Friday, January 30, 2026

Kenapa Rembayung tidak menggunakan "Food Lift"?

Viral di threads ada netizen mempersoalkan kenapa Khairul Aming tidak menggunakan "food lift" (lif makanan ke tingkat atas.

Lepas tu Khairul Aming ni respons pun baik je. Dan siap bagi penjelasan kenapa "food lift" ni tak sesuai untuk Rembayunng.

"Satu meja ada 7 - 8 lauk, tak termasuk air dan nasi putih. Total berbelas pinggan setiap meja. Window tak boleh tunggu lift ni naik, keluar makanan dan turun balik. Lambat seminit je akan jam sebab lauk kita keluar non stop."

Apa yang Khairul Aming tulis tu betul. Food lift direka untuk pinggan dan dulang kecil sahaja. Tak sesuai untuk beban yang berat dan dalam kuantiti pinggan yang banyak. Tengoklah semua gambar makanan dibawah sampai penuh meja. Pinggan pun besar. Food lift ni juga bergerak perlahan. Macam Rembayung yang sentiasa penuh memang tak sesuai la. Katalah food lift tu rosak. Dengan staf yang terhad. Boleh pengsan. 

Lagi lama pelanggan tunggu makanan, nanti akan ada yang tak puas hati. Mulalah dapat rating rendah.

Rembayung hanya dua tingkat sahaja. Struktur pula "semi-glasshouse". Nak turun naik tangga lebih cepat dari guna "food lift" atau "shaft lift".

Kalau aku jadi Khairul Aming aku pun tak akan guna "food lift" melainkan restoran aku 3-4 tingkat. Susah kan jadi Khairul Aming ni hahaha.

Nasiblah, kita ni nobody, tak ada siapa kisah. 😅

***Bila pulak aku boleh dapat booking slot Rembayung ni. Asyik kena sidai je. 😂



No comments:

Post a Comment