Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Cara pengambilan Vitamin Iron Tablet yang betul untuk ibu mengandung

Seperti kebiasaannya, sebelum tidur malam super rajin membaca. Terbaca pula kesan dari anemia semasa hamil. Selama ni tak ambik tau sangat sebab masa Hanif dulu Alhamdulillah semuanya ok. Sungguh takut beb. Risiko bayi mandi dalam kandungan, risiko denyutan jantung bayi tak stabil, tumbesaran tak seperti sepatutnya atau terbantut, perkembangan otak yang kureng, lahir tak cukup bulan, anak lemas semasa lahir dan mati semasa dilahirkan. Semua risiko ni membuatkan aku bertambah cuak.

KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL


KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS 

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Cara terbaik untuk meningkatkan paras hemoglobin dalam darah:


1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
- Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
- Daging ayam: bahagian dada
- Kerang: 20 biji
- Ikan bilis

2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin
- sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan
HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan

Selama ni pun tak pernah nak ambik tahu cara pengambilan Iron Tablet dengan betul. Asal dah makan tu kira ok. Tapi HB masih rendah. Jadi, copy la info tentang iron tablet ni dari blog yang aku baca. Tuan punya blog pun dapat info dari ahli farmasi kat tempat dia check up. Syukurlah ahli farmasi tu bagi tahu. Kalau tak, aku pun takkan dapat info ni. Terima kasih kepada indahitukamu.blogspot.com dengan info yang dikongsikan.


Cara pengambilan Iron Tablet yang betul:- 
  • Iron tablet nie perlu di ambil sebelum bekpes pagi
  • Dalam tempoh 3 jam pengambilan iron tablet nie, TAK BOLEH sama sekali minum minuman spt MILO, SUSU, TEH, KOPI, HORLICKS dan sebagainya.
  • Cuma yg boleh dlm tempoh tue, AIR MASAK DAN JUS BUAH shj!!
  • Selepas 3 jam, baru boleh minum semula MILO, SUSU dan sebagainya.
"Owhh...pas2 barula fhm cara yg btl, so lps bekpes tue dlm 30 min tue bolehla amek vit yg lagi tiga tue. Ada la tnya jgk, kenapa xboleh minum milo tue semua. Ahli farmasi tue ckp, kalo minum jgk ia tidak akan beri kesan apa2 pd kandungan darah dlm badan kita, mcm ia matikan khasiat dan kandungan iron tablet tue. Bila kandungan makin besar, darah akan makin diperlukan dan si ibu akan berkongsi darah dgn anak..kalo x mkn dgn cara yg btl, sbb tue kdg2 hb makin lama makin rendah. Mcm tue lah lbh kurg penjelasan ahli farmasi tue bg" - Dari Tuan Punya Blog :))

Sumber Rujukan:- indahitukamu.blogspot.com 

Wednesday, February 1, 2012

Gugurkan Kandungan

Haram hukumnya bagi seorang ibu yang hamil menggugurkan janinnya tanpa sebab yang darurat. Maksud darurat itu ialah sesuatu yang melibatkan keselamatan jiwa dan anggota, hidup dan mati. Adapun masalah kewangan, ia bukanlah suasana darurat yang membolehkan pengguran janin.

Allah SWT berfirman mafhumnya:
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar" [al-isra 17:13].

Perbuatan membunuh anak boleh jadi selepas atau sebelum kelahirannya. Sebahagian tokoh membezakan tempoh 120 hari kerana janin hanya diberi nyawa selepas 120 hari tetap merupakan kurniaan Allah SWT yang bakal menjadi kehidupan. Menggugurkan janin sekalipun sebelum 120 hari tanpa sebab darurat beerti menceroboh dalam proses kejadian yang diatur oleh Allah SWT: "Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermula dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan)" [al-Insan 76:02]

Berbeza dengan perbuatan perancangan keluarga, ia tidak masuk dalam kategori menggugurkan janin sebab air mani lelaki belum bercampur hingga membentuk janin dalam rahim wanita.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Friday, November 11, 2011

Penyakit Kelamin dan Kesannya Pada Ibu Hamil

1. TREPANOMATOSIS
Kuman trepanoma biasanya disebut sifilis. Penyakit sifilis tidak akan menyebabkan seseorang wanita sukar untuk mengandung. Kebiasaannya wanita mengidap sifilis tidak mengalami apa-apa gejala namun Ia memberi kesan pada bayi dalam kandungan. Sekiranya jangkitan serius ia sering menyebabkan keguguran bayi. Bayi yang lahir dari ibu yang mengidap sifilis akan turut mengidap sifilis dan menjangkitkan kepada orang sekitar mereka kemudian hari.

Oleh itu pemeriksaan darah ibu mengandung akan turut disertakan dengan ujian saringan VDRL bagi mengesan sifilis.

Rawatan:-
Ubat jenis penicilin secara suntikan akan diberikan. Selain itu, ahli keluarga akan diperiksa untuk mengesan jangkitan dan turut diberi rawatan. Sekiranya ibu hamil mendapat rawatan, jangkitan tidak akan berlaku pada bayi.

2. GONOHOREA
Biasanya menyerang pundi kencing dan rahim. Ia juga boleh merebak ke seluruh tubuh menyebabkan demam yang berpanjangan. Simptom biasa berupa sakit semasa kencing, sakit ari-ari dan 'vaginal discharge' (lelehan murkosa dari vagina)

Jika ia menyerang hati ia boleh menyebabkan sakit di kawasan perut sebelah kanan dan jika menyerang tulang, ia akan menyebabkan lenguh tulang. Rawatan dimulakan dengan ujian mengesan kuman dengan mengambil sampel kencing dan lelehan dari faraj. Selepas itu, suntikan penicilin diberikan.

3. HERPES GENITAL
Ia menyerang vulva dan memberi kesan bengkak dan kutil pada vulva. Cara kelahiran terbaik ialah caesarean (pembedahan) bagi mengelakkan jangkitan pada bayi. Herpa Genital biasanya menjangkiti lelaki dan dipindahkan semasa hubungan seks kepada suami.

4. HEPATITIS B
Amat digeruni kerana boleh menyebabkan kamel hati. Ia boleh dicegah melalui suntikan vaksin Hepatitis.

5. CANDIDA
Jangkitan yang sangat sering berlaku semasa mengandung. Ia disebabkan oleh sejenis fungus Candida Albiceus. Semasa mengandung akan berlaku peningkatan paras glikogen pada vagina dan ini mengelakkan pertumbuhan Candida Albiceus.

Jangkitan yang teruk mengakibatkan rasa gatal, bengkak dan perit. Dapat dilihat lelehan beku dan keputihan pada faraj. Ujian pada lelehan menunjukkan fungus yang mengeluarkan spora.

Rawatan:-
Penggunaan ubat yang dimasukkan ke dalam vagina(faraj). Krim anti fungus seperti Nistatin Cream boleh digunakan tetapi jangan sekali-kali menggunakan krim yang bercampur dengan steroid kerana ia boleh menimbulkan iritasi.

6. TRICHOMONAS
Lelehan busuk berwarna kuning tang turut menyebabkan gatal-gatal. Rawatan untuk penyakit jenis ini adalah dengan antibiotik jenis metronidezole yang dimakan selepas usia kandungan lebih tiga bulan.

