Di peringkat akhir hamil kira-kira minggu ke-35, perubahan selanjutnya berlaku. Pada ketika itu, kebanyakan wanita tidak sabar lagi dengan kandungan mereka, jemu dengan perut mereka serta tidak sabar hendak bersalin dan melihat, menyentuh serta menjaga bayi yang baru lahir.
Semakin lama wanita itu hamil dengan keadaannya yang tidak selesa, bimbang kegemukkannya bertambah, kelesuan, perut yang berat dan buah dada yang jatuh mungkin menjejaskan kasih sayang suami mereka. Seorang suami boleh meyakinkan isteri dengan membelai serta menaruh minat terhadap hamil dan pertumbuhan bayi mereka di dalam uterus ibu.
1. Sakit belakang
Dalam peringkat akhir hamil khususnya sendi, pelvis dan ligamen akan mengendur. Pada masa yang sama pertambahan berat uterus mengubah pusat perseimbangan menyebabkan si ibu yang megandung terpaksa berdiri dengan bahunya di belakangkan lebih dari biasa. Bagaimanapun kedudukan tersebut dan ligamen yang mengendur tadi menimbulkan sakit belakang bagi kebanyakkan wanita hamil, lebih-lebih lagi bagi wanita yang pernah mengalami sekali hamil atau lebih. Sakit belakang ini akan bertambah pada siang hari dan paling dirasai menjelang waktu petang dan di waktu malam sehingga menyebabkan si ibu tidak dapat tidur. Rasa sakit boleh dirasai pada bahagian bawah belakang atau pada sendi.
Menggunakan kasut tumit tinggi boleh memburukkan lagi ketegangan belakang dan harus dielakkan. Selipar adalah sesuai dipakai. Sekiranya sakit belakang terlalu ketara, maka anlgesik mungkin diperlukan, tetapi si ibu tadi perlu mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
2. Mandi bagi ibu mengandung
Dalam masa empat minggu terakhir hamil, si ibu disyorkan supaya mandi dengan menggunakan cebok dan jangan berendam di dalam air terlalu lama, kerana pada ketika itu air mandi mungkin akan memasuki faraj. Pada umumnya, si ibu yang mengandung dibenarkan berenang dan boleh diteruskan sehingga hampir waktu bersalin jika ibu ingin berbuat demikian.
3. Penjagaan buah dada ibu mengandung
Penjagaan buah dada ketika hamil memudahkan tugas ibu apabila menyusukan bayi nanti. Puting haruslah diusap dan ditarik keluar perlahan-lahan selama kira-kira dua minit sehari dari peringkat awal hamil. Si ibu juga boleh menyapu sedikit salam Inolin yang lembut, terutamanya jika puting susu itu kering.
Dari kira-kira minggu ke-32 hingga bulan ke-8, buah dada harus ditekan keluar dengan melekapkan kedua-dua tapak tangan padanya lalu menekan ke arah puting. Sejenis rembesan berwarna kuning akan didapati keluar. Perlakuan ini boleh mengekalkan bukaan salur-salur pada buah dada.
4. Pakaian ibu mengandung
Apakah yang harus dipakai oleh wanita mengandung? Pakaian haruslah selesa. Ibu yang mengandung memerlukan coli yang pada serta besar saiznya kerana pembesaran buah dada disebabkan oleh kehamilan. Jauhkan daripada memakai pakaian yang ketat serta kasut tumit tinggi.
Pakaian harus bersih dari kain kapas yang lembut dan tidak menaikkan suhu badan. Anda boleh bertukar pakaian dua atau tiga kali sehari agar berasa selesa.
5. Sembelit bagi ibu mengandung
Ada dua jenis otot dalam badan kita iaitu otot berjalur yang terkawal dan otot licin luar kawal. Otot berjalur terdiri daripada otot lengan dan kaki, yang bergerak balas terhadap pengawalan anda. Jika anda mahu mengangkat kuali, satu isyarat akan dikirimkan dari otak dan pada masa yang sama otot lengan anda pun menggerakkan tangan ke hadapan. Jika anad dapati kuali tersebut terlalu panas, secara terkawal anda memberhentikan pergerakan. Otot licin pula terdiri daripada otot-otot jantung, saluran makanan dan rahim anda. Otot-otot ini bekerja tanpa pengawalan dan anda tidak mampu mengawal perubahan tindakannya. Tapi, walaubagaimanapun, ia bertidak balas terhadap ubat-ubatan dan hormon tertentu.
Progestron, hormon khusus bagi hamil, mengendurkan otot licin. Ini adalah amat berguna kerana ia membolehkan uterus, yang sebahagian besarnya terdiri dari otot licin, membesar tanpa cuba menyingkirkan fetus sebelum masanya. Akan tetapi, pengenduran ototmenambahkan pengambilan bendalir dan licin juga boleh menimbulkan gangguan. Tona otot saluran makanan menjadi rendah sepanjang tempoh hamil, yang menyebabkan berlakunya sembelit.
