![]() |
Gambar dari Lavender Bakery |
Tular lagi isu Halal. Kali ini melibatkan Lavender Bakery dan status Halalnya.
Lavender Bakery & Patisserie antara rangkaian kedai roti yang terkenal di Malaysia. Setakat ini, mempunyai enam cawangan di Johor tidak termasuk ibu pejabat, empat belas di Kuala Lumpur dan tiga di Singapura.
Roti dan pastri Lavendar Bakery diperbuat dengan menggunakan tepung dan yis yang diimport dari Jepun. DIebabkan itu, kita boleh lihat harga roti dan pastrinya agak mahal sedikit berbanding dengan kedai roti yang lain. Tapi, disebabkan rasa kualiti roti dan pastri yang premium membuatkan penggemar roti dan pastri Lavendar Bakery semakin bertambah.
Kedai Lavender Bakery telah lama beroperasi di pasaran, yakni selama 25 tahun. Diasaskan oleh Wendy Tan dari Johor. Polisi Kedai Lavender Bakery sangat tegas, iaitu tidak menggunakan daging babi, lemak babi, mahu pun alkohol sejak mereka mulai beroperasi dari tahun 2000.
Oleh karena itu, pihak syarikat tidak sepatutnya dipersalahkan jika mereka tidak memperoleh Sijil Halal. Hal ini lebih merupakan tanggung jawab rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, yang memilih untuk berbelanja di tempat tersebut dan kemudian mempersoalkan mengapa tidak ada Sijil Halal dan sebagainya.
Mereka ada memiliki beberapa orang "chef" yang beragama Islam. Pengurus syarikat juga ada yang beragama Islam. Pengurus operasi pun beragama Islam. Banyak pekerja lainnya seperti juruwang, pembantu kedai atau dapur juga yang beragama Islam.
Adakah pihak Lavender Bakery bertanggungjawab dalam memperoleh Sijil Halal? Setelah beroperasi selama 25 tahun, dan dengan semakin bertambah pelanggan Lavendar Bakery yang beragama Islam, sudah tiba masanya untuk menyemak kembali polisi mereka yang tidak menggunakan daging babi, lemak babi dan alkohol. Ini merupakan tanggung jawab syarikat juga kepada pelanggan. Setidaknya, cuba mendapatkan SIjil Halal untuk dapur pusat (kalau ada) agar lebih meyakinkan bahwa bahan-bahan yang digunakan berasal dari sumber yang Halal. Setakat ini, semua roti, kek dan pastri dibuat dan dibakar di setiap cawangan. Namun, jika pihak Lavender Bakery memilih untuk tidak membuat permohonan Sijil Halal, hal tersebut bukanlah kesalahan pihak syarikat. Dan pada masa yang sama, jika belum ada hasrat untuk memohon Sijil Halal, hindarilah membuat iklan yang dapat mempengaruhi individu yang beragama Islam.
Bagaimana dengan pelanggan yang majoritinya beragama Islam?
Boleh sahaja dapatkan roti di kedai bakeri lain. Halal maksudnya dibenarkan dalam syarak. Jika merasa ragu atau tidak yakin, sebaiknya jangan membeli. Namun, jika pelanggan yakin ingin membelinya, silakan.
Pemilik Gula Cakery adalah seorang Muslim. Gula Cakery telah memperoleh Sijil Halal untuk dapur pusat kek dan pastri. Namun, sehingga kini, Sijil Halal untuk cawangan-cawangan Gula Cakery masih dalam proses. Sementara itu, Sugarmello Bakery (tuan punyanya aku) juga dimiliki oleh seorang Muslim, namun masih belum memiliki Sijil Halal. 😅
No comments:
Post a Comment