7. JANGKITAN BAKTERIA
Jangkitan bakteria biasanya jarang berlaku semasa hamil. Ia lebih kerap melanda selepas bersalin menyebabkan luka episciotomy lambat sembuh.

8. KUTIL GENITALIA
Ia disebabkan oleh seenis DNA virus. Rawatan adalah dengan penggunaan antiseptik dan 'chemical cautery'. Rawatan biasanya dalam dos yang boleh diterima oleh pesakit kerana rasa pedih akibat sentuhan 'cauntery'. Kutil Genitalia tidak boleh dibiarkan kerana ia akan melarat dan bertambah dengan cepat.

Sumber: Majalah Wanita 2004

Thursday, November 10, 2011

Posisi Tidur Yang Selesa ketika Hamil

Perut yang membesar ketika hamil memang membuatkan seorang wanita sukar mencari posisi tidur yang selesa. Oleh itu, banyak keluhan tentang sukar tidur didengar daripada wanita hamil. Sedikit panduan untuk mencari posisi tidur yang selesa yang saya baca dari salah satu majalah lama. Harap boleh membantu.

Trimester 1
Pada awal kehamilan, biasa perut tidak terlalu besar, maka tidak menjadi masalah sekiranya kita tidur dalam posisi apa pun. Ketika kandungan di bawah 20 minggu kita bebas tidur terlentang kerana berat janin tidak menekan pembuluh deah utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.

Trimester 2 & 3
Ketika ini perut kita sudah membesar dan pada waktu inilah kita akan berada serba salah untuk memilih posisi tidur. Tidur terlentang sama sekali tidak digalakkan ketika ini kerana ia akan menekan pembuluh darah yang disebutkan tadi.

Tidur terlentang juga menyebabkan kita terasa sakit di punggung. Posisi tidur yang terbaik ialah sama ada mengiring ke kiri atau ke kanan akan tetapi yang paling baik adalah bila anda mengiring sebelah kiri. Semasa bersalin dulu pernah nurse bagi tahu yang mengiring ke kiri ni baik kerana ia akan memudahkan pernafasan bayi dalam kandungan. Tambahan pula bagi saya ia amat selesa.

Saturday, April 30, 2011

Penjagaan bahagian badan lain

1. Perlukan membersihkan gigi

Perempuan hamil seringkali kekurangan pemeliharaan giginya. Pada waktu itu banyak gigi mereka mulai berlubang dan busuk. Tak pun mungkin sebelum itu gigi memang telah mula berlubang sebelumnya.

Jadi, seharusnya wanita hamil tersebut dengan segera meminta pertolongan seorang doktor gigi kerana doktor gigi dapat menahan kerosakan & kebusukan gigi tersebut dan dengan menurut apa yang telah dibincangkan dengan doktor tentang makanan garam kapur ketika dalam hamil. Ini kerana, kapur banyak terpakai dalam badan si ibu untuk membantu memperkuatkan pembentukan tulang dan giginya. Bantuan untuk gigi yang berlubang itu adalah bagus dilakukan pada bula permulaan kehamilan dan adalah amat digalakkan sekiranya gigi seorang wanita hamil diperiksa setiap bulan. Seandainya gigi itu perlu dicabut, cabutlah secepat mungkin sebelum gigi itu busuk dan penarikan gigi mulai susah. Gosoklah gigi tiap kali sesudah makan.

2. Penjagaan payudara

Payudara yang sihat dan selalu bersih amatlah penting dalam menyusukan bayi selepas bayi dilahirkan. Bila payudara ini keras atau tegang atau kurang mencul di atas kulit, semua hal itu akan menyusahkan bayi kelak untuk menyusu. Jadi, amatlah penting sekiranya payudara kita perlu dijaga semasa hamil. Ia harus dibersihkan dan dicuci setiap pagi dengan sabun dan air suam. Kemudian setiap kali mandi pun payudara perlu dibersihkan lagi. Setiap hari, terutamanya pada waktu pagi, yang mana puting payudara agak tenggelam perlu dalam daging perlu ditarik keluar dengan perlahan-lahan dengan menggunakan kain basah. Elok dilakukan selama beberapa minit setiap hari. Kalau payudara itu keras dan merekah, letak sedikit krim kulit atau mentega baru dan tutup dengan kapas supaya baju tidak kotor. Kadang-kadang setelah kehamilan berusia 4 bulan air akan keluar dari payudara. Sekiranya terlalu banyak boleh pakai "breast pad". Oleh sebab air yang keluar itu banyak, pastikan payudara dibersihkan dengan kerap dengan menggunakan air suam. Tapi jangan risau, air yang keluar tu bukan penyakit.

Beberapa bulan sebelum bersalin, adalah amat bagus sekali sekiranya payudara kita diperah perlahan-lahan beberapa kali sehari. Dengan ini proses penyusuan akan menjadi lebih mudah dan kalau memakai coli pakailah jenis yang mengangkat dada ke atas sedikit dan bukan coli yang menekan payudara ke bawah. Hal ini perlu diberitahu kepada doktor yang memeriksa wanita hamil itu.

3. Soal mandi perempuan hamil

Mandi bagi perempuan hamil amatlah perlu sekurang-kurangnya sekali sehari. Air mandi tersebut haruslah air suam dan tidak boleh sekali-kali mandi dengan air sejuk kerana, wanita yang hamil agak sukar berdiri tegak, malahan tidak kuat berdiri lama jadi, mandilah di tempat yang tidak licin atau alas tempat mandi dengan tuala. 

Friday, April 15, 2011

Tanda-tanda bahaya yang perlu dperhatikan semasa hamil

Bila mana ada tanda-tanda seperti di bawah semasa hamil, lekas-lekaslah minta pemeriksaan doktor:-

1. Muka, tangan atau kaki mulai bengkak
2. Penglihatan kabur
3. Berasa sakit dalam perut
4. Demam panas timbul
5. Ada darah mengalir di kemaluan
6. Muntah darah terus-menerus
7. Sakit kepala yang tidak berhenti
8. Tiba-tiba mengalir air yang banyak dari kemaluan
9. Kecelakaan dan jatuh keras ke tanah, lekas-lekas berbaring di tempat tidur dan beritahu doktor apa yang terjadi. Kemungkinan tidak ada apa-apa yang terjadi kesudahannya, tetapi ia juga boleh menjadi permulaan untuk satu bahaya buat si ibu atau bayi. Pemeriksaan secepat mungkin daripada doktor amatlah penting!

Tuesday, April 12, 2011

Contoh pembahagian makanan dalam sehari semasa hamil

1. Pagi
- satu gelas tomato juice atau orange juice
- bolehy ditukar dengan sepotong betik masak dan sebiji pisang embun.
- segelas susu lembu atau susu kering dalam air
- roti bakar dengan mentega atau nasi sepiring kecil dengan kicap.
- sebiji telur direbus setengah masak.
- kalau suka boleh minum secawan kopi tidak pekat.

2. Tengahari (Pukul 10 pagi)
- Segelas susu

3. Tengahari (Pukul 12 tengahari)
- segelas susu
- sepiring nasi dengan sayuran dan daging atau telur (mate lembu @ dadar)
- sepiring sayuran (bayam, salad)
- sepotong betik, sebiji pisang embun dan semangkuk tomato juice (air jeruk).
- segelas susu.
- sebiji tomato.

