Wednesday, February 11, 2026

Dah jumpa dengan guru disiplin

Untuk sesiapa yang tidak tahu hujung pangkal boleh baca di sini dahulu

PART 1

 >> Hadif kena tumbuk di sekolah <<

PART 2

πŸ‘‰πŸ‘‰Sambungan kes Hadif kena tumbuk di sekolahπŸ‘ˆπŸ‘ˆ

‎Okay, update kes Hadif. Sorry malam tadi aku letih dan mengantuk. πŸ˜…

‎Semalam pagi kita dah pergi ke sekolah berjumpa dengan Guru Disiplin dan PK petang. Sebab ada Ko-kurikulum, cikgu petang semua ada waktu pagi.

Masa tengah tunggu murid² habis berhimpun untuk aktiviti Ko-kurikulum aku nampak budak yang tumbuk Hadif. Serious muka dia nampak baik dan pendiam. Aku pun tak percaya yang dia tumbuk Hadif. Aku tanya laki aku betul ke budak ni yang buat?? Husband aku cakap betul, inilah budaknya. Sebab laki aku pernah jumpa budak tu dan tahu nama dia. Serius aku memang terkejut. Sebab itu cikgu pun cakap budaknya baik dan pendiam. Tak banyak cakap. Kalau cikgu tanya pun slow je jawab.

‎Aku cakap kat Hadif jangan takut jangan simpan cerita terus bagitahu semua. Hadif cerita semua dari A sampai Z. Tak kisah Hadif salah ke betul ke cerita sahaja semua apa yang sebenarnya terjadi. Tak perlu nak selindung. Hadif ceritalah dari mula sampailah dorang bergaduh.

‎Cikgu dah hubungi parents budak tu hendak berjumpa tapi tak ada.

‎Kami beritahu cikgu kita tak akan buat laporan polis sebab nanti kes akan jadi rumit. Kita malas nak panjang cerita. Budak tu pun nanti akan bermasalah. Tingkatan 1 kan. Dah la baru tukar sekolah. Kita cuma taknak benda yang sama akan jadi kepada orang lain. Dan aku dengar Hadif bercerita kat cikgu semalan kata budak ni memang ada habit untuk tiba² tumbuk orang tanpa sebab.

‎Cikgu kata kes tumbuk menumbuk ni memang tak dibenarkan. Dan sepatutnya tak boleh jadi pun. Tak boleh dibiarkan juga. Tapi jadi juga. Banyak kes pergaduhan, tumbuk menumbuk disekolah bermula dari gurauan. Cikgu PK Petang kata, kalau terjadi kat anak dia sampai bengkak dan lebam kena tumbuk dia pun akan buat tindakan yang sama.

‎Apa yang aku dengar cerita Hadif penuh, dorang bermain-main, (yang sentuh kemudian pass tu) mula-mula budak tu jentik telinga Hadif, lepas tu Hadif sentuh dia kat tangan. Bila cikgu tak nampak budak tu tumbuk Hadif kat rusuk. Lepas tu, Hadif pulak balas dan tumbuk di perut (cikgu tak nampak). Bila budak tu ajak pergi tandas bergaduh Hadif kata, "aku taknak gaduh, mak aku kata elakkan bergaduh kat sekolah."

‎Bila budak tu cakap lagi Hadif cakap "Kenapa nak gaduh, nak mati ke?"

‎Aku faham ayat Hadif ni. Dia translate dari English ke Melayu. Anak aku kan anak Iban Melayu sesat yang perasan dia anak "Cina." Biasa dengan kawan² Cina dia sebelum ni aku selalu je dengar dorang cakap macam tu sesama sendiri. Tapi dorang ni kawan lama. "Eiiii you wanna die arrhh?" Especially masa tengah main game. "Why you want to fight? You wanna die aarh". Lepas tu dorang bergelak ketawa. Kat sini Hadif dah tersilap. Dia ingat budak tu sama macam kawan² Cina dia.

‎Bila Hadif ikut budak ni pergi tandas memang Hadif ingat budak ni main-main. Sampai kat tandas budak ni tanya kenapa Hadif tanya "nak mati ke?" Hadif jawab aku gurau je.

‎"Kenapa kita nak kena gaduh, tak baik gaduh gaduh ni". Dah berkawan kan. Tak sempat Hadif nak habis cakap budak tu terus tumbuk.

‎Dia cek1k Hadif. Hadif kata masa budak tu buat neck lock kat dia, Hadif rasa tak boleh bernafas. Itu yang dia tumbuk budak tu supaya lepaskan dia.

‎Tapi budak tu tak lepaskan Hadif. Dia masih lagi cek1k Hadif. Ada kawan Hadif seorang jadi saksi dalam tandas tu, tapi kawan dia tu pun tak tahu nak buat apa. Panik kot. Tiba-tiba nampak pergelutan.πŸ˜…

‎Sampailah murid-murid kelas lain datang tarik budak tu barulah dia lepaskan Hadif. Hadif cakap kat cikgu, "I have to defense myself."

‎Jadinya, semalam kita serahkan kepada pihak sekolah dan guru disiplin untuk uruskan isu ni. Guru akan jumpa dan dengar juga cerita dari sebelah budak tu. Dia punya sejarah sekolah, latar belakang keluarga dan sebagainya.

‎Kalau jadi lagi kali kedua dan ketiga cikgu cakap Puan buat Laporan Polis pun kami tak kisah. Sebab sebelum ni ada kes yang dah jadi kes polis.

‎Kita cakap kalau tumbuk tu tak sakit, tak ada kesan kita pun tak kisah lagi. Kat sekolah sebelum ni ada je dorang bergaduh sikit². Tapi gaduh budak² biasalah. Bila dah tumbuk sampai berbekas itu memang betul² gaduh. Syukurlah, tak tumbuk kat mata. Kalau takde kawan-kawan tolong leraikan entah apa yang akan jadi.

‎Hadif dinasihatkan untuk jauhkan diri dari dia. Dinasihatkan juga untuk tak keluarkan ayat yang macam nak mati ke etc.

‎Cikgu akan jumpa murid dengan ibu bapa dia sekali.

No comments:

Post a Comment