aku tak tahu. Seperti yang aku kata. Lain selera, lain rasa. Sedap itu subjektif.

Tapi, aku galakkan korang datang sini. Sila cuba semua Kedai Daging Salai Masak Lemak yang ada. Tak rugi. Sedap kita datang lagi, tak sedap kita tak payah datang dah hehe... 

Lepas ni kami nak try makan tempat lain pula. 

Harap "review" aku ini tidak mengecewakan para peminat Sultan Salai huhuhu. 

Yang tak pernah pergi boleh cari alamat ini di pakcik Google. 

Sultan Salai - Daging Salai, Itik Salai, Siput Sedut Masak Lemak @ Simpang Ampat, Melaka. 

No comments:

Post a Comment

Makan Daging Salai Masak Lemak di Sultan Salai, Simpang Ampat

Kawasan tempat letak kereta Beberapa minggu yang lalu, ada orang cadangkan untuk pergi cuba makan Daging Salai Masak Lemak di Sultan Salai. ...