4. Jam 3 petang
- segelas susu

5. Makan malam
- sayuran, daging dan nasi sepiring
- segelas susu
- buah buahan seperti pisang atau betik
- kalau perlu sebiji tablet Vitamin C (dari 50mg) 3 kali sehari.

Sebenarnya lebih baik makanan utama yang agak mengenyangkan dimakan waktu siang dan waktu malam mencukupi hanya dengan makanan mudah sahaja. Sebaiknya makanan perempuan dalam hamil berlainan dengan makanan anggota keluarga yang lain.

Adalah sangat penting sekiranya wanita hamil membuang air besar secara teratur. Dengan itu, tidak saja kotoran ibu bayi itu sendiri, malahan juga kotoran dari si bayi dikeluarkan melalui si ibu.

Buang air besar itu seharusnya dapat diatur dengan cara makanan yang diambil oleh seorang wanita yang hamil itu tadi. Sekiranya banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, soal buang air besar tidak akan menjadi sukar. Jadi cara makan dan apa yang dimakan dapat mengawal buang air si ibu.

Jangan sesekali ditahan kalau terasa mahu buang air. Terus saja pergi ke tandas. Dibiasakan pergi ke tandas setelah makan pagi. Janagan kelam kabut, buang air besar secara tenang dan tidak seperti orang tergesa-gesa. Semua ini harus dibiasakan dan dengan begini proses pembuangan air besar atau kotoran badan akan berlalu dengan baik.

Dalam hal ini, sekiranya ada kesukaran mungkin anda boleh mencuba:

(a) mulai meminum segera air panas ketika bangun tidur pagi-pagi.
(b) makan selalu buah-buahan seperti betik, epal atau pisang sebelum tidur malam.

Saturday, April 9, 2011

Makanan ketika hamil

1. Susu
Paling kurang satu liter sehari. Boleh digunakan dari susu lembu biasa atau dari susu tepung (susu tin).

2. Sayuran
Berupa sayuran dimasak dan sayuran yang belum dimasak, tetapi cukup dicuci dengan air panas. Sekali makan sekurang-kurangnya kira-kira sepiring kecil atau semangkuk. Ditambah dengan satu ketul kentang yang tetlah dimasak.

3. Buah-buahan
Lebih baik lagi buah perahan (juices). Seperti perahan jeruk (orange) atau tomato yang sangat baik buat menambah vitamin C. Biasanya, satu mangkuk perahan tomato atau setengah mangkuk air jeruk atau orange juice. Dapat ditambah dengan pisang dan betik. Lagipun memakan banyak buah-buahan memperbaiki jalan buang air besar.

4. Daging, ikan atau ayam
Paling kurang sehari sekali memakan daging lembu, ikan atau ayam.

5. Sekurang-kurangnya sebiji telur sehari.

6. Nasi hanya sepiring sehari.
Boleh dimakan dengan dicampurkan dengan sayuran, tetapi sebolehnya bukan dengan cili. Jadi makanan pedas-pedas apalagi rojak tidak dibolehkan.

7. Roti dengan diletakkan dengan mentega atau marjerin.

8. Kalau perlu, Vitamin D, menurut ukuran daripada doktor.

9. Minuman
Tidak boleh minum semahu-mahunya apalagi kalau ada tanda-tanda bahawa badan mulai gemuk. Paling banyak 6 hingga 8 gelas sehari.

10. Apa yang boleh dimakan
Jangan makan makanan yang banyak lemak, atau makanan yang terlalu manis. Jadi daging banyak lemak, macaroni kuih-kuih banyak mentega, ais cream, jenis-jenis kacang harus dikurangkan pengambilannya. Makanan yang pedas atau jeruk adalah dilarang sama sekali. Umumnya kurangkan makan makanan yang terlalu bergaram seperti ikan masin atau ikan jeruk. Ini menyebabakan terkumpulnya air yang tidak perlu dalam badan dan pada ketika hamil ini kurang baik. Jadi segala masakan kalau boleh kurangkan garam .~(^_^)

Tuesday, March 8, 2011

Masalah ketika dalam hamil

Penjagaan ibu dalam hamil yang sempurna adalah cara untuk mmenjauhkan pelbagai sakit atau gangguan penyakit yang dapat membahayakan ibu dan anak. Tanda-tanda terperinci yang harus dititik beratkan tidak hanya untuk perempuan yang baru pertama kali hamil, tetapi juga perempuan yang telah lebih dari satu kali atau berkali-kali hamil.

Tanda-tanda ini merupakan tanda-tanda bahaya dan bukan tanda-tanda yang dianggap remeh begitu sahaja. Dengan mengetahui tanda-tanda ini kita akan dapat mendapat pertolongan yang sepatut atau sewajarnya dengan segera.

Tanda-tanda di bawah menjelaskan bahaya yang penting dan seharusnya mendapat pertolongan seorang doktor. Tanda-tanda tersebut ialah:

1. Keluar darah dari lubang kemaluan.
2. Muntah yang berterusan.
3. Sakit kepala yang berterusan.
4. Bengka-bengkak pada muka, tangan, kaki dan betis.
5. Mata mulai kabur atau melihat titik-titik hitam.
6. Kencing mulai kurang.
7. Sakit atau merasa pedih ketika kencing.
8. Merasa panas dingin dan demam menggigil.
9. Sakit mendenyut dengan berterusan di bahgian perut.
10. Air tiba-tiba keluar dari kemaluan sebelum bayi dianggap lahir.

Semua tanda-tanda di atas perlu mendapat perhatian sewajarnya dengan secepat yang mungkin supaya kita boleh mendapat rawatan dan penjagaan yang lebih teliti.

Friday, February 11, 2011

Ven Valikos (urat timbul) di kaki

Hamil menggalakkan kemunculan vena varikos pada kaki wanita yang mudah mendapatnya. Vena itu boleh muncul pada bila-bila masa sahaja semasa hamil tetapi pada keseluruhannya, ia sering didapati membesar dan menjadi lebih ketara dalam bulan-bulan yang berikutnya.

Ia mungkin kelitana seperti cacing di bawah kulit atau seperti sarang labah-labah di sekeliling buku lali dan di belakang lutut. Kaki terasa berat dan mungkin hodoh dan juga mungkin akan terasa sakit atau bengkahk.

Kebanyakan vena ino hilang sebaik sahaja bayi dilahirkan dan disebabkan itulah para doktor tidak mengesyorkan pembedahan semasa hamil. Bagaimanapun sebahagian dari vena itu terus tinggal dan membesar pada hamil-hamil berikutnya.

Rawatan ialah dengan sering meletakkan kaki di atas seboleh yang mungkin. Di samping itu, stoking tambahan yang padan harus dipakai setiap pagi sebelum ibu mengandung itu meninggalkan tempat tidurnya.

Thursday, February 10, 2011

Keluar faraj ketika hamil

Semasa hamil rembesan biasa yang mengekalkan kelembapan faraj akan bertambah dan rembesan tambahan yang keluar dari kalenjar serviks bercampur dengannya. Kira-kira 30% ibu mengandung sedar akan keluar faraj yang bertambah itu.

