Saturday, May 24, 2025

Pengantin Setan (The Devil's Bride) 2025

Country: Indonesia 
Genre: Horror 
Starrings: Erika Carlina, Emir Mahira, Ruth Marini
Personal Rating: 6/10

Sebelum terus membaca, satu yang aku nak beritahu yang filem ini diadaptasi dari kisah benar. Jadi, aku cadangkan korang tonton filem ini sampai habis.

Filem ini mengisahkan tentang rumahtangga pasangan suami isteri Echa (Erika Carlina) dan Ariel (Emir Mahira) yang seperti retak menanti belah. Echa dan Ariel kedua-duanya bekerja. Echa bekerja di sebuah kilang manakala Ariel bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. Kehidupan mereka biasa-biasa sahaja. Setelah berkahwin mereka cuba untuk mendapat cahaya mata tetapi gagal.

Semakin hari Echa semakin kecewa kerana Ariel yang setiap hari kerja sehingga lewat malam baru pulang. Dan mereka selalu bertengkar setiap hari. 

Dalam keadaan rumahtangga mereka yang tidak aman Echa mula rasa bahagia apabila mula bermimpi tidur bersama dengan seorang lelaki yang sangat tampan dan ini menyebabkan hubungan dia dengan Ariel semakin renggang.

Rupa-rupanya, lelaki tampan itu sebenarnya jelmaan jin yang bernama Jin Dasim yang mengganggu dan menghancurkan rumahtangga.

Apabila Echa dan Ariel cuba berbaik serta memperbaiki hubungan suami isteri mereka Jin Dasim sangat tak suka. Banyak perkara aneh yang berlaku termasuklah bila Echa mengandungkan anak Jin Dasim. Sahabat baik Echa dibunuh kerana membawa Echa berjumpa dengan Ustaz untuk berubat. Ariel pula selalu diganggu ditempat kerja. 

Setelah berubat dengan Ustaz, Echa beransur sembuh tetapi selepas beberapa hari apabila Ariel terpaksa kerja luar kawasan dan Echa tinggal keseorangan kerana adik Echa tidak dapat temankan dia Jin Dasim datang kembali. 

Tiba² perut Echa kembali membesar seperti perempuan yang sarat mengandung sembilan bulan sehinggakan Echa mengambil langkah drastik cuba membunuh bayi dalam kandungan dengan mencucuk rahimnya dengan dawai.

Apabila Ariel sampai, Ariel mendapati Echa sudah pun pengsan dengan pendarahan yang banyak. Adik Echa pula pengsan kerana dipukul oleh Jin Dasim.

Kemudian Ariel dan adik Echa membawa Echa ke tempat perubatan Ustaz yang sama. 

Sebenarnya, hubungan Echa dengan Jin Dasim tu sudah terlalu jauh. Orang kata roh Echa tu dah diikat mati oleh Jin Dasim. Tapi, disebabkan kasih sayang suami dia Ariel, akhirnya Echa mampu melawan kuasa jin untuk kembali kepada Ariel. 

Selepas 6 tahun berlalu, Echa dan Ariel sudah mempunyai dua orang anak. Tetapi, Jin Dasim tetap menunggu masa yang sesuai untuk menghancurkan rumah  tangga mereka sekali lagi. Memang betul orang kata syaitan tidak pernah tidur.

No comments:

Post a Comment