Tuesday, August 10, 2021

Jungle Cruise (2021)


JUNGLE CRUISE (2021)

Rating: 7/10

Pelakon: The Rock, Emily Blunt, Jack Whitehall, Edgar Ramirez

Movie ini and diinspirasikan dari kisah Amanda Knox. Seorang rakyat Amerika yang telah dipenjarakan di Itali sebelum dibebaskan. Akan tetapi Amanda mengkritik filem tersebut dengan menyatakan bahawa pembuat filem Jungle Cruise mengambil kesempatan di atas segala kesusahan yang beliau alami akibat dari pertuduhan membunuh. Sebenarnya beliau tidak bersalah di atas pertuduhan membunuh tersebut.

Kos filem ni 200 juta USD. Tetapi cuma box-office sebanyak 74.4 juta USD worldwide. Dan 30 juta dari tayangan Disney + Premier access. Nak buat macam mana kan waktu pandemic ni.

Cerita ni ala ala macam Indiana Jones. Kalau tengok dalam panggung lagi best.  Takde scene romantic yang berlebihan. Sesuailah kalau kanak kanak nak nonton. 

Filem ini mengisahkan tentang seorang doktor yang bernama Dr Lily Houghton (Emily Blunt) membuat kajian tentang pokok Tears of the Moon bersama dengan adiknya MacGregor menyatakan yang bunga dari pokok ini boleh menjadi salah satu revolusi dalam bidang perubatan. Dan mereka memohon kebenaran untuk mengambil artifak yang menjadi kunci untuk mencari pokok tersebut.

Tetapi permohonan mereka telah ditolak oleh Royal Society dengan alasan apa yang mereka yang nak cari itu hanyalah dongeng semata-mata. Pada zaman itu saintis wanita sangat dipandang rendah oleh para cendiakawan.

Akhirnya Lily mengambil keputusan untuk mencuri artifak tersebut.

Tiba di Brazil Lily dan MacGregor harus mencari seseorang untuk membawa mereka ke lokasi pokok tersebut merentas sungai dan hutan Amazon. Dalam bahasa doktor Lily mahu berjumpa dengan Kapten Nilo dia terserempak dengan Frank yang sedang berusaha untuk mengambil semula kunci bot yang dirampas oleh Nilo.

Lily menawarkan harga yang tinggi untuk Frank membawa dia dan adiknya mencari pokok tersebut. Pada mulanya Frank tawaran menolak tersebut tetapi Frank melihat "arrowhead" yang dipakai oleh Lily dia pun terus bersetuju.

Maka, bermulalah misi pencarian mereka. Di awal perjalanan mereka telah diserang Prince Joaqim, keturunan diraja Jerman yang juga mahu mencari pokok Tears of the Moon. Tapi, akhirnya mereka dapat melepaskan diri.

Dalam perjalanan Lily menjumpai gambar, lakaran, lukisan, peta, dan kajian mengenai pokok Tears of the Moon di dalam kabin Frank. Maka terjadilah konflik. Lily menuduh Frank sama sama mahu mencari pokok tu. Frank pun mengaku dia pernah mencari pokok itu, tapi dah berputus asa sebab Frank kata itu cuma dongeng semata.

Kemudian mereka ditangkap oleh puak kanibal Amazon. Rupa-rupanya itu adalah helah si Frank untuk menakut nakutkan pelancong. Lily rasa dikhianati dan ditipu. Dan dia taknak dah percaya dengan Frank. 

Tapi, ketua suku kaum orang asli sanggup menolong Lily untuk menterjemahkan tulisan di atas "arrowhead" dan memberitahu dimana lokasi poko tersebut. Ketua suku kaum orang asli Amazon ada memberitahu yang bunga pokok Tears of the Moon itu hanya mekar pada "blood moon." Dah habis tempoh blood moon bunga tersebut akan layu dan mati.

Okay, masa sebelum ni ada satu kumpulan penjelajah yang mencari Pokok Tears of the Moon ni. Tapi atas sebab tertentu dorang kema sumpah jadi batu. Dan Prince Joaqim pergi lepaskan dorang ni atas sebab yang sama. Untuk mendapatkan bunga dari pokok Tears of the Moon. 

Jadi, bila telah dilepaskan para penjelajah ini pergi mencari "arrowhead" kunci kepada lokasi pokok tersebut kat kawasan suku kaum orang asli Amazon ni tadi.

Berlaku pergaduhan dan pembunuhan sebab ketua penjelajah tu Don Aguirre cuba merampas "arrowhead" yang dipakai oleh Lily. Dalam pertarungan Frank dibunuh oleh Aguirre dan jatuh ke dalam sungai. Lily dan adiknya MacGregor serta ketua orang asli Amazon melarikan diri ke tempat yang lebih selamat. Kaki MacGregor pulak patah. Jadi ketua orang asli tu kata Lily kena lari jauh ke dalam hutan supaya tidak dapat dikejar oleh para penjelajah yang telah kena sumpahan.