Jika kuantitinya memerlukan pemakaian "panty liner", bakal ibu itu harus mendapatkan nasihat doktornya supaya pemeriksaan dapat dilakukan untuk memastikan bahawa rembesan itu cuma keadaan yang berlebihan dan biasa. Sekiranya ia berpunca dari jangkitan oleh kulat "kandida albikans" yang menyebabkan seriawan atau jika ia berpunca dari jangkitan oleh sejenis parasit halus sebesar mata pin yang disebut "Trichomonas vaginalis".

Biasanya jangkitan oleh salah satu organisma tersebut menyebabkan keluar faraj yang tidak menyenangkan tetapi adakalanya tidak sedemikian. Doktor hanya boleh menentukan sebab sebenar keluaran faraj dengan memeriksa calit yang diambil dengan kapas. Calit tadi akan dilihat melalui mikroskop dan kemudian barulah doktor akan dapat mengesyorkan rawatan yang sepatutnya.

Wednesday, February 9, 2011

Jangkitan salur kencing ketika hamil

Kira-kira 5% wanita menghidap salur kencing tersembunyi, yang tidak menimbulkan masalah sehinggamereka hamil. Ketika hamil disebabkan kesan progesteron yang mengendurkan otot, kawasan pengumpul dalam ginjal dan tiub yang menghubungkan ginjal dengan pundi kencing menjadi besar.

Air kencing bertakung di kawasan ini dan juga dalam pundi kencing. Wanita yang mempunyai jangkitan salur kencing yang tersembunyi jika tidak dirawat akan mendapat dua kali ganda anemia, peningkatan tekanan darah, dan melahirkan anak yang tidak cukup bulan.

Adalah perkara biasa bagi doktor memeriksa air kencing di peringkat awal hamil untuk menentukan sama ada jangkitan saluran kencing dihidapi oleh ibu yang mengandung dan doktor memberikan rawatan jika ia didapati dijangkiti. Rawatan ini akan menghalang permulaan jangkitan ginjal.

Gejala-gejala jangkitan salur kencing adalah rasa sakit pinggang, demam dan menggeletar, berpeluh dan rasa sakit ketika membuang air kecil. Andainya gejala-gejala ini berlaku ketika hamil ibu mengandung itu haruslah berjumpa dokror segera, kerana rawatan untuk gejala tersebut adalah menggunakan ubat sulfa atau antibiotik.

Bengkak buku lali dan kaki ketika hamil

Penyimpan bendalir dalam tisu badan adalah normal semasa hamil. Seorang ibu mengandung yang menyimpan di antara 3 - 6 liter bendalir, separuh darinya dalam 10 minggu terakhir hamil.

Dengan yang demikian, bengkak buku lali bahagian paling bawah badan adalah lazim. Jika ia berlaku pada waktu petang, ia tidaklah serius dan apa yang perlu dilakukan oleh ibu mengandung ialah meletakkan kakinya ke atas.

Wanita yang berlebihan berat badannya bagi ukuran tinggi menjelang minggu ke-20 hamil, dan wanita yang berlebihan berat badan yang memperolehi 0.5kg setiap minggu selepas minggu ke-30 mempunyai peluang hampir 50% mendapat edema petang.

Pada amnya perkara ini tidak penting tetapi, jika wanita ini dan semua wanita lain mendapat bengkak kaki pada sebelah pagi, ia merupakan satu tanda amaran bahawa "toksemia hamil" mungkin sedang berkembang dan harus segera berjumpa doktor.

p/s: acik dulu baru preggy 4 bulan kaki dah bengkak, bila dah dekat nak bersalin tu kasut acik saiz 10-11 huhu, (betapa montelnya kaki acik time tuh) dan surutnya bengkak tu selepas 3-4 minggu bersalin...

Tuesday, February 8, 2011

Punca lahir tidak cukup bulan

Sebenarnya tidak ada sebab tertentu bagi kelahiran yang tidak cukup bulan, tetapi dalam 15 hingga 20 peratus kelahiran adalah disebabkan oleh faktor yang dikenal pasti menjadi penyebabnya.

Di antara sebab-sebab yang telah diketahui adalah seperti berikut:

(a). Kehamilan kembar atau lebih daripada dua:
Ini merupakan faktor yang menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan. Biasanya ibu yang hamil kembar perlulah berhati-hati, terutamanya pada  peringkat lanjut kehamilan iaitu pada 28 mingggu ke atas.
Sekiranya ibu tersebut mempunyai sebarang komplikasi kehamilan, ibu mestilah segera berjumpa doktor. Doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya berehat dan jika perlu akan dimasukkan ke hospital.


(b). Pendarahan sewaktu hamil
Pendarahan sewaktu hamil, kadang-kadang boleh mengakibatkan kelahiran lebih awal, ada kalanya pula kelahiran terpaksa dilakukan untuk memberhentikan pendarahan dan untuk menyelamatkan nyawa ibu. Pendarahan ini boleh disebabkan keadaan "plasenta praevi" atau pendarahan aksidental.

Ibu yang mempunyai penyakit seperti kencing manis yang tidak terkawal juga merupakan sebab kelahiran tidak cukup bulan. Komplikasi disebabkan anak yang prematur disebabkan ibunya menghidap kencing manis adalah lebih besar jika dibandingkan dengan ibu yang tidak menghidap kencing manis. Penyakit buah pinggang yang kronik juga boleh menyebabkan anak yang dilahirkan kecil dan tidak cukup bulan.

(c). Demam keterlaluan
Suhu badan atau demam yang keterlaluan seperti yang disebabkan oleh penyakit malaria atau demam kepialu boleh menyebabkan demam keterlaluan dan berlakunya kelahiran yang tidak cukup bulan.

Renjatan:
Renjatan (shock) kadang-kadang boleh menghasilkan anak yang tidak cukup bulan. Renjatan ini ada dua jenis sama ada renjatan fizikal, atau psikologikal seperti kemalangan atau kematian dalam keluarga yang tidak disangka-sangka.

(d). Kelahiran paksa:
"Induction of labour" atau kelahiran yang dipaksa bagi ibu yang menghidap darah tinggi dan tidak pasti tarikh akhir haidnya, juga menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan. Perkara ini biasa berlaku di daerah yang tidak mempunyai bahan alat ultrasound untuk memastikan dengan tepat kematangan yang dikandung sebelum tindakan untuk memaksa kelahiran dibuat.

(e). Air ketuban keluar awal
Air ketuban yang keluar awal kadang-kadang boleh mengakibatkan 'premature labour', sebahagian kecil air ketuban keluar diperingkat kehamilan 28 minggu ke atas sebelum 32 minggu. Ramai ibu yang melahirkan anak lebih awal, walaupun mereka direhatkan dan ubat-ubatan untuk menahan proses bersalin diberikan.

(f). Air ketuban berlebihan
Hydramnios atau air ketuban yang berlebihan, boleh menyebabkan rahim menjadi terlalu besar dan kelahiran berlaku sebelum waktunya. Air ketuban yang berlebihan kadang-kadang adalah disebabkan kelahiran itu si ibu menghidap kencing manis atau penyakit darah kotor yang menyebabkan anemia. kadang-kadang kecacatan anak yang dikandung boleh menyebabkan "hydramnios".

(g). Faktor-faktor lain
Ada beberapa faktor lain yang menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan. Akan tetapi ia tidak begitu kerap dialami seperti ibu yang mengalami pembedahan misalnya pembedahan apendik atau pembedahan lain sewaktu hamil.

