Showing posts with label Skincare Review. Show all posts
Showing posts with label Skincare Review. Show all posts

Tuesday, February 10, 2026

Revive Serum Beauty Of Joseon Ginseng + Snail Mucin kurangkan kedutan


>> Revive Serum Beauty Of Joseon + Snail Mucin <<

Aku memang peminat produk Korea. Especially untuk penjagaan asas. Kecuali pelembap muka untuk malam saja. Skincare Korea ni fokus untuk kesihatan jangka panjang untuk cegah kerosakan kulit dan mengutamakan kulit yang sihat. Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan yang lembut dan semulajadi. Kebanyakan produk skincare Korea sesuai untuk kulit yang sensitif, dan mostly berkesan. Contohnya, musin siput untuk skin repair, sentella asiatica untuk soothing (legakan kulit), ginseng untuk anti-aging dan bahan-bahan yang ditapai.


Sebelum ni aku guna Yuja Niacin Some by Mi punya serum, jadinya sekarang aku saja-saja nak tukar serum brand lain tapi ada function yang lebih kurang sama dengan Serum Yuja Niacin. Cari punya cari jumpalah brand Beauty Of Joseon. Tengok memang banyak review yang bagus, cuma aku je lah yang macam boleh ke ke, betul ke produk ni. 

Haritu aku beli disebabkan harga pun okay, murah sikit je dari Serum Yuja Niacin aku try la. Aku tak takut nak try K-skincare sebab produk Korea ni jarang bagi kulit kita iritasi walaupun tak ngam. 


Aku beli Revive Serum Beauty Of Joseon + Snail Mucin. Serum ni kira penyelamat kulit yang dah kurang anjal. Serum ni mengandungi ginseng + lendir siput yang boleh kulit kita jadi lembap, anjal balik dan sihat.

Serum ini sangat sesuai untuk yang dah umur macam aku ni. Dari 35 tahun hingga 45 tahun sebab ada dua bahan utama seperti ginseng dan lendir siput. 

Revive Serum Beauty Of Joseon + Snail Mucin

   
Serum ginseng dan lendir siput sangat sesuai untuk isu keanjalan dan garis halus kerana kombinasi dua bahan ini bekerjasama dengan baik. Ginseng membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dan mengawal radikal bebas, menjadikan kulit kita lebih tegang. Lendir siput pulak menghidrasi kulit secara mendalam, memperbaiki skin barrier dan mengisi garis halus hasil dari kandungan acid hyaluronic acid dan peptides.

 
Umur 35 hingga 45 tahun adalah peringkat yang paling memerlukan serum ini sebab masa ni, pengeluaran kolagen semakin berkurangan, kulit kita semakin kering, dan proses pemulihan kulit menjadi lebih lambat. Serum ini bukan sahaja menyamarkan masalah di permukaan, malah menangani punca sebenar dengan memperkukuh struktur kulit kita dari dalam.

Satulah, serum ni busuk hahahaha. Tapi bagus untuk muka aku. Sangat bagus. Cuma perlu disapu pada waktu malam sahaja. Siang aku tak gunakan serum. Aku cuma gunakan Toner Yuja Niacin Some by Mi. 

Nanti aku share skincare routine aku. Sebab aku sekarang dalam proses pembaikan muka sebab muka aku sebelum ni sangat kering. Dulu kulit aku jenis yang berminyak. Dah semakin berusia ni jadi kering pulak muka aku. Masalah pori pun ada. Garis halus ada. Aging pun ada. Faktor usia kann. 😆

Friday, February 6, 2026

Sabun Aleppo Jabeili sangat bagus untuk muka



Sabun Aleppo Jabeili Syria, dah jadi sabun favourite aku dari 2 tahun lepas. Sabun ni adalah sabun tradisional. Dibuat dengan cara tradisional buatan tangan. Dibuat daripada minyak zaitun dan minyak laurel.

Apa itu Sabun Aleppo?

Sabun Aleppo berasal dari bandar Aleppo, Syria, dan telah dihasilkan sejak lebih 2,000 tahun yang lalu. Ia dibuat daripada hanya dua bahan utama: minyak zaitun 95% dan minyak laurel 5%. 

Tak ada bahan kimia, pengawet, atau wangian tiruan, tak ada buih tiruan. Proses pembuatannya masih tradisional, cara pemotongan pun guna cara manual. Korang boleh tengok di Youtube macam mana dorang buat sabun ni.

Sabun ni dibancuh dalam satu tong besar. Kemudian bancuhan tu akan dituang ke atas lantai yang luas. Dibiarkan kering dan mengeras barulah akan dipotong.

Aku dulu pun tak tahu kewujudan Sabun Aleppo ni sampailah kita sendiri nak jual. 


Kenapa Sabun Aleppo Bagus untuk muka?

1. Semulajadi
Dengan kandungan minyak zaitun yang tinggi, sabun ini sangat lembut di kulit. Ia membersih tanpa mengeringkan, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk bahkan kulit sensitif dan bermasalah. (Eczema & psioriasis)

2. Anti-bakteria & Anti-radang
Minyak laurel dalam Sabun Aleppo mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-radang semulajadi. Ia membantu mengurangkan jerawat, kemerahan, dan kerengsaan. Jika korang punya masalah jerawat, boleh cuba sabun ni. Aku pun suruh Hanif guna sabun ni untuk cuci muka sebab muka dia ada jerawat Alhamdulillah okay. Takde dah merah². Macam muka aku selalu ada jerawat kecik tu. Orang panggil jerawat nasi. Tangan aku memang gatal suka picit. Bila dah picit tu akan ada rasa pedih tu kan. Jadi lepas picit jerawat tu terus basuh je muka dengan sabun ni. InsyaAllah akan lega. Tapi kena picit jerawat tu sampai habis.




