Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Wednesday, May 21, 2025

Raya Pertama di Hyatt Regency Huantan

Dah nak masuk Raya Haji barulah nak update ekk. 😆
Sesi bersalaman dan berpelukan di pagi raya

Yeay, on the way ke Kuantan

Sebenarnya, Raya tahun 2025 ni bukan kami plan sebulan sebelum raya. Kita dah plan hujung tahun 2024. Kakak ipar aku punya idea. Dia dah book hotel December 2024 hahaha. Awal gila kan. Kami anak beranak ikut je. Jadi, tak apalah kita pinjam je kampung orang. Bosan asyik raya kat KL je kan tiberrrr heheh.
Hadif dan Papa

Hanif dan papa

Papa dan mami (kakak ipar aku)

Kami pergi pada pagi Hari Raya Pertama. Selepas Solat Sunat Hari Raya kita bertolak. Baju kami? Dah tentu ikut konsep Hari raya sebab nanti bila sampai hotel nak ambik gambar raya. 😆
Anak bujang den, Hanif

Suami den

Anak bujang den yang nombor dua dan kuat drama, Hadif

Alhamdulillah, perjalanan kita lancar. Tidak ada kesesakan langsung. Sempat singgah di RnR. Ada juga kedai orang Islam buka pada Raya Pertama. Pada aku okaylah, sekurang²nya orang yang travel ke arah Pahang dan Terengganu ada tempat nak menyinggah untuk sarapan dan sebagainya.

Nampak anak den posing macam mana, posing
anak-anak muda zaman sekarang

Hadif posing

Posing yang sis mampu

Kami sampai di Kuantan dalam pukul 2.15 petang macam tu. Dah turunkan beg nak check-in tapi bilik belum siap lagi. Jadi, kita drop-off je barang then pergi Kuantan City Mall cari makan sekejap. Kita orang ni kalau pergi holiday tak masuk mall tak sah. Even pergi Langkawi pun cari mall hahaha adoi.
Berangan ekk...

Dah habis makan, pusing sekejap dalam pukul 6.00 petang baru sampai hotel. Kalut laaa masing-masing nak berfotografi. Ingatkan kita je yang sibuk beraya di hotel, rupa-rupanya ada lagi orang lain hahaha. Ramai juga yang bergambar kat kawasan hotel. Kami tak sempat dah nak bergambar kat area pool dan taman sebab kelam kabut nak Solat Maghrib. Lepas Maghrib barulah dapat bergambar dalam bilik. 

Thursday, January 23, 2025

Cuti Sekolah Akhir Tahun: Bercuti ke Melaka

Sempena cuti sekolah akhir tahun yang telah bermula dari 18 Januari 2025 hingga 16 Februari 2025 baru ni aku bawak anak-anak pergi bercuti ke Melaka.

Minggu pertama cuti sekolah tu kami dah pergi jadi tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai. Masuk minggu kedua cuti sekolah confirm akan ramai sebab dah Tahun Baru Cina kan. Jadi, nak mengelakkan kesesakan kami pergi awal-awal hehe.

Kali ini kami menginap di hotel ditengah kawasan bandar supaya senang nak pergi ke mana-mana dengan hanya berjalan kaki je. Jimat duit minyak dan parking. Paling best tak perlu nak mengadap kesesakan lalu lintas dalam bandar.

Rupa-rupanya, trip kali ini baru aku sedar banyak juga tempat yang kita orang tak pernah pergi. Ada dua tiga muzium yang menarik yang kami tak pernah pergi. Memang tak sempat nak habis untuk tiga hari. 😅

Hari pertama tu kami ke Taman Buaya Melaka. Hari kedua kami pusing satu bandar Melaka sampai lenguh kaki berjalan. Balik hotel petang kita berehat sekejap dan malam kita keluar lagi pergi makan. Hari ketiga, balik tu singgah pula Port Dickson "kampung" aku hahaha. 