Ibu yang mengalami keguguran sebelumnya atau mempunyai rahim yang tidak normal dari segi bentuk atau strukturnya, juga boleh menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan.

Jangkitan kuman seperti siflis dan virus juga adalah faktor penyebab kelahiran tidak cukup bulan. Tujuan rawatan ini adalah untuk menahan sakit bersalin kepada satu peringkat di mana jika anak itu dilahirkan akan mengalami komplikasi yang minimum. Ibu hamil hendaklah faham bahawa kelahiran tidak cukup bulan perlu dilakukan di hospital atau pusat-pusat perubatan yang boleh mengendalikan masalah kelahiran anak tidak cukup bulan.

Lain-lain kesakitan ketika hamil

1. Pedih hati ketika hamil
Pedih hati sesuatu yang tidak disenangi merupakan aduan yang lazim dan ia kerap berlaku pada peringkat akhir kehamilan. Ia berpunca dari laluan sejumlah kecil isi perut ke dalam bahagian bawah tiub makanan yang memanjang dari mulut hingga ke perut.
    Ketika hamil kejadian ini berlaku kerana injap yang mengawal pintu masuk perut megendur dan kerana uterus yang membesar itu menolak perut ke atas kerap kali menjadi lebih berat di waktu malam, apabila terasa pedih di bahagian atas abdomen.
    Ibu mengandung boleh melegakan pedih hati dengan memakan lebih kerap hidangan yang ringan, dan membawa segelas susu ke tempat tidur dan meminumnya jika berlaku pedih hati.
    Ia juga elok tidur lebih tinggi dengan menggunakan satu atau dua bantal tambahan. Andainya pedih hati terus berlaku, doktor menyarankan satu dari berbagai antsid atau megnesium, adalah lebih baik daripada jenis yang mengandungi natrium (garam).

2. Kekejangan ketika hamil
Sesetengah ibu mengandung mendapat kekejangan kaki di peringkat akhir hamil. Kejadian ini berlaku pada waktu malam dan puncanya tidak diketahui.
    Rawatan tidak begitu memuaskan, dan terdapat bukti bahawa ia mungkin disebabkan oleh pengambilan susu secara berlebihan. Jika pesakit mendapat kekejangan kaki, meminum susu mengikut sukatan yang disyorkan itu mungkin dapat meredakan.
    Bagaimanapun bukti bahawa susu yang berlebihan merupakan punca kekejangan kaki tidak begitu tepat. Menurut doktor bahawa kekejangan kaki akan berkurangan jika hujung kaki katil dinaikkan setinggi 25cm (10 inci).

3. Pendarahan hidung ketika hamil
Sedikit pendarahan dari hidung adalah perkara biasa ketika hamil. Ia berpunca dari peningkatan darah yang berlaku, dan dalam kebanyakkan kes ia tidak memerlukan rawatan. Ini tidak bermakna bahawa ibu yang mengandung mempunyai tekanan darah tinggi.

4. Mengidam ketika hamil
Kerana sebab-sebab tertentu yang cuba dihuraikan oleh ahli-ahli psikiatri, keinginan-keinginan terhadap makanan bahan-bahan selain dari makanan ia dipanggil "paika".
    Kebanyakkan wanita mengidam selalu mahukan karbohidrat, sama ada gula-gula atau bermacam-macam jenis buah-buahan. Sejumlah kecil dari mereka mengidam makanan seperti acar, pekasam atau buah-buahan ganjil. Ada pula yang terlalu kuat mengidam seperti memakan arang, tanah liat atau pensil. Sekiranya ibu yang hamil mempunyai keinginan yang ganjil terhadap makanan semasa hamil, ia harus sedar bahawa ia bukan tidak siuman bahawa keinginan itu memang wujud dan harus dikawal.

5. Ketenangan ketika hamil
Semakin hamil meningkat, si ibu mendapati diri mereka semakin tenang dan semakin mengantuk. Akan tetapi, perkara ini mengganggu ibu mengandung yang semakin cerdas akal fikirannya kerana pemikirannya tidak lagi tepat dan jelas sebagaimana keadaan sebelum hamil. Malah perkara-perkara yang tidak banyak melibatkan daya pemikiran menjadi begitu sukar untuk melakukan sesuatu seolah-olah sesuatu yang berat dan mulai bimbang kalau-kalau dia menjadi dungu.
     Ini adalah disebabkan peningkatan peredaran hormon hamil progesteron, dan wanita hamil tidak perlu bimbang kerana keadaan tersebut akan hilang sebaik sahaja bayinya dilahirkan. Sementara itu si ibu haruslah memikirkan kejadian menakjubkan yang sedang berlaku di dalam rahimnya.

6. Hubungan seks ketika hamil
Jika ibu yang mengandung itu normal dan tidak menghadapi kemungkinan bersalin tidak cukup bulan atau keguguran yang berulang hubungan seks boleh diteruskan dengan kekerapan yang normal bagi pasangan berkenaan.
    Sesetengah wanita hamil mendapati mereka inginkan persetubuhan yang lebih kerap ketika hamil. Ada pula yang mendapati kurang merangsangkan. Persetubuhan boleh dilakukan dengan lemah lembut pada setiap masa.
    Berbagai teknik seks yang boleh menimbulkan kepuasan yang selamat tetapi lelaki jangan sesekali meniup ke dalam faraj wanita yang mengandung semasa melakukan kunilingus. Ini kerana udara mungkin akan memasuki salur darah yang boleh menyebabkan embolisme yang boleh membawa maut.
    Kegiatan seks, termasuk persetubuhan boleh diteruskan sepanjang tempoh hamil sehingga ke tempoh bersalin dan boleh disambung semula selepas bersalin, jika wanita inginkan dan mendapati ia menyeronokkan.
    Kepercayaan bahawa kegiatan seks termasuk puncak syahwat pada wanita hamil yang normal boleh menyebabkan jangkitan pada fetus, bersalin tidak cukup bulan dan keguguran adalah tidak benar. Kegiatan seks boleh dilakukan sehingga sampai masa wanita itu dijangka bersalin.

7. Sesak nafas ketika hamil
Di peringkat akhir hamil sebilangan  ibu-ibu mengandung mendapati bahawa penggunaan tenaga yang lebih daripada biasa boleh menyebabkan sesak nafas. Meskipun kurang menyenangkan, tidaklah merbahaya jika doktor telah memeriksa jantung dan paru-paru pesakit dan didapati normal.

8. Berpeluh ketika hamil
Ketika hamil si ibu mendapati bahawa mereka labih mudah berpeluh dalam cuaca lembab dan apabila panas, mereka akan berasa panas tidak terhingga. Kadang-kadang si ibu juga akan berpeluh pada waktu malam.
    Peluh yang berlebihan ini berpunca daripada salur darah yang terbuka kerana hamil. Tidak ada rawatan yang khusus untuknya dan apa yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung ialah mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan, selalu berehat dan kerap mandi dengan air sejuk. Ibu yang mengandung perlu lebih banyak mengambil bendalir kerana berpeluh lebih banyak mengeluarkan bendalir.