Diperingkat akhir kehamilan, kecenderungan ini bertambah disebabkan oleh tekanan pada bahagian bawah usus oleh uterus yang kian membesar. Sekiranya ibu yang mengandung itu khuatir akan sembelit, si ibu harus menambahkan pengambilan bendalir dan cuba mengeluarkan isi perutnya secara tetap selepas makan.
Kebanyakkan doktor mengesyorkan si ibu yang mendapat sembelit memakan kira-kira dua sudu besar antah kasar setiap hari dan memakan roti gandum tulin sebagai menggantikan roti putih. Kedua-dua langkah tersebut membolehkan najis menjadi lebih berat dan mengurangkan sembelit dan ubat tidak lagi diperlukan. Tetapi jika seorang wanita tidak mahu memakan antah, doktor akan mengesyorkan si ibu tersebut mengambil julap yang lembut.
6. Penjagaan gigi semasa mengandung
Penjagaan gigi semasa hamil adalah sama pentingnya dengan masa-masa lain. Sejumlah kecil waniota mendapat bengkak gusi pada pangkal giginya. Kejadian ini tidaklah luar biasa dan akan hilang selepas bersalin. Akan tetapi jika masih ragu-ragu, si ibu boleh mendapatkan nasihat doktor gigi.
7. Pengambilan ubat ketika hamil
Selepas tragedi "thalidomide", para doktor telah lebih berhati-hati lagi dalam menentukan ubat-ubatan untuk wanita yang hamil. Perlu diingat bahawa "thalidomide" diberikan dalam peringkat awal wanita sebagai ubat penenang untuk melegakan loya.
Kemudian ia didapati menghalang pembentukan lengan dan kaki fetus menyebabkan bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan hidup tetapi tanpa lengan dan kaki.
Kini, tidak ada ubat baru yang disyorkan untuk wanita yang hamil kecuali jika ubat itu telah diperiksa dengan ujian paling teliti, dan kebanyakkan doktor hanya memberikan ubat kepada ibu-ibu mengandung yang benar-benar memerlukan.
Si ibu sendiri khususnya pada 12 minggu pertama harus menjauhkan diri dari menggunakan sebarang ubat kecuali ia telah mendapat nasihat doktor jika benar-benar diperlukan.
8. Pekerjaan semasa mengandung
Seandainya ibu yang mengandung iitu senang dengan kerjanya dan tidak menimbulkan ketegangan fizikal yang terlalu kuat, maka kerja itu boleh diteruskan sepanjang tempoh hamil.
9. Senaman semasa hamil
Hamil merupakan satu kejadian normal dan ia harus dianggap sedemikian. Senaman harus digalakkan jika ia sudah menjadi kebiasaan seseorang. Tetapi jika si ibu tersebut tidak pernah mengamalkan senaman selain dari kerja-kerja rumah, ia tidak perlu menukar kebiasaannya.
Kebanyakan wanita sedikit sebanyak ada melakukan senaman dan mereka boleh meneruskannya ketika hamil. Sekiranya si ibu tersebut suka berenang, ia boleh berbuat demikian. Jika ia bermain tennis atau golf, ia boleh meneruskan sehingga kandungan kian membesar.
Jika ia suka berjalan-jalan di kebun, ia boleh terus berjalan. Pada umunya, ibu mengandung tidak semestinya perlu mengubah pola senaman yang menjadi kelazimannya semata-mata kerana hamil.
10. Pitam semasa hamil
Serangan pitam darah gemuruh dan sakit kepala berlaku sesekali ketika hamil. Ia berlaku daripada perubahan sistem peredaran ibu mengandung yang disebabkan oleh hamil. Walaupun ia dirasakan begitu mengganggu tetapi ia tidak memberikan kesan yang buruk. Di zaman Victoria, pitam telah menjadi satu cara bagi isteri yang sopan memberitahu suaminya bahawa dia telah hamil ;).
11. Kekerapan membuang air
Kecil ketika hamil gangguan pada pundi kencing adalah agak lazim di peringkat awal hamil, dan berlaku lagi dalam minggu terakhir apabila kepala bayi menghimpit ke dalam pelvis.
Wanita berkenaan tidak dapt berbuat apa-apa melainkan lebih kerap membuang air kecil. Jika terdapt rasa sakit dan kelencur ketika membuang air kecil maka, ibu yang mengandung harus berjumpa dengan doktor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)
RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022) (Filem India paling mahal) HINDI MOVIES Genre: Action, Adventure, Drama, Historical. Stars: N.T Rama Rao...
-
Selalu nak buat biskut takut tak jadi, Ada yang boleh buat kek tapi tak pandai buat bisku dan begitu juga sebaliknya. Tapi tak salah pun ki...
-
Pertama tama sekali sebelum nak mula buat kek atau biskut kita kena fikir nak makan sedap ke tak sedap.Off course la nak sedap. Rugi buat p...
-
Seperti kebiasaannya, sebelum tidur malam super rajin membaca. Terbaca pula kesan dari anemia semasa hamil. Selama ni tak ambik tau sangat ...
Artikelnya sangat membantu..
ReplyDeletenice blog..
terimakasih..