Dalam banyak-banyak trip pergi Melaka, trip kali ini memang best. Aku akan kongsikan kenapa dalam setiap satu entri nanti okay.

Monday, May 23, 2022

EMBOK VILLAGE STEAMBOAT & SEAFOOD : PORT DICKSON


ya, sis berbaju kurung pi holiday kalini

Dah hampa dengan Hidayah Seafood kita try pulak makan di Embok Village malam keduanya.

Sebab utama memilih Embok ni adalah pasal dekat dengan hotel. Kira 5 minit drive. Ada lagi 3 tempat tapi ada yang 10 minit ada yang 13 minit.

Sebelum datang tu dah siap baca review dulu. Yelah takut nanti kuciwa. Banyak reviu kata okay dan harga affordable.

Kalau sesiapa yang tak biasa datang ke PD mesti tak nampak Embok ni. Sebab simpang nak masuk ke sini agak gelap dan restoran dia macam ke bawah sedikit. Kalau siang memang tak perasan ada restoran.

Tempat parking banyakkk. Kawasan luas. Meja pun banyak. Best. Meriah dan klasik. Betul² tepi pantai. Kita orang duduk kat meja tepi pantai. Takde angin time tu. Panas gak hahahaha.

Bila order makanan tu kita siap tanya staf situ berapa harga hahaha. Sebab menu dia macam konfius sikit. Jadi kita tanya satu². Ikan siakap macam mana kira. Sayur macam mana kira. Sotong macam mana kira.

Kat sini dorang just kira ikut Saiz. Order je la nak saiz S, M, L. Tak perlu nak pergi beratur pilih ikan ke udang etc. Senang la jugak.


Kek orang bagi

Telur Dadar Saiz L

ikan Siakap 3 Rasa Saiz L


Kailan Goreng Ikan Masin Saiz L

Pulut Mangga

Telur dia kita order Saiz L. Besarrrr. Makan 10 orang pun cukup. Ikan siakap dia sedap. Rangup dan takde bau. Kailan Goreng Ikan Masin dia okay. Tapi macam sikit je hahaha. Sotong Goreng Tepung dia pun sedap.

Tom Yam Kelapa tu harga dari RM18-RM20 ikut saiz kelapa. Kita order Tom Yam Seafood. Dapat kelapa besar. Isi pun penuh. Jenuh nak habiskan. Berbaloi dengan harga. Nasib tak order dua hahaha.

Air kita orang order Air Lemon. Terbaik air lemon dia. Tak tau lah berapa biji lemon depa perah. Satu jug RM16.00.

Untuk keseluruhannya, semua okay. Harga pun okay kecuali aku tak puas hati dengan rega Sotong Goreng Tepung dia. Pinggan kecik Saiz L tapi rega lanun. Ke dorang salah letak pinggan. 🤣

Makan kat Lanun pun mewah laaa sotongnya. Tak larat nak habiskan.

Sambil² makan dengar je la orang karaoke. Yang Hadif habis makan je terus main tepi pantai. Buat networking hahahaha.



Papa dengan Abang Hanif takde seksa juga nak habiskan makanan. Ikan siakap terpaksalah aku yang menghabiskannya. Sayang. Bayar mahal kan. 🤭

Dah habis makan dalam keadaan kekenyangan tetiba jiran meja sebelah bali 2 slice besar kek aiskrim Baskin Robin. Alhamdulillah. Walaupun dah kenyang habis semua orang aku paksa gotong royong habiskan kek tu taknak tuan punya badan kecik hati.

Overall 7/10. Boleh datang lagi try menu lain pulak.

Korang nak datang memang boleh singgah makan kat sini. InsyaAllah tak menyesal.

Kalau aku rajin aku akan cerita juga laa kedai mana yang sedap dan yang aku pergi sekali je pastu tak datang dah. 

