Tuesday, July 6, 2021

Loki Episod 1 : The Glorious Purpose (Season 1)

LOKI (2021)

Rating: 9/10

Genre: Drama, Action, Thriller, Series

Mencabar nak tulis tentang review series sebab kalau dah buat takkan habis. Saya memang banyak follow series tapi bila dah banyak sangat musim tak terlarat nak follow. Tapi haritu ramai yang tanya tentang Series ni.Dan memandangkan saya layan series ni boleh la saya share hihihi.

Okay, Loki (Tom Hiddleton) as Loki. God of Mischief. Adik angkat kepada Thor. Seperti yang kita tahu Loki sangat licik orangnya. Suka mengelat, jeles dengan Thor, mementingkan diri dan suka buli orang, melarikan diri dari perperangan dan tak bertanggungjawab. Dia sebenarnya baik, cuma dia takut dengan kelemahan diri sendiri. Dia takut nak jadi baik. So dia jadi jahat yang tak berapa nak jahat.


Ingat tak masa dalam movie The Avengers yang Loki ditangkap di bangunan Stark di New York City dan masa dorang turun ke Ground Floor The Hulk mengamuk keluar dari pintu tangga sebab dia kena turun tangga? Then beg yang ada Teserract tu terpelanting dan Tesseract terkeluar?

So, Episod 1 Loki bermula dari sini. Dia ambik Tesseract tu then menghilang terdampar di Gobi Dessert, Mongolia. Tak sempat nak jadi King Perasan of Human Race, tiba tiba muncul pulak TVA (The Variance Authority) menangkap Loki sebab dia dah melanggar dan membuat jenayah yang bertentangan dengan Sacred Timeline. Penjenayah yang keluar dari garisan masa mereka sendiri dipanggil The Variant. Kalau disabit kesalahan bakal dibunuh. Merosakkan garisan masa.



Sacred Timeline ini adalah "the end of the MCU Universe. Katalah Sacred Timeline tu tak dibatalkan dengan wujudnya titik baru yang mana garis masa baru akan terbentuk dari Sacred Timeline tu, ia boleh recreate another "mulitverse". Maksudnya apa? Maksudnya bila ada garisan masa yang baru terbentuk akan wujudkan another universe dan nanti akan ada Multiversal War. Dan tugas ketua TVA yang dipanggil Time-Keepers adalah untuk memastikan hanya ada satu sahaja garisan masa. Bukan dua dan bukan tiga empat lima enam. 

Nak cerita tentang kaitan Series Loki dengan Avengers ni banyak. Tapi kalau follow betul betul boleh faham. Dan sebab Loki lah akan ada multiverse, sebab dia nak tukar masa depan dia dan Avengers. Jangan lupa dia masih nak jadi Raja. Dan ingat tak akan ada Phase Four dalam MCU Universe? Dan antara drama series dalam fasa keempat ialah Wandavision, The Falcon and The Winter Soldier dan Loki.


Okay, berbalik kepada kisah Loki yang dah kena tangkap dengan so called penjaga garisan masa TVAs,  dia dibicarakan oleh Hakim Ravonna Renslayer. Loki didapati bersalah sebab melanggar peraturan. Tapi belum sempat dia dibunuh , Agent Mobius M. Mobius (Owen Wilson) membawa loki ke dalam bilik Teater Masa (Time Theater) dan tunjuk apa yang kejahatan dia dah buat sebagai God of Mischief. Kau Tuhan tapi kau tak buat apa apa kebaikkan pun. 

Sebagai seorang yang licik, Loki berjaya meloloskan diri dari Mobius. Tapi tiba tiba dia terjumpa Infinity Stones dalam laci salah seorang dari pegawai TVA. Dia macam terkejut nampak Infinity Stones tu sebab pelik kenapa Infinity Stones dalam TVA pun boleh hilang power macam dia.


So, dia patah balik ke bilik Teater Masa dan tengok apa yang bakal berlaku pada masa hadapan, termasuklah kematian dia sendiri. Yang mana dia mati dibunuh oleh Thanos.

Dari sini dah tahu dah yang sebenarnya Loki adalah orang yang pertama tahu apa akan jadi dengan Avengers, apa akan jadi dengan Asgard dan tentang Thanos. Tapi, kalau kita tengok setiap filem yang ada muka dia sememangnya dia tak pernah buka mulut tentang apa apa walaupun kita suspek dia macam tahu sesuatu kan.

At the end, dalam Episode 1 ni Loki setuju untuk membantu Agent Mobius menangkap Variant lain yang dorang claimed sebagai klon Loki.

Kalau nak tahu korang kena tengok sendiri series ni. Memang complicated tapi untuk sesiapa yang follow kesemua filem MCU takkan ada masalah nak faham. Kalau tak follow MCU movies dan series memang azab sikit lah hihi. Series macam Agents of Sheild, Daredevil, Iron Fist, Agent Carter tu agak payah nak follow sebab banyak sangat episod. At least kalian khatam MCU Movies. Tu pun okay dah.

Sekian, terima kasih daun keladi sebab sudi baca. 

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...