9. Merokok ketika hamil
Pengaruh rokok terhadap hamil telah dikaji, dalam tempoh beberapa tahun yang lalu. Buktinya setakat ini, menunjukkan, bahawa menghisap rokok lebih daripada 10 batang sehari akan mendatangkan buruk ke atas hamil.
    Nampaknya risiko berlakunya keguguran telah bertambah dan besar kemungkinan berat bayi yang dilahirkan kurang dari berat bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak merokok.
    Ibu-ibu yang mengandung harus menjauhi daripada merokok berlebihan ketika hamil. Bagaimanapun merokok mungkin merupakan punca bagi barah paru-paru, dalam tempoh hamil mungkin masa yang baik untuk terus berhenti.

10. Nasihat kepada ibu-ibu
- Ibu hendaklah memakan makanan yang berzat seperti sayur-sayuran, susu, telur, ikan dan kekacang.
- Jangan amalkan pantang semasa mengandung
- Berat badan hendaklah meningkat 10 hingga 12kg sebelum bayi dilahirkan.
- Elakkan menghisap rokok, mengambil dadah, dan meminum arak.
- Jika ibu gemuk kurangkan makanan berlemak dan berkanji.
- Menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun dan elakkan kelahiran yang pertama sebelum  
   berusia 18 tahun atau selepas berusia 35 tahun.
- Ibu yang mempunyai risiko yang tinggi seperti darah tinggi dan sebagainya tidak mahu bersalin di hospital
   tetapi bersalin di rumah.
- Kelahiran tidak bersih apabila bersalin di rumah.
- Ibu tidak memakan ubat yang telah diberikan oleh doktor semasa mengandung seperti zat besi untuk ibu
   yang kekurangan darah.

11. Punca kelahiran tidak cukup bulan
Kebanyakkan kematian "perinatal" di negara ini masih disebabkan oleh kelahiran yang tidak cukup bulan atau disebut juga (premature).
      Kadar kematian perinatal (anak yang mati setelah kehamilan) meningkat lapan minggu ke atas hingga seminggu selepas dilahirkan ialah di antara 35 hingga 50 bagi tiap-tiap seribu kelahiran. Sebilangan besar daripada kematian tersebut adalah disebabkan oleh kelahiran yang tidak cukup bulan.
      Ramai ibu bapa yang kurang selesa menanggung perubahan-perubahan disebabkan oleh kehamilan. Malahan mereka perlu bersabar untuk menanggung tibanya peringkat sembilan bulan. Pada ketika ini kandungan kita telah matang dan selamat dilahirkan.
      Masalah yang dihadapi oleh anak yang tidak cukup bulan akan bertambah, jika peringkat kehamilan terlalu singkat dan berat badan sewaktu bayi dilahirkan terlalu kecil. Ini bermakna, lagi ringan atau lagi awal bayi tersebut dilahirkan, semakin banyak komplikasi dan lagi rumit perawatannya.

Monday, February 7, 2011

Penjagaan yang perlu semasa hamil

Di peringkat akhir hamil kira-kira minggu ke-35, perubahan selanjutnya berlaku. Pada ketika itu, kebanyakan wanita tidak sabar lagi dengan kandungan mereka, jemu dengan perut mereka serta tidak sabar hendak bersalin dan melihat, menyentuh serta menjaga bayi yang baru lahir.

Semakin lama wanita itu hamil dengan keadaannya yang tidak selesa, bimbang kegemukkannya bertambah, kelesuan, perut yang berat dan buah dada yang jatuh mungkin menjejaskan kasih sayang suami mereka. Seorang suami boleh meyakinkan isteri dengan membelai serta menaruh minat terhadap hamil dan pertumbuhan bayi mereka di dalam uterus ibu.

1. Sakit belakang
Dalam peringkat akhir hamil khususnya sendi, pelvis dan ligamen akan mengendur. Pada masa yang sama pertambahan berat uterus mengubah pusat perseimbangan menyebabkan si ibu yang megandung terpaksa berdiri dengan bahunya di belakangkan lebih dari biasa. Bagaimanapun kedudukan tersebut dan ligamen yang mengendur tadi menimbulkan sakit belakang bagi kebanyakkan wanita hamil, lebih-lebih lagi bagi wanita yang pernah mengalami sekali hamil atau lebih. Sakit belakang ini akan bertambah pada siang hari dan paling dirasai menjelang waktu petang dan di waktu malam sehingga menyebabkan si ibu tidak dapat tidur. Rasa sakit boleh dirasai pada bahagian bawah belakang atau pada sendi.

Menggunakan kasut tumit tinggi boleh memburukkan lagi ketegangan belakang dan harus dielakkan. Selipar adalah sesuai dipakai. Sekiranya sakit belakang terlalu ketara, maka anlgesik mungkin diperlukan, tetapi si ibu tadi perlu mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

2. Mandi bagi ibu mengandung
Dalam masa empat minggu terakhir hamil, si ibu disyorkan supaya mandi dengan menggunakan cebok dan jangan berendam di dalam air terlalu lama, kerana pada ketika itu air mandi mungkin akan memasuki faraj. Pada umumnya, si ibu yang mengandung dibenarkan berenang dan boleh diteruskan sehingga hampir waktu bersalin jika ibu ingin berbuat demikian.

3. Penjagaan buah dada ibu mengandung
Penjagaan buah dada ketika hamil memudahkan tugas ibu apabila menyusukan bayi nanti. Puting haruslah diusap dan ditarik keluar perlahan-lahan selama kira-kira dua minit sehari dari peringkat awal hamil. Si ibu juga boleh menyapu sedikit salam Inolin yang lembut, terutamanya jika puting susu itu kering.

Dari kira-kira minggu ke-32 hingga bulan ke-8, buah dada harus ditekan keluar dengan melekapkan kedua-dua tapak tangan padanya lalu menekan ke arah puting. Sejenis rembesan berwarna kuning akan didapati keluar. Perlakuan ini boleh mengekalkan bukaan salur-salur pada buah dada.

4. Pakaian ibu mengandung
Apakah yang harus dipakai oleh wanita mengandung? Pakaian haruslah selesa. Ibu yang mengandung memerlukan coli yang pada serta besar saiznya kerana pembesaran buah dada disebabkan oleh kehamilan. Jauhkan daripada memakai pakaian yang ketat serta kasut tumit tinggi.

Pakaian harus bersih dari kain kapas yang lembut dan tidak menaikkan suhu badan. Anda boleh bertukar pakaian dua atau tiga kali sehari agar berasa selesa.

5. Sembelit bagi ibu mengandung
Ada dua jenis otot dalam badan kita iaitu otot berjalur yang terkawal dan otot licin luar kawal. Otot berjalur terdiri daripada otot lengan dan kaki, yang bergerak balas terhadap pengawalan anda. Jika anda mahu mengangkat kuali, satu isyarat akan dikirimkan dari otak dan pada masa yang sama otot lengan anda pun menggerakkan tangan ke hadapan. Jika anad dapati kuali tersebut terlalu panas, secara terkawal anda memberhentikan pergerakan. Otot licin pula terdiri daripada otot-otot jantung, saluran makanan dan rahim anda. Otot-otot ini bekerja tanpa pengawalan dan anda tidak mampu mengawal perubahan tindakannya. Tapi, walaubagaimanapun, ia bertidak balas terhadap ubat-ubatan dan hormon tertentu.

