Keputusannya aku memang dah agak. Tak dapat hahaha. Tak ada lah kecewa sebab memang dah tahu. Tiga kali kita dah buat rayuan tak dapat. Alasannya sebab Sekolah Aminuddin Baki penuh. Nak buat macam mana. Anggap sahaja tak ada rezeki.
Laki aku tanyalah pegawai tu kenapa masa saya mohon untuk penempatan sekolah dulu tak dapat? Padahal Sekolah Aminuddin Baki tu dalam kawasan yang berdekatan (sekolah feeder). Pegawai tu diam je.
Ye lah, masa penempatan untuk Sekolah Tingkatan 1, pilihan utama kami ialah Sekolah Aminuddin Baki. Sebab utama SAB tu sekolah pagi.
Tapi itulah kan. Disebabkan perancangan sekolah dia sekarang (SMK Datuk Lokman) tahun depan akan bertukar ke satu sesi so kita bertabah je lah. Lagipun Hadif pun dah ada kawan. Sekolah petang tu letih sebenarnya. Aku tengok Hadif sekolah petang dia nampak lebih penat dari sekolah pagi. Tidur berdengkur teruk macam orang kerja sawah padi. 😅
Tadi pun dah beli semua buku-buku modul yang diperlukan. Beli buku nota dia. Kemudian beli baju untuk kokurikulum dan baju sukan. Buku teks je belum dapat lagi. Kena pergi tanya guru yang in charge Skim Pinjaman Buku Teks pula.
Kalau tidak tu, aku pun rasa resah gelisah bila nak tunggu keputusan tukar sekolah sebab dalam masa nak tunggu tu tak boleh nak belajar sebab buku tak cukup.
Ni dah complete, aku boleh la kerah dia cukup² lepas ni. Sekolah rendah banyak sangat rehat kan. 😆
No comments:
Post a Comment