Thursday, November 4, 2021

Selamat Menyambut Deepavali 2021


Rasa macam lama tak buat entri. Busy melayan kuih. Melayan kek. Melayan anak. Nak review movie pun tak sempat. Bukan tak tengok movie yang latest. Semua dah habis khatam kecuali movie yang aku tak minat. Cumanya nak karang ayat tu ambik masa. 😅

Ada masanya tak juga sibuk. Tapi sibuk melayan perasaan. Buat photoshoot. Membaca. Survey macam macam. Itulah kerja seharian. Kebanyakkan masa aku menulis kat facebook. Yelah pendek dan ringkas. Jadinya nak tulis blog tu memang terasa panjangnya. 

Kalau kat facebook tulis macam tulis blog sapa la yang nak membacanya kan huhu.

Entri malam ni khas untuk sahabat sahabat dan followers blog ini yang menyambut Deepavali. Merasa juga kan nak sambut raya selepas berperang dengan Covid.

Selamat Menyambut Deepavali. Semoga sahabat semua bergembira menyambut perayaan Deepavali tahun ini. ❤

Apa nak buat. Dah memang begini gaya hidup terbaru kita. Buat laa apa pun. Tapi harus diingat supaya berpada pada. Jaga SOP dan ikut peraturan. 😅

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...