HIDAYAH IKAN BAKAR, PORT DICKSON


Yaahhhh, sangat semangat menulis entri tanpa henti. Idea mencurah curah. Dah stres mengadap kerja dengan pricing membuatkan otak jadi beku. So, salah satu kerja aku ialah update blog. Bila mana takde idea tu berbulan laa aku buat dek je.


Salah satu nya pun nak kena delete gambar yang dah banyak gila dalam phone. Google photos pun dah penuh. Dah takde tempat nak simpan. Nak transfer dalam hard disk malas hehehe.

Back to the topic.

Baru² ni masa pergi PD dengan family kita try dinner seafood kat Hidayah Ikan Bakar.

Yang ni pun punca juga dari laki den kata sedap sedap sedap. Yang aku pun tak google dan baca review. Sebab percaya. Kalau baca review awal² kompom takkan pergi. Port Lanun mahal so try kedai ni sedap dan murah sikit dari Port Lanun. Port Lanun tu memang sesuai la dengan nama. Harga lanun. 🤣

Tapi sedap la. Berbaloi awak bayar mahal.

Sesampai kat Hidayah Ikan Bakar tengok kawasan pun luas. Muat banyak kereta. Ledai pun luassss. Cuma yang paling aku tak suka Cashier Counternya kat belakang. Jadi habis makan tu nak kena ke belakang nak buat bayaran. Jauh lak tu jalan untuk orang pemalas macam aku hahahaha.

Mula² kita orang duduk kat meja yang muat 12 orang. Aduhai meja dia hanyir. Tu dah fail dah. Minta pekerja dia tolong lap pun sama juga. Bukannya dia lap tak bersih. Tapi kain lap yang dia gunakan tu tak bersih. Tak cuci betul². Kalau tak cuci betul² buang bau lap 100 kali pun sama je la. Takde beza. Nanti makan kat meja tu memang hidung terkemut² je. Jadinya kita orang pindah meja sebelah. Ngam² untuk 10 orang. Okay baru rasa kurang sikit. Itupun kita siap lap dengan tisu daj spray guna Sanitizer nak buang bau. 😅

Kat kedai ni dia ada jual set. So kita orang ada 12 orang jadi ambik yang Ser untuk 6 orang tapi ambik 2 set. Dalam set tu macam dalam gambar ada telur dadar, siakap tiga rasa, kailan ikan masin, sotong goreng tepung, daging masak merah, tomyam campur, nasi dan air tembikai. Sambal belacan kena minta baru dapat.

Review...

Boleh dimakan tapi nak kata sedap tu tidak. Daging Masak Merah dia mak dan adik aku kata sedap. Habis licin dorang makan. Telur dadar okay. Kailan okay. Tom yam tak sedap sangat. Banyak isi dalam tu macam udang adalah udang lama. Air tembikai tak berapa sedap. Ikan siakap 3 rasa dia tak sedap. Ikan lama. Boleh rasa bau tu. Aku bukan pemakan ikan siakap sebab bau hanyir dia kuat. Jadi kalau aku sensitif sikit dengan rasa kehanyiran ikan tu. Kalau takde bau tu aku makan la jugak.

Telur Dadar

Sotong Goreng Tepung

Daging Masak Merah

Tom Yam Campur

Siakap 3 Rasa

Kailan Ikan Masin

Sebab tu kalau pergi makan seafood aku rela order Ikan Kembung masak pedas atau 3 rasa. Kalau dengan family memang siakap jadi pilihan.

Tang Sotong Goreng tepung tu waduh. Sotongnya kecik tepungnya tebal sebeban. Tawar pulak tu. Okaylah faham tawar tu disebabkan ada sos untuk cicah disediakan. Tapi bukan semua orang suka cicah makan gitu. Budak² mana laa makan cili kan. At least bagi ada rasa masin sikit okay dah.

Tapi nasi kitaorang habis jugak. Sayang kan. Bayar mahal jugak. Lauk semua habis kecuali tom yam. Licin habis bukan sebab sedap. Tapi sebab sayang dah order dan time tu semua kebulur.