3. Melembapkan kulit muka
Kandungan minyak zaitun dalam sabun ni ialah 95%. Minyak zaitun kaya dengan vitamin E dan antioksidan yang melembapkan dan melindungi kulit. Kulit muka akan terasa lebih lembut, anjal, dan sihat, dan bersih selepas beberapa kali penggunaan. Pengalaman aku, kulit muka memang tak kering. K

4. Sesuai untuk semua
Lelaki, perempuan, remaja, atau dewasa—semua boleh guna. Dalam rumah ni tak ada beli pencuci muka lain dah. Satu keluarga boleh guna. Husband aku kekadang guna sabun ni untuk cuci rambut dan badan kalau dia rasa kepala dan badan gatal².

Cara Guna Sabun Aleppo untuk cuci muka:

1. Basahkan muka dengan air suam.
2. Gosok sabun di tangan sehingga berbuih, atau sapukan sabun terus ke wajah secara lembut.
3. Urut muka dengan buih selama 1-2 minit.
4. Bilas hingga bersih.
5. Keringkan dengan tuala lembut.

****Kalau korang guna mekap setiap hari macam aku, kena remove makeup guna makeup remover dulu, kemudian kena cuci muka dengan sabun ni 3-4 kali untuk "deep cleansing".

****Kalau nak guna scrub muka atau exfoliating gel, boleh guna selepas cuci dengan Sabun Aleppo.

Tip: Gunakan sekali atau dua kali sehari. Untuk hasil terbaik, ikuti dengan toner dan pelembap muka.



Kat Mana Boleh Dapat?


Kita memang jual sabun Aleppo yang original. Yang dibuat oleh keluarga Jabeili. Di Syria ada beberapa keluarga yang buat Sabun Aleppo ni. Salah satunya keluarga Jabeili dan stok kita memang dari Jabeili. 

***Serious aku tak tahu dan tak pasti macam mana cara nak tahu sabun Aleppo ori ke tidak, tapi aku tahu Sabun Aleppo Jabeili yang kita jual ni memang CONFIRM original

Cubalah sendiri, dan lihat perbezaannya. Kulit wajah anda akan berterima kasih! 😊
Nota: Setiap kulit berbeza. Jika anda ada alergi atau keadaan kulit tertentu, cuba sapu sedikit di bahagian lengan dahulu sebelum guna di muka.

Wednesday, February 4, 2026

YUJA Niacin Brightening Moisture Gel Cream memang best



Antara perkara yang aku jarang sangat buat ialah review produk muka. Sebab aku adalah tukar produk muka. Jadi, kalau aku review produk tu okay tapi aku sendiri hanya guna dua bulan buat apa aku nak review produk tu kan. 😅

Tapi, kali ni aku nak beritahu yang YUJA Niacin Brightening Moisture Gel Cream aku berani review sebab aku dah guna 4 tahun. Lama kan? Inilah produk yang paling lama aku guna. Sebelum aku guna set besar aku beli yang Starter Kit dulu. Dalam sebulan aku guna rasa serasi, terus aku beli yang besar. 


Aku ada juga tukar² serum dan toner, tapi aku tetap setia dengan gel cream ni. Tak ada produk yang best dari ini. Walaupun tekstur cream adalah gel tapi tetap lembap macam krim biasa. Tak ada rasa melekit, muka tak rasa berat dan cepat meresap ke dalam kulit. Muka aku tak ada rasa macam berpeluh ke apa. 


Yang kedua sebab krim ni ada 90% Yuja Extract + 5% Niacinamide. Dah tua² ni cari lah produk yang ada Niacinamide. Yuja extract tu maksudnya "extract buah citrus". So, ada Vitamin C semulajadi untuk melawan pigmentasi. 

Bila pakai kulit akan jadi makin berseri, warna kulit nampak lebih rata dan tak nampak kusam. Gel cream ini dah diuji oleh pakar kulit, so kurang risiko iritasi. Formula dia juga gentle, sesuai untuk kulit sensitif. Tapi, kalau rasa risau boleh try dulu yang Set Starter Kit. 

Siapa yang sesuai pakai krim ni?
· Kulit kusam, tak bermaya.
· Nak texture kulit lebih lembut & pori lebih halus.
· Cari pelembap yang ringan tapi efektif.
· Nak cerah secara semulajadi.
· Kulit berminyak atau kombinasi yang tak suka krim berat macam aku


Cara-cara penggunaan sangat mudah:
Pakai setiap pagi & malam selepas toner. Sapu thin layer je, terus meresap.Untuk hasil lebih optimum, combine dengan sunscreen waktu siang. Kalau korang ada "night cream" tak perlu sapu krim ni. Cukup je dengan krim malam.

Satu tiub ni 100ml. Harga sangat berpatutan. Lebih untung kalau dapat free postage. 

Aku memang sangattttt cadangkan korang beli gel cream ni. InsyaAllah tak menyesal. Menyesal pun sebab harga naik je. 😅 

Boleh dapatkan gel cream best di

Selamat mencuba k!