Thursday, January 23, 2025

Cuti Sekolah Akhir Tahun: Bercuti ke Melaka

Sempena cuti sekolah akhir tahun yang telah bermula dari 18 Januari 2025 hingga 16 Februari 2025 baru ni aku bawak anak-anak pergi bercuti ke Melaka.

Minggu pertama cuti sekolah tu kami dah pergi jadi tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai. Masuk minggu kedua cuti sekolah confirm akan ramai sebab dah Tahun Baru Cina kan. Jadi, nak mengelakkan kesesakan kami pergi awal-awal hehe.

Kali ini kami menginap di hotel ditengah kawasan bandar supaya senang nak pergi ke mana-mana dengan hanya berjalan kaki je. Jimat duit minyak dan parking. Paling best tak perlu nak mengadap kesesakan lalu lintas dalam bandar.

Rupa-rupanya, trip kali ini baru aku sedar banyak juga tempat yang kita orang tak pernah pergi. Ada dua tiga muzium yang menarik yang kami tak pernah pergi. Memang tak sempat nak habis untuk tiga hari. 😅

Hari pertama tu kami ke Taman Buaya Melaka. Hari kedua kami pusing satu bandar Melaka sampai lenguh kaki berjalan. Balik hotel petang kita berehat sekejap dan malam kita keluar lagi pergi makan. Hari ketiga, balik tu singgah pula Port Dickson "kampung" aku hahaha. 

Dalam banyak-banyak trip pergi Melaka, trip kali ini memang best. Aku akan kongsikan kenapa dalam setiap satu entri nanti okay.

No comments:

Post a Comment

Makan Daging Salai Masak Lemak di Sultan Salai, Simpang Ampat

Kawasan tempat letak kereta Beberapa minggu yang lalu, ada orang cadangkan untuk pergi cuba makan Daging Salai Masak Lemak di Sultan Salai. ...