Cuba kalau datang waktu perut dah isi sesuku. Sah lah tak lalu nak makan hahaha.

Kesimpulannya, lepas ni kalau ke PD tak datang lagi dah kedai ni kecuali kalau takde pilihan.

Masa bayar tu aku siap cakap maaf ya kak saya nak bagitau meja tu busuk sangat tadi. Bau hanyir. Itu yang kita minta lap semula. Tapi lepas lap pun bau juga. Sampai pindah meja kami. Dorang lap guna kain tu, kain tak bersih. Sepatutnya cuci kain dengan air sabun. Tak pun lap meja dengan sabun bila dah habis kemas pinggan. Dua kali aku minta maaf. Dan akhirnya disudahi dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA. 😂

Harap harapnya akan datang boleh dibuat penambahbaikkan dari segi kebersihan dan tahap kesedapan makanan.

#szoreview
#foodreview

Saturday, May 21, 2022

NASI DAGANG DI SELERA PANTAI TIMUR, PORT DICKSON

Assalamualaikum uols,

Kekadang rasa serba salah jugak tak menulis diblog. Sebab bila tengok trafik ada je yang datang melawat. Tapi itulahhh. Ada masa tu sempat la nak copy paste tapi masalah tang nak upload gambar tu huhuhu. Jadi aku try eh update juga kat blog. Kalau takde tu maknanya korang baca je lah page aku ni walaupun bosan namatey. 🤣

Okay sambung. 

Last week masa pergi PD kita as usual pergi lepas Subuh. Selepas hantar papa kat Dickson Bay kami tiga beranak sarapan di Selera Pantai Timur. Lokasi kedai ni betul² depan Dickson Bay dan sama laluan masuk dengan Ehsan Waterpark. 

Aku datang sini pun pasal laki aku cakap sedap Nasi Dagangnya. Punya frust dia tak dapat sarapan sini haritu sebab kedai ni tak buka lagi. Member start game pukul 8 pagi heheheh. 

Kami la yang buka kedai masa tu. 🤣

Peel yang susah sangat nak dibuang. Kiasu bebenor kan. Kalau buleh semua tempat nak jadi orang pertama sampai. 

Dah sampai tu aku dengan Hanif order Nasi Dagang. Hadif macam biasa tak habes² dengan roti canai dia. 

Korang nak tau reviu kan. Ni saya kasi reviu jujur key. 



Nasi Dagang dia pada aku just so so aje. Laki aku yang cakap sedap gila. Aku tak gemar tang gulai dia. Macam terasa rempah. Tapi boleh makan lagi. Mahal weyh. Kena laa jugak habiskan. Aku pernah makan lebih sedap dari ni. Yang aku pi makan Nasi Dagang Pak Malau tu better dari ni. Tapiii, ini aku punya tekak. Tahap kesedapan kita berbeza. Untuk harga RM8.00 okay. Nak kata mahal pun kita semua sudah sedia maklum harga barang makin naik. Ikan tongkol dulu dulu sekilo RM5.00 je sekarang dah jadi RM12-RM16. Itu kalau tongkol hitam. Hat putih murah sikit.

Roti canai biasa². Kuah dal Hadif tak suka. Cair dan takde rasa. Dia makan roti kosong gitu je. Syukur ada nugget dan hot dog sebagai penyelamat. Itulah tu makan macam makan kat rumah. Siap tambah lagi ye. Hangin betul aku. Mahal tau nak bayar. Masa aku bebel bebel tu dua dua mata terkebil². Bukan korang tak selalu makan kan. Mau tak maghoh sis.

Tang air. Biasa. Bebudak ni order Milo Ais.  Air kedai Melayu kita dah tau rasa macam mana. Jarang jumpa yang betul² kena dengan tekak. Susah nak buat Milo sedap. Biasa banyak susu.

Overall kitaorang makan kat sini kena bayor RM34.50 🤣

Pada aku mahal laa sebab dorang ni makan nugget dengan hotdog.