Progestron, hormon khusus bagi hamil, mengendurkan otot licin. Ini adalah amat berguna kerana ia membolehkan uterus, yang sebahagian besarnya terdiri dari otot licin, membesar tanpa cuba menyingkirkan fetus sebelum masanya. Akan tetapi, pengenduran ototmenambahkan pengambilan bendalir dan  licin juga boleh menimbulkan gangguan. Tona otot saluran makanan menjadi rendah sepanjang tempoh hamil, yang menyebabkan berlakunya sembelit.

Diperingkat akhir kehamilan, kecenderungan ini bertambah disebabkan oleh tekanan pada bahagian bawah usus oleh uterus yang kian membesar. Sekiranya ibu yang mengandung itu khuatir akan sembelit, si ibu harus  menambahkan pengambilan bendalir dan cuba mengeluarkan isi perutnya secara tetap selepas makan.

Kebanyakkan doktor mengesyorkan si ibu yang mendapat sembelit memakan kira-kira dua sudu besar antah kasar setiap hari dan memakan roti gandum tulin sebagai menggantikan roti putih. Kedua-dua langkah tersebut membolehkan najis menjadi lebih berat dan mengurangkan sembelit dan ubat tidak lagi diperlukan. Tetapi jika seorang wanita tidak mahu memakan antah, doktor akan mengesyorkan si ibu tersebut mengambil julap yang lembut.

6. Penjagaan gigi semasa mengandung
Penjagaan gigi semasa hamil adalah sama pentingnya dengan masa-masa lain. Sejumlah kecil waniota mendapat bengkak gusi pada pangkal giginya. Kejadian ini tidaklah luar biasa dan akan hilang selepas bersalin. Akan tetapi jika masih ragu-ragu, si ibu boleh mendapatkan nasihat doktor gigi.

7. Pengambilan ubat ketika hamil
Selepas tragedi "thalidomide", para doktor telah lebih berhati-hati lagi dalam menentukan ubat-ubatan untuk wanita yang hamil. Perlu diingat bahawa "thalidomide" diberikan dalam peringkat awal wanita sebagai ubat penenang untuk melegakan loya.

Kemudian ia didapati menghalang pembentukan lengan dan kaki fetus menyebabkan bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan hidup tetapi tanpa lengan dan kaki.

Kini, tidak ada ubat baru yang disyorkan untuk wanita yang hamil kecuali jika ubat itu telah diperiksa dengan ujian paling teliti, dan kebanyakkan doktor hanya memberikan ubat kepada ibu-ibu mengandung yang benar-benar memerlukan.

Si ibu sendiri khususnya pada 12 minggu pertama harus menjauhkan diri dari menggunakan sebarang ubat kecuali ia telah mendapat nasihat doktor jika benar-benar diperlukan.

8. Pekerjaan semasa mengandung
Seandainya ibu yang mengandung iitu senang dengan kerjanya dan tidak menimbulkan ketegangan fizikal yang terlalu kuat, maka kerja itu boleh diteruskan sepanjang tempoh hamil.

9. Senaman semasa hamil
Hamil merupakan satu kejadian normal dan ia harus dianggap sedemikian. Senaman harus digalakkan jika ia sudah menjadi kebiasaan seseorang. Tetapi jika si ibu tersebut tidak pernah mengamalkan senaman selain dari  kerja-kerja rumah, ia tidak perlu menukar kebiasaannya.

Kebanyakan wanita sedikit sebanyak ada melakukan senaman dan mereka boleh meneruskannya ketika hamil. Sekiranya si ibu tersebut suka berenang, ia boleh berbuat demikian. Jika ia bermain tennis atau golf, ia boleh meneruskan sehingga kandungan kian membesar.

Jika ia suka berjalan-jalan di kebun, ia boleh terus berjalan. Pada umunya, ibu mengandung tidak semestinya perlu mengubah pola senaman yang menjadi kelazimannya semata-mata kerana hamil.

10. Pitam semasa hamil
Serangan pitam darah gemuruh dan sakit kepala berlaku sesekali ketika hamil. Ia berlaku daripada perubahan sistem peredaran ibu mengandung yang disebabkan oleh hamil. Walaupun ia dirasakan begitu mengganggu tetapi ia tidak memberikan kesan yang buruk. Di zaman Victoria, pitam telah menjadi satu cara bagi isteri yang sopan memberitahu suaminya bahawa dia telah hamil ;).

11. Kekerapan membuang air
Kecil ketika hamil gangguan pada pundi kencing adalah agak lazim di peringkat awal hamil, dan berlaku lagi dalam minggu terakhir apabila kepala bayi menghimpit ke dalam pelvis.

Wanita berkenaan tidak dapt berbuat apa-apa melainkan lebih kerap membuang air kecil. Jika terdapt rasa sakit dan kelencur ketika membuang air kecil maka, ibu yang mengandung harus berjumpa dengan doktor.

Pemeriksaan di akhir kehamilan

Pemeriksaan sebelum bersalin dibuat dengan jangka masa mingguan yang mana ibu yang mengandung tersebut telah mengetahui tanda-tanda menunjukkan proses bersalin telah bermula dan mempunyai keyakinan terhadap doktor serta berada dalam keadaan sihat. Boleh dikatakan pada ketika ini ibu mengandung tersebut mempunyai pengetahuan tentang apa yang akan berlaku dalam proses bersalin.

Pada masa ini kita sebagai bakal ibu harus menyediakan pakaian bayi, telah mengunjungi hospital dan doktor telah menjawab semua pertanyaan yang meragui bakal ibu. Pendek kata ia adalah seorang ibu yang sihat, yang telah mengetahui cara-cara menjaga anak, mengetahui tututan kejadian yang dijangka berlaku dalam proses bersalin yang normal dan akan melahirkan anak yang sihat.

Isi badan perempuan hamil
1. Uterus (Peranakan)
2. Bladder (Pundi kencing)
3. Vagina (Lubang kemaluan)
4. Rectum (Lubang pelepasan)

Menentukan berapa besarnya perut perempuan yang hamil menurut bulannya
Angka-angka di atas menyatakan banyaknya bulan dalam hamil dan sampai di mana tingginya peranakan dari bulan ke bulan. Misalnya, pada bulan kesepuluh sama tinggi dengan bulan kelapan, kerana kepala bayi mula turun ke bawah menuju ke jalan yang akan diturutnya keluar dan tanda waktu bersalin telah datang (1 bulan = 28 hari = 4 minggu)

Pada 0 minggu, perut biasa sahaja, pada minggu 36 atau 9 bulan perut berada paling tinggi dan pada 40 minggu atau 10 bulan perut akan nampak paling besar.

Hamil yang sempurna
Kedudukan bayi baik. Tempat saudaranya @ plasenta juga baik, di sebelah atas peranakan itu seperti biasa (normal). Kepala bayi telah menghadap kepada mulut peranakan. 
- Saudara anak dengan tali pusatnya
- Peranakan
- Gelembung

Wednesday, February 2, 2011

Pemeriksaan Pelvis

Kejatuhan kepala bayi ke dalam rongga pelvis adalah satu tanda yang baik bahawa saiz dan bentuk pelvis itu normal. Doktor menggunakan maklumat itu untuk memastikan bahawa ia berkeadaan sedemikian. Adalah biasa baginya melakukan pemeriksaan pelvis pada minggu ke-37.

