FREE GUY (2021)
Rating: 8/10
Pelakon: Ryan Reynolds, Jodie Gomer, Joe Keery, Antoine
Jalan cerita simple. Sesuai untuk ditonton bersama anak anak. Terutamanya yang suka main game. Untuk saya cerita ni biasa. Rating 8/10 adalah berdasarkan rating dari anak anak. Mereka memang syok layan filem ni dari awal sampai habis.
Okay saya cuma tulis sinopsis pendek. Movie ni mengisahkan tentang satu game online yang dibangunkan oleh Keys (Joe Keery) dan Millie (Jodie Gomer) yang dicuri oleh Soonami Head Developer yang bernama Antwan (Antoine).
Millie & Keys |
Nak diikutkan game yang original adalah Life Itself tapi bila dicuri ia telah ditukar nama kepada Free City oleh Antwan.
Nak buktikan yang mereka berdua adalah owner dan penulis code yang sah untuk game tu, Millie harus masuk ke dalam game tu jadi player semata mata untuk mencaru "source code" tersebut.
Guy pula merupakan watak NPC (Non Player Character) yang punya kehidupan sendiri di dalam Free City. Bekerja sebagai bank teller. Setiap hari buat aktiviti yang sama. Dan dia tak sedar pun yang dia hidup didalam video game sehingga ada suatu hari tu dia mengambil cermin mata hitam dari seorang player yang mahu merompak bank.
Barulah dia tahu rupanya dia hidup didalam dunia game online. 😅
Dari situ segalanya berubah. Dia mula bermain seperti player yang lain. Dan membantu Millie untuk mendapatkan source code sehinggakan Keys dan Mouser percaya yang Guy ini adalah hacker. Padahal AI code tu yang advance. Sehingga sampai suatu tahap semua NPC player yang ada dalam Free City tu tidak respons kepada pengaturcaraan sedia ada.
Apabila Antwan tahu tentang semua tu dia pun mula mengeluarkan semua player dari Free City dan cuba untuk membangunkan Free City 2. Tapi akhirnya tidak berjaya. Antwan kemudiannya ditangkap.
Guy tetap berada didalam Free City. Hidup bebas tanpa mengikut coding original Free City.
No comments:
Post a Comment