Harini aku teman Hanif buka akaun bank. Semalam dah lambat dan ramai orang jadi aku dapat appointment harini pukul 9.40 pagi. Papa pula kena pergi PPD untuk check sama ada lulus atau tidak pertukaran Hadif ke Sekolah Aminuddin Baki.
Pukul 9.30 pagi dah sampai Maybank Desa Pandan, tepat 9.40 am pegawai bank entertain kita orang. Lama juga ekk sekarang buka akaun bank. Satu jam jugak laa. Dari buka akaun, dapat kad debit then aktifkan online banking. Semuanya dibuat dalam masa satu jam. Lepas tu, nak aktifkan akaun masukkan je duit dalam CDM. Yelah, kalau dulu buka buku je selesai. Zaman sekarang macam-macam nak kena buat sebab semuanya online.Aku ajar dia guna kad ATM. Ajar dia macam mana nak masukkan duit etc. Lepas ni nak kena ajar dia macam mana nak transfer duit pulak.
Malam tadi balik kerja, punyalah excited kata, "mama, Hanif dah dapat gaji..."
Aku masa tu dah nak tidur. Aku cakap Alhamdulillah, tahniah dapat gaji pertama. Kerja dalam 15 hari dapat lah RM1146.00. Aku kata bagi papa RM500 sebab nanti nak ambik lesen motorsikal. Selebihnya, tu simpan dalam bank. Pegang duit cash sikit untuk belanja.
Aku dah keluarkan RM250 semalam untuk aktifkan akaun bank dia. Tapi disebabkan dia dah dapat gaji dah tak perlu guna duit aku. Guna duit dia sendiri hahaha.
Seronok betul dia dapat pegang duit hasil dari titik peluh sendiri. Aku cakap tadi jangan membazir sangat. Kena simpan duit untuk belajar. Mungkin Hanif akan kerja sampai November or Disember sebab nak tunggu panggilan dari UPU. Kalau gagal kena buat rayuan. Jangan berhenti kerja dulu. Kerja je. Lagipun kerja pun senang. Masuk tengahari balik malam. Nak makan pun ada staff meal. Bab nak keluar duit makan tu memang tak ada la melainkan kalau dia gatal jugak nak berbelanja.
Tadi aku cakap jugak kat dia, "Kalau nenek Milah ada (arwah mak mertua aku) mesti dia lagi excited Hanif dapat gaji pertama..." Rasa sedih pulak bila teringat. Sebab mak mertua aku ni kalau apa-apa mestilah dia yang paling seronok.
Haih...besar dah anak aku.
Tiba-tiba pulak dia cakap tadi, dia nak dapat lesen cepat, nak beli motor sebab rasa serba salah pergi kerja sebab mama dan papa hantar, macam menyusahkan je bla bla bla. Aku cakap eh eh...Dah tu yang mama hantar Hanif pergi balik sekolah dari Darjah Satu tu macam mana? Tak campur pergi kelas tadika etc.
Tersengih-sengih je la muka dia hahaha. Tiberrr sangattt. Aku lepuk kang. 😏
Tapi aku faham laa. Dah besar pun still lagi harap mak bapak. Kiranya nak berdikari la tu. Tapi belum masanya lagi. Sabar dulu. Dapat lesen baru fikir nak beli motor bagai.
Step by step. Nak kalut pun
No comments:
Post a Comment