Sempat juga Lily lari dari ditangkap dan dibunuh oleh Don Aguirre.

Keesokkan harinya, mereka terkejut terjumpa Frank terdampar ditepi sungai dengan anak panah yang masih di dada. 

Barulah tahu cerita sebenarnya yang Frank ini merupakan salah seorang dari ahli kumpulan Don Aguirre. Nama sebenarnya Islam Francisco. Berumur 500 tahun. Tujuan pengembaraan mereka mencari bunga petal Tears of the Moon adalah sebab nak menyembuhkan penyakit anak Don Aguirre yang sedang sakit tenat. Dan mereka hampir mati di dalam hutan Amazon, tapi diselamatkan oleh kaum orang asli. Bila dah sembuh Don Aguirre meminta "arrowhead" dari ketua orang asli tu demi untuk mencari pokok Tears of the Moon tetapi ketua orang asli tu menolak perimintaannya. 

Reaksi ketua kaum orang asli itu membuatkan Don Aguirre sangat marah dan dia bersama ahli kumpulan yang lain membunuh kesemua suku kaum orang asli disitu. Tetapi Frank tidak bersetuju dengan tindakan Don Aguirre lalu mereka pun bergaduh sesama sendiri. Akan tetapi, sebelum ketua kaum orang asli itu mati, mereka semua telah disumpah agar hidup selama lamanya di sepanjang sungai.

Sehinggalah bertahun tahun Don Aguirre dan Frank bergaduh, Frank tidak tahan terus mengurung kawan kawan dia di gua dimana mereka bertukar menjadi batu. Bermula dari situlah Frank mencari pokok tersebut untuk mematahkan sumpahan terhadap diri sendiri dan pada masa yang sama membangunkan sebuah bandar disitu. Dan dia juga yang membuat peta bandar, sungai dan hutan Amazon. Tapi memilih untuk menjadi "nakhoda" sebab dia tak boleh berada jauh dari sungai. Bot yang dibuat diberi nama La Quilla, sempena nama dewi bulan.

Disebabkan kaki MacGregor dah patah, Lily dan Frank meneruskan perjalanan mereka ke lokasi pokok tersebut. Sementara itu, Joachim berjaya menangkap MacGregor, dan memaksanya untuk mendedahkan lokasi Lily dan Frank.

Frank dan Lily tiba di La Luna Rota. Boleh dikatakan sebagai lubuk sungai. Yang teka tekinya "Turn Water to Stone". Rupa rupanya dibawah sungai tu adalah satu tempat yang macam kota kecil zaman purba.

Pada masa yang sama Prince Joachim pun sampai dan mereka ditangkap dan pergi ke lokasi pokok Tears of the Moon bersama sama. 

Dari situ barulah mereka tahu yang anak panah berbentuk hati itu sebenarnya berisi batu permata didalamnya. Setelah meletakkan permata dan loket ke dalam batang, pokok yang tidak aktif itu mekar di bawah bulan darah. 

Lily menembak Frank dan berjanji untuk mendapatkan kelopak bunga Tears of the Moon. Frank yang ditembak tadi menyelamatkan MacGregor.

Lily pula melarikan diri dari Joachim setelah berjaya memetik kelopak bunga Tears Of The Moon.

Dalam kalut bergaduh, Aguirre dan ahli kumpulannya sampai dan cuba membunuh Joachim atas penipuannya. Kemudian cuba mengejar Lily. Frank memanggil Aguirre dan menyatakan bahawa bunga tersebut ada ditangan dia. Dan mereka beralih cuba mengejar Frank pula. 

MacGregor diturunkan berhampiran dengan tepi sungai bersama dengan Proxima. Frank cuba untuk memberhentikan Aguirre dan rakan rakan lain dengan menghancurkan perahunya untuk menyekat sungai, mengubah mereka serta dirinya menjadi batu. MacGregor secara tidak sengaja telah membunuh Prince Joachim.

Lily, yang kemudiannya menyedari perasaannya yang sebenarnya untuk Frank, mengorbankan kelopak bunga yang ada untuk menghapuskan sumpahan terhadap Frank. 

Selepas beberapa ketika Frank yang telah menjadi batu bertukar sedikit demi sedikit.  Maknanya sumpahan berjaya dihapuskan dan Frank telah kembali menjadi manusia biasa. In happy moment tiba tiba cahaya  bulan berdarah kembali menyinari pokok Tears Of The Moon dan tiba tiba muncul lagi satu kelopak bunga. Kira ada harapanlah penyelidikan Lily diteruskan.

Filem ini berakhir dengan MacGregor membentangkan tentang ekspedisi mereka dan memberitahu bahawa Dr Lily menolak invitation dari Royal Society (lelaki) yang mahu menerima Lily menjadi sebahagian dari team mereka. Frank dan Proxima pun sama sama mengikut Lily dan MacGregor ke London.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...