Thursday, January 30, 2025

Burung Nuri, Taman Buaya Melaka


Dalam Taman Buaya Melaka ada satu sangkar yang menempatkan burung-burung nuri.

Tidak ada sesiapa yang boleh masuk ke dalam. Kami pun cuma melihat dan bermain-main dengan burung-burung nuri yang ada dari luar.

Burung-burung nuri yang ada didalam ini sangat comel dan bising. Pantang melihat orang mendekati sangkar pasti riuh.

Susah kita mahu melihat spesis burung nuri sekarang kerana burung nuri ini hampir pupus. Di Malaysia, jika mahu memihara burung nuri perlu mempunyai lesen. Jika tidak mempunyai dokumen yang sah dan disabit kesalahan boleh membuatkan kita didenda atau dipenjarakan atau kedua-duanya sekali.

Ini kerana semua spesis burung nuri adalah spesis yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Dan jangan sesekali menyeludup haiwan kecil ini. Salah di sisi undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Burung Nuri, Taman Buaya Melaka

Dalam Taman Buaya Melaka ada satu sangkar yang menempatkan burung-burung nuri. Tidak ada sesiapa yang boleh masuk ke dalam. Kami pun cuma me...