Dalam pemeriksaan ini, ia menilai pelvis, berkaitan kepala bayi dengan bingkai pelvis dan kelembutan serta darjah bukaan pelvis. Pemeriksaan tersebut cuma diadakan sehingga ke peringkat ini kerana kepala fetus biasanya jatuh ke dalam dan selain itu, tisu pada pelvis pada ketika ini adalah lembut dan mudah meregang, jadi pemeriksaan tidak mudah menimbulkan rasa sakit sebagaimana yang dilakukan semasa pemeriksaan pelvis pada lawatan pertama sebelum bersalin. Ibu yang mengandung tersebut mestilah mengendurkan ototnya bagi membolehkan doktor untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan segala maklumat yang diperlukan.

Tuesday, February 1, 2011

Pemeriksaan seterusnya semasa dalam tempoh mengandung

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Semasa rawatan pertama kita telah diperiksa secara keseluruhan oleh doktor dan sekiranya ibu yang mengandung itu didapati normal, kita perlu membuat lawatan sebelum bersalin setiap empat minggu sehinggalah kandungan berusia 28 minggu iaitu bersamaan dengan 7 bulan, selepas itu kita harus datang pemeriksaan setiap 2 minggu sehingga kandungan berusia 36 minggu ataupun 9 bulan sehingga ibu yang mengandung itu dimasukkan ke hospital untuk menunggu saat bersalin.

Jika timbul sebarang komplikasi atau jika ibu mengandung tersebut pernah mengalami sakit tertentu seperti kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung, ia dikehendaki berjumpa doktor lebih kerap lagi. Setiap pemeriksaan yang dibuat semasa hamil, doktor amat mengambil berat tentang dua nyawa iaitu, ibu yang mengandung dan fetus yang terdapat dalam uterus.

Dalam setiap pemeriksaan, doktor akan cuba menentukan sebarang perkembangan pesakitnya. Ia akan menjawab sebarang pertanyaan dari ibu yang mengandung tersebut. Dan sekiranya didapati ada yang tidak berkembang secara normal, doktor itu akan memeberi nasihat. Pada setiap pemeriksaan, berat badan ibu yang mengandung itu dicatat dan pertambahan berat yang melebihi 4.6kg (Ib) dalam masa 20 minggu pertama atau yang melebihi 0.5kg (1Ib) seminggu pada setiap minggu. Dalam 20 minggu terakhir biasanya tidak digalakkan. Pergelangan kaki dan kaki ibu itu diperiksa untuk mengesan bengkak dan vena varikos, tekanan darah dicatat dan kencingnya diuji.

Doktor itu kemudian menumpukan perhatiannya kepada bayi. Ia menganggarkan tinggi uterus, meraba perlahan-lahan untuk menentukan kedudukan bayi yang tepat.

Ia mungkin mendapati bahawa sehingga minggu ke-28, bulan ke-7 kedudukan bayi itu akan berubah-ubah pada setiap masa. Kepalanya mungkin menghala ke bawah (disebut sebagai kedudukan sefalik) atau kepalanya berada di bahagian atas uterus dan punggungnya di sebelah bawah (kedudukan songsang) atau ia mungkin terentang (kedudukan lintang atau kedudukan bahu).

Selepas minggu ke-30 hamil, sebilangan besar bayi menetap dengan kepala mereka berada di sebelah atas pelvis ibu manakala punggungnya pula, berada di bahagian atas uterus yang lebih luas. Menjelang minggu ke-40, 96% bayi berada di dalam kedudukan ini, dan di antara 3% dan 4% berada di dalam kedudukan songsang.

Dalam sesetengah kes, belakang bayi tersebut berada di sebelah kanan uterus manakala yang lainnya pula berada di sebelah kiri. Keadaan ini tidaklah banyak berbeza bagi perkembangan proses bersalin dan bayi itu boleh mengubah kedudukan di antara dua pemeriksaAN.

meraba uterus perlahan-lahan membolehkan doktor menentukan sama ada bayi berada dalam kedudukan sefalik atau songsang. Perkara ini agak penting pada kira-kira minggu ke-34 kerana doktor mungkin ingin cuba memusingkan bayi songsang itu kepada kedudukan sefalik dengan kepalanya ke bawah.

Pada setiap kali pemeriksaan, doktor seharusnya memberitahu ibu yang mengandung itu terutamanya kedudukan bayinya dan patu membantunya merasai bayi itu jika si ibu mahu berbuat demikian.

Jika doktor mendengar denyutan jantung bayi dan si ibu juga ingin mendengarnya, doktor boleh membenarkan ibu itu mendengarnya dengan menggunakan stetoskopnya. Denyutan jantung bayi adalah lebih pantas dari denyutan jantung ibu, purata 120 denyutan setiap minit, tetapi mempunyai sedikit variasi.

Menjelang minggu ke-36 kebanyakan wanita yang mengandung bayi yang pertama akan terasa ringan. Ini kerana, kepala bayi terjatuh ke dalam rongga pelvis. Akibatnya bahagian atas uterus jatuh, kerana tekanan di bawah tulang rusuk dan menyebabkan pernafasan menjadi lebih senang.

Keringanan selalunya berlaku secara tiba-tiba yang mana bila bangun dari tidurnya di waktu pagi akan merasa lega dari tekanan dan ketidakselesaan yang dialami sebelum ini. Malangnya kejatuhan kepala bayi itu ke dalam ruang pelvis sering berkaitan dengan tekanan ke atas pelvis dan bertambahnya keluaran faraj. Pada kketika ini juga pengecutan uterus yang tidak menimbulkan rasa sakit dirasakan selama beberapa minggu akan menjadi lebih kerap lagi.

Bagi wanita yang pernah melahirkan anak sebelum ini, keringanan akan berlaku sama ada dalam minggu atau 10 hari sebelum bermulanya proses bersalin atau dalam peringkat awal proses bersalin.




Wednesday, January 19, 2011

Lawatan pemeriksaan semasa mengandung

Pemeriksaan semasa mengandung merupakan perkara biasa. Ini adalah penting bagi membolehkan doktor memastikan kesihatan am bakal ibu.  Pada mulanya doktor akan mencatat tinggi dan merekodkan berat badan. Kemudian doktor akan memeriksa buah dada daan memastikan sama ada puting susu dalam keadaan normal jika bakal ibu tersebut bercadang untuk menyusukan bayinya nanti dan doktor mungkin akan mengesyorkan perlakuan tertentu yang dilakukan oleh bakal ibu itu sendiri semasa hamil. Perlakuan ini menggalakkan pengeluaran susu dan menjadikan tugas penyusuan lebih senang.

Selepas itu, doktor akan mendengar jantung pesakit dengan menggunakan stetoskop, meraba abdomennya dengan lembut dan memeriksa kakinya kalau-kalau terdapt sebarang vena varikos. Dalam hamil peringkat awal rabaan pada abdomen hanyalah untuk mengetahui sebarang pembesaran hati atau limpa. Selepas minggu ke-12 hamil, doktor juga akan meraba uterus yang sedang membesar itu untuk menentukan sama ada bayi tersebut membesar secara normal dan selepas minggu ke-28 untuk memeriksa kedudukan bayi di dalam rahim.