Selasa lepas bersamaan dengan 01 Julai 2025, aku pergi PPUM lagi dalam keadaan cuak jugak khennn sebab nak cabut gigi kononnya. Laki aku kata lepas cabut nanti gusi awak bengkak, tak boleh makan dua tiga hari. Aku macam eh seram gak la.
Lagipun dorang kata akak muda lagi.😆
Jadi, prof dorang kata kalau nak cabut boleh, nak try selamatkan gigi dulu pun boleh. Prof dorang kata kalau cabut nanti takde gigi dahhh. Amboiii prof depa punnn.
Kes aku dah ditukar kepada postgraduates yang lain. Tunggulah next appointment dorang akan panggil.
Yang aku?
Okay je tak ada masalah. Memang macam complicated sebab gigi aku tu dah crack. Tapi, Try je lah. Mana tahu. Tak boleh akan datang pun boleh cabut. Lagipun sebelum ni pun aku pernah buat root canal kat sini. Student jugak yang buat. Alhamdulillah elok sampai sekarang. So aku yakin dengan kebolehan generasi anak² muda kita kat PPUM. Tiberrr. 💪😆
Dua jam aku kat PPUM tapi demi gigi takpe sis rela.
No comments:
Post a Comment