Sejak dari Sabtu lepas, memang kecoh satu dunia tentang Jeffrey Edward Epstein. Sebelum ini, memang dah kecoh terutamanya bila Puff Diddy ditangkap tahun lepas. Tapi kali ini bertambah kontroversi apabila Jabatan Kehakiman America Syarikat (DOJ) telah melepaskan lebih 3 juta halaman dokumen berkaitan dengan kes Jeffrey Epstein.
Kita akan tinggalkan dulu cerita diatas ni. Sekarang kita fokus dulu asal usul Jeffrey Epstein. Aku pun nak jadikan cerita ini sebagai satu rujukan yang aku nak kumpul dan baca semula akan datang.
Jeffrey Epstein bukan sekadar nama biasa dalam berita jenayah antarabangsa. Dia adalah seorang jutawan kewangan yang hidup mewah tetapi akhirnya didedahkan terlibat dalam jaringan gelap eksploitasi seks terhadap gadis bawah umur yang melibatkan golongan elit global. (human trafficking)
Untuk memahami skandal Epstein sepenuhnya, kita perlu menelusuri latar belakang hidup dia yang penuh dengan kekaburan dan kemisterian.
| Mark Epstein |
Latar Belakang
Jeffrey Edward Epstein dilahirkan pada 20 Januari 1953 di Brooklyn, New York, dalam keluarga kelas menengah Yahudi. Bapanya, Seymour Epstein, bekerja di Taman Rekreasi Bandar New York, dan ibunya, Pauline, adalah seorang suri rumah. Epstein mempunyai adik lelaki, Mark Epstein, yang masih hidup sehingga hari ini.
Semasa kecil, Epstein dikenali sebagai seorang yang pintar tetapi pendiam. Dia belajar di Lafayette High School sebelum menyambung pengajian di Cooper Union College, tetapi tidak habis. Kemudian, dia memasuki Courant Institute of Mathematical Sciences di Universiti New York tetapi sekali lagi tidak memperoleh ijazah.
Permulaan Kerjaya dalam Dunia Kewangan
Kerjaya
Epstein bermula sebagai guru Matematik dan Fizik di Dalton School, sebuah sekolah elit di Manhattan, pada tahun 1970-an. Di sinilah dia bertemu dengan Alan Greenberg, CEO Bear Stearns (syarikat pelaburan besar pada masa itu), yang merupakan ibu bapa kepada salah seorang student dia. Greenberg kemudiannya menawarkan Epstein pekerjaan di Bear Stearns.
Di Bear Stearns, Epstein bermula sebagai peniaga bon junior, tetapi cepat naik pangkat kerana kebolehannya dalam matematik dan kewangan.
Pada tahun 1981, J. Epstein meninggalkan Bear Stearns dan menubuhkan syarikatnya sendiri, J. Epstein & Co., yang menguruskan aset untuk klien berpendapatan tinggi (high profile client).
Sumber Kekayaan
Selepas tubuhkan syarikat dia sendiri, di sinilah banyak misteri bermula. Epstein mendakwa dia menguruskan wang untuk orang super kaya dengan nilai aset melebihi USD1 bilion, tetapi senarai kliennya tidak pernah didedahkan sepenuhnya.
Antara nama yang disebut-sebut termasuk:
Leslie Wexner, pengasas syarikat The Limited (Victoria's Secret). Wexner memberikan Epstein kuasa penuh ke atas aset dan kewangannya, malah memindahkan hartanah mewah di New York kepada Epstein. Ahli keluarga kerajaan di Timur Tengah.
Tokoh korporat dan bankir antarabangsa.
Tetapi, tiada bukti kukuh yang menunjukkan bagaimana Epstein benar-benar menghasilkan kekayaan, menyebabkan spekulasi bahawa dia mungkin terlibat dalam pengubahan wang haram, pemerasan, atau perkhidmatan perisikan.
Gaya Hidup
Epstein menggunakan kekayaannya untuk membina jaringan sosial dengan tokoh berpangkat tinggi:
Rumah mewah di New York (rumah bandar terbesar di Manhattan), Palm Beach, New Mexico, dan sebuah pulau persendirian di Kepulauan Virgin AS.
Jet peribadi (Boeing 727) digelar "Lolita Express".
Helikopter dan kereta mewah.
Dia rapat dengan Bill Clinton, Donald Trump, Prince Andrew, dan ramai lagi tokoh berpengaruh dalam politik, akademik, dan hiburan.
Rekod Jenayah Seksual
Epstein mula mempunyai rekod jenayah seksual seawal tahun 2000-an:
Pada 2005, Polis Palm Beach mula menyiasat Epstein selepas ada ibu bapa mendakwa anak perempuan bawah umur mereka dibawa ke rumah Epstein untuk "memberi servis mengurut" yang berakhir dengan aktiviti seksual.
Kemudian, siasatan mendedahkan lebih 40 gadis bawah umur menjadi mangsa, ada yang serendah 14 tahun. Tapi sebenarnya umur 12 tahun pun ada.
Pada 2008, Epstein membuat perjanjian pendakwaan (plea deal) yang sangat kontroversi dengan Alexander Acosta (United States Attorney) ketika itu. Epstein hanya mengaku bersalah atas dua tuduhan prostitusi bawah umur dan dihukum 13 bulan penjara dengan kebenaran keluar penjara 12 jam sehari untuk bekerja.
Selepas laporan investigasi Miami Herald, kes Epstein dibuka semula. Dia ditangkap dan didakwa dengan pengedaran seks kanak-kanak. Tapi, pada 10 Ogos 2019, Epstein ditemui mati dalam sel penjaranya di New York.
Kematiannya dikatakan secara rasmi sebagai bunuh diri, tetapi banyak teori konspirasi timbul memandangkan camera penjara "rosak".
Penjaga pula sedang tidur. Jadi, sangat mencurigakan.😏
Epstein mempunyai hubungan dengan agensi perisikan.
Dia sebelum ini menunjukkan tanda cedera leher.
Warisan Gelap Epstein
Kes Epstein mendedahkan bahawa sistem keadilan yang berpihak kepada orang kaya dan berkuasa yang boleh mendapat layanan istimewa.
Jeffrey Epstein mempunyai jaringan eksploitasi global di mana mangsa dari seluruh dunia, termasuk Eropah dan Amerika Selatan.
Dokumen rahsia yang masih terbongkar seperti "Epstein Files" 2024 telah mendedahkan lebih banyak nama.
Pendedahan kes ini masih berterusan, dan dunia terus menunggu untuk melihat berapa banyak lagi rahsia gelap yang akan terungkap.
Yang terbaru, pihak berkuasa menganggarkan terdapat lebih 5.2 juta hingga 6 juta dokumen secara keseluruhan termasuklah imej dan video yang sedang disemak dan dilepaskan secara berperingkat.
Bersambung....


No comments:
Post a Comment