Tempoh hari semasa menanti kedatangan klien aku dengan Hadif merayap la jugak dalam My Town tu. Memang tak pernah bosan laa aku kalau melepak dalam tu. Kenapa entah. Diri sendiri pun confius.
Dah pusing² klien pun lambat sampai kita pun decide laa nak pergi makan kat mana. Yang aku ni dah tahap menggigil. Yang Hadif kata mama jom kita pergi makan donut yang sedap tu hahaha. Aku kata tak boleh mama lapar ni, adik tak lapar ke. Mama nak makan nasi adik nak makan hot plate?
Dia jawab adik taknak hot plate.
Aku cakap tak nak sudah. Biar mama je makan nasi. Nanti adik tengok je okay.
Dah sampai kat Food Empire My Town tu aku punya memusing situ bersungguh² pasal tak tau nak makan apa. Hadif kata okaylah nak hot plate.
Yang aku pening. Tak nak makan nasi campur dalam mall sebab dah sedia maklum regenya macam mana. ðŸ¤
Ternampak lah Nasi Ayam Penyet ni. Paling kelakar aku lupa nama kedainya apa hahahaha. Yang pasti sama row dengan Penang Food, Kelantan Food dan Mee Kolok (ini yang aku ingat) tapi paling depan sekali.
Pinjam gambar Google |
Yang aku tak pernah lupa kedai Nasi Ayam dan Hot Plate je. 😂
Aku order sebab RM10.50 dapat semua macam kat atas tu.
Tukang makan tembikai |
Walaupun tembikai dan tahu dia nipis aku redho. Semua habis licin. Kenyang aku makan hahahaha.
Boleh tahan jugaklaa rasa dua. Sambal tu pun sedap. Menyesal tak mintak lebih hehe. Kalau makan kat Wong Solo takkan dapat la set all in. Dapat air free. Tapi Wong Solo ayam dia besar sikit dari yang aku dapat ni tapi, still aku rasa yang ini lebih berbaloi. 😅
Sebelum ni harga Nasi dia tak sampai RM10.00. Tak sure la set ke tidak sebab selalu bila makan kat foodcourt menu aku cuma makan Nasi Ayam atau Hot Plate. Yelah, kalau nak makan macam ni boleh dapat kat luar lagi murah.
Makan set Nasi Ayam Penyet pun pasal dah kebuluran.
Untuk zaman harga barang naik berebut rebut ni kira okay lagi harga gini. Boleh datang repeat lagi kalau lapar dan teringin makan Nasi. 😆
Jangan lupa definisi sedap adalah lain lain untuk setiap insan key. Awak masak bukan sedap sangat pun. Entah² tak reti masak langsung. Pandai makan je kan.
No comments:
Post a Comment