Wednesday, February 4, 2026

Lega dah hati aku

Tengok.muka dia yang macam takde perasaan πŸ˜…

Malam tadi aku tak berapa nak lelap. Cheee... hahaha. 

Tak ada maknanya tak berapa nak lelap. Aku tidur nyenyak la juga cuma aku tidur agak lambat. Berputar-putar otak aku memikirkan bagaimana aku nak cakap dengan Cikgu Hadif tentang isu "poyo" tu hahaha. 

Aku taknaklah marah cikgu tu sebab aku faham cikgu pun manusia. Cikgu nak mengajar sampai beratus murid, tapi aku nak cikgu tu faham juga keadaan anak aku Hadif yang tak beberapa nak faham Bahasa Melayu. Tapi aku kena juga tanya betul ke cikgu dia ada cakap gitu. Aku tak mahu bersangka buruk dengan cikgu dan aku pun tak mahu anak aku ada masalah dengan guru atau guru salah faham dengan anak aku haaah. 

Dan akhirnya, aku whatsapp Cikgu BM anak aku macam ni, 

"Assalamualaikum cikgu, saya , ibu kepada Muhammad Hadif. Semalam Hadif terlupa bawa kertas kosong. Dan saya pun terlupa untuk pesan kepada Hadif. Saya minta maaf atas kelalaian Hadif dan saya. Kemudian Hadif balik semalam dia ada tanya saya maksud poyo. Saya kata kenapa tanya. Hadif kata Cikgu BM kata dia "poyo". Maafkan saya cikgu. Anak saya ada masalah untuk memahami Bahasa Melayu dengan baik. Kalau ayat yang complicated, macam poyo, ayat sinis, perli dan sarkastik dia tak faham sangat cikgu. πŸ˜… Anak saya memang pendiam dan introvert sedikit. Saya takut Cikgu salah faham terhadap anak saya dan ingat anak saya tidak menghormati guru. Oleh itu, terlebih dahulu saya memohon maaf jika attitude anak saya buat cikgu rasa kurang senang. Terima kasih cikgu atas jasa baik cikgu yang mengambil berat terhadap anak saya. πŸ₯°"

Kemudian.cikgu dia reply,

"Waalaikumsalam.
Bukan kertas kosong, puan. Kertas latihan yang saya beri.
Minta maaf ye, puan. Saya rasa macam saya tak cakap poyo.
Cuma memang masa saya ajar, dia memandang saya macam tak puas hati.
Saya tanya juga dia kenapa awak pandang saya macam tu.
Tapi saya tak simpan dalam hati pun.
Saya tegur sebab saya nak semua pelajar saya faham.
Tapi saya rasa saya tak sebut perkataan tu.
Dan mungkin dia tak biasa. Saya pasti saya memang suara kuat.
Time mengajar pun.
Dengan pelajar lain pun sama.
Jangan risau, puan... Saya okay, tak simpan dalam pun, dan lepas saya tegur tu,
Saya panggil je nama dia, sama-sama bagi jawapan dalam kelas.
Cuma saya pesan, nak pindah ke tak pindah,
Buat dulu kerja yang kat sini.. at least gi sekolah sana dia tau nak buat ringkasan.
Tu je. πŸ˜…"

Dan aku pun reply balik,

"Syukurlah saya tanya cikgu dulu. πŸ˜…
Hadif muka dia memang macam takde perasaan. Itu yang saya risau. Saya kata kat dia semalam mungkin cikgu cakap begitu sebab tengok muka Hadif yang serious."

"Faham cikgu" (merujuk kepada mesej diatas "kertas latihan yang cikgu beri")

"Saya takut dan risau. Serba salah pun ada. Sebab sekarang banyak kes anak murid tak hormat guru. Saya memang risau kalau anak saya ada masalah  dengan cikgu. Sebab itu saya minta maaf awal². Takut saya cikgu. πŸ˜…"

"Sekurang²nya yang ni saya dah tahu saya akan terangkan balik kepada dia nanti. Saya minta maaf sangat² cikgu..."

Dan Alhamdulillah, everything goes well. Cikgu dia kata, jangan risau, dia tak ambil hati pun dengan Hadif. Tak perlu pun ada bergaduh dengan cikgu. Kita cuba untuk clear everything up. 

Aku tak nak kecam cikgu. Sebagai ibu bapa kita kena faham tugas guru bukan macam dulu. Cikgu zaman laa ni ada berbelas² kerja nak kena buat. Bukannya nak babysit anak kita. Tapi at least bila kita berbincang, bertanya, dan beritahu cikgu tahu kekurangan anak aku Hadif ni dia tak ada salah faham kata Hadif buat muka dan sebagainya. Paling takut jika anak aku tak disukai oleh guru². 

Zaman aku dulu, aku nakal. Kalau kata cikgu tu tak berkenan dengan aku pun, aku tak kisah. Boleh handle. Same goes to Hanif. 

Hadif ini yang lain sikit. Dan aku pulak Alhamdulillah, walaupun aku garang, buat live marah Menteri² tapi aku bukan jenis cepat melatah. Lebih² lagi kalau dengan cikgu.

Kena ingat weyh, guru² ni mengajar anak² kita. Sebolehnya, kita try to bepositif. Yang negatif tu buang. As long as tak berlebihan. 

Dan ya, tersangatlah lega hati aku hari ni. 
Kadang-kadang, apa yang kita anggap sebagai "masalah besar" untuk anak, sebenarnya boleh diselesaikan dengan satu mesej WhatsApp yang ditulis dengan niat yang baik dan hati yang terbuka.

Yang penting, anak kita selamat, guru pun tak terasa, dan hubungan antara ibu bapa dengan sekolah kekal positif. πŸ₯°





No comments:

Post a Comment