Monday, July 12, 2021

The Falcon & The Winter Soldier : S1E04 : The Whole World Is Watching

THE FALCON & THE WINTER SOLDIER

SEASON 1

EPISOD 4

Rating: 9/10

Masa dalam Episod 3, Ayo datang berdepan dengan Barnes dan tanya kenapa Barnes melepaskan Helmut Zemo dari penjara. Barnes kata mereka memerlukan Zemo untuk mencari Karli dan The Flag Smashers. Ayo ialah "bodyguard" wanita dan pasukan khas Wakanda yang diberi nama Dora Milaje. Tengok muka macam sama dengan Okeye tapi bukan. Okeye adalah Dora Milaje punya Jeneral. Level Laksamana gitu. 

Disebabkan alasan Barnes Dora bagi masa 8 jam untuk dia serakan Zemo kepada Wakanda sebab Zemo merupakan pembunuh T'Chaka King of Wakanda, juga ayah kepada T'Challa (Black Panther).


Dalam episod ni, Sam, Barnes dan Zemo cuba menjejak Karli tiba-tiba Walker (new Captain America) dengan partner dia Lemar sampai. Mereka bertelagah dan Walker sangan tak puas hati dengan tindakan Barnes melepaskan Zemo. Dan tujuan dia datang ke Latvia adalah untuk menangkap Zemo. Tapi tindakan dia dihalang oleh Barnes.

Semasa Karli dan dia punya ahli kumpulan sedang memberi pernghormatan terakhir kepada mendiang Mama Donya Sam masuk untuk bercakap dengan Karli. Karli sempat habiskan ucapan lalu bercakap dengan Sam. Sam memujuk dia untuk tidak meneruskan misi dia tapi tidak diendahkan oleh Karli.

Walker masuk nak tangkap Karli dan mulalah perlawan disitu antara geng geng The Flag Smasher dengan Captain America, The Falcon dan dengan Winter Soldier.

Karli sempat melarikan diri. Dapat dijejak oleh Zemo. Zemo tembak dia dan pergi pijak 20 botol Super Soldier Serum. Tiba tiba Walker datang pergi pukul Zemo dengan perisai Captain America dan sempat ambik satu botol serum tu senyap - senyap.

*****

Okay, lepas kejadian tu Walker pergi ke rumah persinggahan Zemo sebab nak tangkap dia dan pada masa yang sama Dora Milaje datang nak bawak Zemo pergi balik ke Wakanda tapi Walker tak setuju dan bermulalah pergaduhan diantara Wakanda Warriors, Captain America, The Falcon dan The Winter Soldier. Menyampah sungguh dengan John Walker ni tau. Akhirnya dia kalah dengan Dora (padan muka hahaha). Masa kalah tu memang nampak muka dia frust gila sebab macam eh Wakanda Bodyguard ni bukan super soldier pun tapi kenapa aku boleh kalah dengan dorang? Perempuan pulak tu kan... 

Masa dorang tengah berlawan Zemo pulak sempat meloloskan diri,

*****

Karli call Sarah adik kepada Sam dan minta Sarah bagitau Sam yang dia nak jumpa. Jadi, Sam dan Barnes balik semula ke Pusat The Flag Smashers untuk berjumpa dengan Karli.



Berlaku perlawanan sekali lagi yang mana Karli telah membunuh Lemar secara tidak sengaja. Walker yang pada ketika itu dipengaruhi oleh kesan Super Soldier Serum mula mengamuk, membalas dendam dan membunuh kawan baik Karli dikhalayak orang ramai dengan menggunakan Perisai Captain America.



Tergamam Sam dengan Barnes sebab the real Captain America aka Steve Rogers takkan buat macam tu.

BTW Walker sebelum tu telah injected serum kat diri dia sendiri okay. Tak tahu bila, dimana dan siapa yang tolong dia inject serum tu dalam badan. Berangan nak jadi macam Captain America huhu. He might a good fighter tapi he is not Captain America. Tak sesuai.


No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...