Aku bagitau kat sini supaya bila korang datang nak try boleh agak bajet berapa. Nugget dan hot dog jangan ambik. Kalau dua benda tu takde mungkin aku cuma bayar RM23-RM25 macam tu. 

Korang mana yang tak pernah try boleh try eh. Bukan selalu pun. Kalau rasa sedap datang lagi. Tak kena dengan tekak pergi je tempat lain. 

Kat PD tu banyak tempat sarapan yang sedap. Walaupun PD tu dah lama jadi rumah nombor dua, aku pun tak habis tawaf lagi tempat tempat makan dia. 😅

#szofoodreview

#nasidagang

#roticanai

Wednesday, November 10, 2021

Pelangi Beach Resort & Spa - Edisi Langkawi 2019

Hahahahaha... gelak dulu.

Sebab....

Lepas dua tahun baru nak buat entri review tentang Pelangi Beach Resort & Spa ni. Gila lama kan. Yang nak baca tentang review aku mengenai The Danna Langkawi boleh klik sini.

Cantik kan reception area nya

Gambar pun dah menghilang. Padahal aku rasa banyak aku snap. Siap ambik gambar mat saleh posing dengan road bike lagi. Banner ironman etc. Sebab Meritus Pelangi ni kira Hotel rasmi ironman. Even YB Kj pun stay sini.

Cerita sadis aku berkenaan hotel ini ialah aku tertinggal bantal kesayangan kat sini. Dah naik ferry baru teringat. Kira Selamat Hari Raya la. Dah lah bantal kecik paling best yang aku ada. Bantal busuk orang kata. 😂



Masa tu kami satu family ke Langkawi 3 hari 2 malam. Malam pertama kami tidur di Danna dan malam kedua tidur di Pelangi. Kita punya style holiday memang macam ni. Suka tidur kat dua tiga hotel kalau ke Langkawi. Perangai sangat kan hihi. Ni semua gara gara siakap Langkawi buat aku teringat ada banyak lagi entri tentang Langkawi tak update. 

Berbalik kepada cerita holiday dua tahun lepas. First bila check Alhamdulillah takde masalah. Smooth aje semuanya. Walaupun time tu sibuk dengan Ironman. Dapat bilik pun cantik. Dia punya view dalam kawasan sekitar chalet ala ala Club Med. Tapi mestilah Club Med lagi lawa. 





Katil pun luas. Muat untuk 3 orang tidur. Yang anak 4 orang masih kecik pun boleh je sumbat dalam katil ni. Toilet sangat bersih. Takde bathtub. So takde la anak anak aku berkubang dalam tu. 😅


The next day tu, aku sempat lagi jogging sampai ke area Holiday Villa. Kot kot la boleh nampak beach
 Tapi takde. Tempat yang mana dulu orang selalu pergi lepak tepi pantai tengok matahari terbenam dah naik hotel Aloft.

Jalan jalan tepi pantai



Sekarang kalau nak jalan kat Chenang tu mana tempat view cantik semua dah naik hotel tak pun motel. Kiri kanan penuh hotel. Dah rasa macam jalan kat Phuket pun ye. Lepas tu pagi pagi jogging tu tak syok sebab macam macam bau sampah ada haha. Sedih la jugak.

Beranda luar boleh lepak layan laut

Balik dari jogging anak anak dengan husband sibuk mandi pool. Poolnya okay lah. Biasa. Nak kata cantik tu tak. Sesuailah dengan kita yang membawa anak anak ni kan. Lepas tu boleh jalan kat beach. Dekat je. Aku memang tak berapa suka nak jalan kat beach. Sebab tak suka berpasir. 

Kalian boleh layan gambar gambar dibawah ni ya. Sorry gambar Pantai Chenang, kedai, motel etc yang aku snap masa lari pagi ittew tidak tahu ke mana perginya.

Tanya kakak ipar aku pun dia kata dia pun tak sure hahaha. 






















Pantai Chenang

Pantai Chenang morning view