Lokasi di Nombor 11-3, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju. Nak senang landmark nya ialah FnD ni atas kedai Patatimo. Tingkat atas sekali. Dia kalau dah naik atas tu kompom tak turun dah.
Masa sampai tu terus anak anak macam excited giler tapi tak tahu nak main apa. Bila nampak Giant Chess tu okaylah kita main chess dulu.
Kawasan sangat luas. Boleh muat 80 orang. Tapi sebab PKP so kena follow SOP cuma terhad kepada 30 orang sahaja. Buka dari pukul 12 tengahari sehingga 10 malam. Dan siap ada surau. Haah takde alasan tak solat. Ada company nak buat Teambuilding pun boleh, nak buat event pun boleh. Nak sewa game dorang pun boleh. Atau nak buat event kat company dan minta pihak FnD tolong arrange lagi lah boleh. Cakap je. FnD dah ada siap pakej. Ikut la nak game apa. Contact sahaja Encik Effendy.
Dah bosan main chess dorang ajak aku main Carome pulak. Dah lama tak main kan. Keras la tangan. Tapi setakat lawan anak anak memey menang sokmo leer. 🤣
Dah main carome main batu seremban, main tutup botol, main apa entah lagi tak ingat nama dah.
Hadif bab bab game ni dia jenis tak boleh kalah. Bukan tak tau reti. Tapi dia dah rasa menang tu best kan. Macam Hanif dia relax je.
Bila dah lama lama tu dia tengok ramai orang datang situ main board game dia pun nak rasa. Siap tanya, "mama hanif nak main war game boleh???"
Aku macam errr.... board game tu nak main memang berjam jam lamanya. Tengok ada dua tiga group tu dari masa aku sampai pukul 5 petang sampai balik 10.40pm pun tak habis lagi.
Punya syok duduk dalam tu masa berjalan pun tak sedar.
Bila ajak balik. Tak nak pulak. Dah melekat hahaha. Pastu dah nak balik tanya lagi bila boleh datang. Bagitau berapa hari lagi boleh datang. 😅
Hadif dia lebih suka game macam lego dan seangkatan dengannya. Hanif sebab dah besar dia nak game yang lebih mencabar.
Tempat ni sangat bagus. Boleh lepak sambil main game sambil asah otak. Lagi lagi kalau anak anak korang jenis yang addicted dengan game kan. Memang elok lah datang sini bagi dorang layan. Student U pun boleh. Duduk satu hari pun takpe. Golongan mak mak boleh merayap kat Wangsa Walk hahaha.
Saya pun baru tahu yang tempat macam ni wujud. Kalau tahu dah lama mak angkut anak anak datang sini. Tapi kalau anak anak korang bawah 8 tahun tak sesuai la. Yang tu kena bawak main kat taman ring ria dalam mall. 😂
Untuk harga sekali masuk RM15. RM10 budak sekolah. Tapi sempena Open Day harini 20 November 2021 jadi ada PROMO RM10 per head. Nak duduk sampai dorang tutup pun takpe. Kalau lapar makan je la kat Patatimo bawah tu. Hanif siap plan nanti nak ajak kawan kawan datang main kat FnD. Lagi seronok bila dapat main dengan kawan kawan.
Yang best nya tak pandai main pun takpe nanti dorang tolong ajarkan. Macam aku yang tak berapa minat game macam ni pun boleh terjebak. Cumanya tak ada geng je.
Kesimpulannya, hasil dari pembelajaran dan pendedahan semalam anak anak mak dah tahu dan kenal apa itu Carome, main batu seremban dan penutup botol.
Yang jenuh aku nak layan semalam Hanif la. Asyik dok ajak main carome je. 4 round jugak la main dengan dia semalam.
Untuk gambar penuh korang boleh jenguk instagram saya @sitizulaikhaolivia atau facebook page Zulaikha. Dah tak larat nak up gambar masuk blog. Banyak sangat. 😂
No comments:
Post a Comment