Friday, May 16, 2025

Tukar tayar kereta selepas enam tahun

Kali terakhir kereta aku ditukar tayarnya adalah pada tahun 2019. Aku rasa macam tahun 2018 tapi suami kata 2019. Lebih kuranglah kan. Cincai kira huhu...

Dua bulan lepas tiba-tiba aku perasan tayar depan kiri kereta aku botak teruk. Kemudian aku check yang lain pun dah botak rupanya. Cuma tak seteruk tayar kiri bahagian depan. Dah la aku ni kekadang melesit jugak memandu kereta.



Kemudian, aku pun snap gambar hantar kepada suami. Suami kata okay je lagi boleh pakai. Aku kata teruk ni. Dia kata boleh je. Jadi, aku pun diamlah. 

Dua minggu lepas, aku hantar kereta untuk tukar minyak gear box. Suami yang hantar. Lepas dah tukar tu dia balik kata, "Tayar kereta awak botak teruk tu..."

Aku keliru sekejap. 

Aku kata, kan dah cakap haritu. Siap tunjuk gambar lagi. Dia boleh tanya aku balik, "Iye ke?"

Aku cakap, "Iye, kan saya dah bagitahu tayar kereta depan tu botak teruk. Nak kena tukar. Lepas tu kata boleh guna lagi..." Dia pulak yang tercengang.

Dia kata, "Kena tukar tu sebab dah teruk sangat. Jangka hayat lagi sebulan tu..." 

Eh, seram pulak aku dengar. Terus time tu juga dia survey cari kedai tayar mana yang boleh dapat murah.

Alhamdulillah, minggu lepas owner kedai tayar tu order. Minggu ni dah boleh tukar. Hari Selasa lepas.

Kereta aku guna tayar Yokohama sebab kereta aku jalan setiap hari, ada masa kena jalan jauh. Ye lah kalau nak uruskan kes, bawa orang pergi hospital ke mana mana, sekurang-kurangnya lama juga pakai. Lagipun tayar jenama Yokohama ni antara yang bagus tapi harga tak cekik sangat huhu. Tapi rezekilah, dapat tukar keempat-empat tayar dengan Harga: RM800 termasuk dengan balancing, valve dan lagi satu aku tak ingat. Itupun suami aku yang bodek² Supervisor kedai tu. Kalau aku tak pandai tawar menawar ni.

Pada pendapat aku, kalau usia tayar tu berumur 6 tahun tapi masih elok, tayar masih ada bunga lagi dan tak botak boleh je guna lagi setahun melainkan kes macam tayar aku.

Zaman sekarang kan semuanya mahal, jadi fahamlah kan kalau orang berat nak keluarkan duit untuk tukar tayar. 

Tapi, kena ingat KESELAMATAN itu sangat penting juga. Kena lebih berhati-hati memandu jika tayar dah hampir botak teruk.

No comments:

Post a Comment