Malam sebelum appointment dengan dentistry UM aku tak boleh tidur. Terbersin non stop. Telan ubat sinus pun masih lagi tak okay. Jadi lagi teruk. Lepas tu rasa badan sejuk semacam sampai kena tidur pakai hoodie jacket. Tutup kepala semua then berselimut.
Esoknya bangun pun sama juga bersin², mata berair. Telan lagi ubat sebab nak pergi hospital. Rasa pelik sebab biasa kalau sinus bila dah tidur dan rehat, bangun pagi dia akan okay. Ini tak.
Syukur masa check gigi apa semua tu tak bersin sangat. Tapi hidung rasa tersumbat tak boleh bernafas hahaha. Aku gagah je lah. Cumanya tak jadi cabut gigi tu terus balik.
Balik rumah terus terbaring kat sofa, mata berair. Badan rasa tak sedap. Makan ubat tidur sampai malam.
Rabu lepas, dah tak boleh bangun. Anak² bangunkan pun tak larat. Tak dapat aku nak hantar anak² sekolah. Badan dah sakit². Rasa nak muntah. Flu dengan batuk non stop. Tapi bila batuk tu belakang jadi sakit. Macam tertarik urat belikat tu bila batuk. Seksanya aku rasa. 🤣
![]() |
Tak tahu nak makan apa, telur setengah masak je la |
Aku tak masak. Dua hari laki aku masakkan megi sebab aku rasa Ya Allah sedapnya megi ko masak. Tapi makan sikit je.
Aku paksa diri sendiri minum air banyak². Sampai setiap sejam pergi tandas. Setiap 4 jam telan panadol. Tidur bangun je kerja aku.
Khamis tu macam dah kurang, tapi badan masih tak larat. Batuk pun berkahak. Selera makan hilang. Tapi teringin macam². Pun husband aku masakkan megi yang aku cuma makan dua tiga sudu je. Nasi aku tak lalu makan.
Aku masuk office hari Isnin minggu ni. Masih rasa tak sihat. Kawan² office pun ada yang demam, ada yang baru nak demam. Semalam, aku masuk ofis jugak tapi lepas lunch aku balik. Ada kawan² aku pun balik. Tak tahan. Aku balik aku baring, rehat dan tidur. Aku paksa diri makan nasi.
Pagi tadi Alhamdulillah dah rasa sihat sikit dari semalam. Tapi disebabkan pergi lunch panas terus rasa badan lembik dan rasa nak muntah. 😅
Aku nak pergi Dentistry PPUM pun tak boleh lagi sebab badan sekejap okay sekejap tak okay.
Tak pernah lagi aku tak sihat melarat macam ni. Demam tu dah baik. Batuk dan kahak tu ada sikit lagi. Cuma badan tu masih rasa tak sihat. Mungkin sebab minggu lepas aku tak makan jadinya lama masa yang badan aku ambik untuk recover.
Tapi itulah, mana boleh dipaksa kalau tak ada selera makan. Hari ni pun tekak aku masih rasa tawar je. Aku gigihkan diri jugak la makan nasi.
Petang pulak tetiba teringin Nescafe tarik. Pergilah kedai mamak. 😅
No comments:
Post a Comment