Sunday, July 11, 2021

The Falcon & The Winter Soldier : S1E03 : Power Broker

The Winter Soldier, Sharon Carter, Helmut Zemo, The Falcon

THE FALCON & THE WINTER SOLDIER

SEASON 1

EPISOD 3 : POWER BROKER

Rating: 8/10

Malas nak celoteh panjang. Kita direct to the point je hehehe.

Sam dan Bucky berjumpa dengan Helmut Zemo. Siapa Helmut Zemo ni?

Helmut Zemo adalah watak jahat dalam The Avengers: Civil Wars. Dia adalah "baron" yang kaya dari Keluarga Diraja Sokovian juga tentera komando elit. Dan disebabkan Helmut Zemo inilah Iron Man dan Captain America bergaduh dan menyebabkan The Avengers berlawan sesama sendiri. Sebab dia dedahkan kepada Tony Stark yang Bucky ni bunuh ibu bapa Tony Stark.

Sam Wilson, Helmut Zemo, Bucky Barnes

Done flashback. Kalau nak ingat pergi tengok sendiri The Avengers: Civil Wars hihi.

Cerita dalam ni Helmut Zemo dah kena tangkap dan dia dipenjarakan. Sam dan Bucky pergi cari dia kat penjara dan mintak tolong dia untuk bagi info tentang "super soldier serum".  Tawaran Zemo ialah dia sanggup tolong tapi kena lepaskan dia dari penjara. Soo, okay Bucky tolong dia melarikan diri dari penjara.

Jadi nak tahu siapa supplier super soldier serum ni mereka terpaksa menyamar dan pergi ke Madripoor mencari Power Broker untuk mendapatkan maklumat tentang Super Soldier Serum. Selby Ketua Penjenayah di Madripoor memberitahu bahawa Power Broker telah mengambil seorang bekas ahli saintis Hydra yang bernama Dr. Wilfred Nagel untuk menghasilkan semula Super Soldier Serum. 

Penyamaran terkantoi. Identiti sebenar Sam terdedah dan mereka terpaksa melarikan diri. Berjumpa pula dengan Sharon Carter anak buah kepada Peggy Carter. Sharon Carter merupakan Agent 13 dan pernah bekerja dengan S.H.E.I.L.D. Pernah jatuh hati dengan CaptainAmerica hehe.

Sharon Carter


So, Sharon yang selamatkan dorang bertiga dan bawak dorang ke makmal tempat Dr. Nagel bekerja. Dr Nagel menyatakan yang dia dah buat 20 serum dan serum tu dah dicuri oleh Karli Morgenthau. Tak lama selepas tu dorang kena bom dengan geng pembunuh upahan. Mereka sempat melarikan diri kecuali Sharon memilih untuk tinggal kat situ. Tapi sebelum tu Zemo sempat membunuh Dr. Nagel.

Karli Morgenthau

Karli Morgenthau & The Flag Smasher pulak pergi serbu dan bom Global Repatriation Council untuk mendapatkan bantuan dan makanan asas untuk organisasi dia sendiri.


No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...