Saturday, February 7, 2026

Death Whisperer 3, 2025


DEATH WHISPERER 3 (2025) 
Rating: 7/10 
Genre: Supernatural / Horror
Pelakon: Nadech Kugimiya, Denise Jelilcha Kapuan, Natcha Nina Jessica Padovan, Kajbhandit Jaidee, Peerakrit Pacharabunyakiat, Ong-art Jeamjaroenpornkul, Pramet Noi-am, Arisara Wongchalee.

Death Whisperer 3: Dendam Kuno dan Bisikan Yang Belum.Berakhir adalah sambungan dari Death Whisperer 2. Dikenali juga sebagai Tee Yod 3. Death Whisperer ni antara filem supernatural Thailand yang aku suka. Siapa yang pernah layan movie ni dari Death Whiperer 1 mesti korang tahu jalan ceritanya bagaimana. Tapi Part 3 ni ada kekurangan sedikit kalau nak dibandingkan dengan Part 1 dan Part 2. Tapi still la watak Yak tu tak lari sebagai abang yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban untuk keluarga dia.

Scene pertama filem ni bermula pada tahun 1825, yang mana pada ketika itu pemerintahan Raja Bagyidaw di Burma ada seorang wanita Burma melarikan diri merentasi sungai sebab dikejar oleh tentera empayar British sambil membawa bayinya. Bayinya ditembak mati.

Wanita itu jadi marah dan mengutuk dewi atau Tuhan yang disembah oleh penduduk tempatan disitu. Walaupun dipukul dan dibelasah tetapi tapi dia tetap tak peduli. Dia pecahkan segala macam barang yang ada didalam kuil hingga menyebabkan kuil tu terbakar. Wanita itu pun terbakar sekali. Sebelum mati, dia kata dia akan balas dendam kepada semuanya.

Disebabkan perasaan dia penuh dengan rasa dendam, dia akhirnya berubah menjadi Roh Hitam (Black Spirit) yang dikenali sebagai "Da You".

Jalan cerita agak perlahan pada mulanya, tapi masih lagi boleh dilayan.

Dalam Death Whisperer, Part 3, tiga tahun selepas peristiwa filem Death Whisperer 2, Yee dah bersekolah. Yee bersekolah di sekolah yang sama dengan sekolah kakak-kakak dia dulu. Yad pula dah mengandung 7 bulan. Balik ke kampung sebab mahu menghabiskan masa dengan keluarga sebelum bersalin. Pada masa yang sama Yee meraikan kehilangan gigi susu dia yang terakhir, dan tercampak diatas bumbung rumah mereka.


Tapi asal-usul sumpahan yang nampaknya masih belum mahu melepaskan keluarga Yak. Ada roh jahat yang lain yang mengambil gigi Yee. Keesokan harinya, Yee diculik oleh makhluk jahat disekolah. Ketiga-tiga abang Yee, pengsan di sekolah masa cuba menghalang penculikan Yee.


Dengan dibimbing oleh Sarge Paphan, adik-beradik itu menjalankan ritual memanggil roh, memanggil roh Yam untuk mencari jawapan ke mana adik mereka Yee dibawa.

Roh Yam mendedahkan bahawa Yee telah dibawa ke sebuah hutan yang bernama Bongsanobiang (sebuah hutan rimba yang berbahaya dan terkutuk dimana semua roh jahat berkumpul disitu) lebih berbahaya dari Dong Khomot.

Aku memang suka watak Yak yang penuh dedikasi untuk melindungi dan menyelamatkan keluarga dia sampai dia sanggup memburu dan membalas dendam terhadap hantu yang menyusahkan keluarga dia. Dan dia memang tak percaya dan takut dengan hantu.


Kemudian, Yak, Sarge, Yos dan Yod bersama-sama pergi untuk menyelamatkan Yee. Dalam perjalanan mereka berjumpa dengan penduduk kampung, Yakhin dan Kongmu. Mereka memberi amaran yang hutan itu memang "keras" dan tidak ada jampi atau sihir yang boleh menyelamatkan mereka. Hanya "loceng perak" yang mereka jumpa dalam hutan sahaja yang boleh memberi amaran jika ada bahaya.

Yee yang terperangkap di dalam hutan berdepan dengan macam-macam gangguan. Lari ke sana sini tapi tidak menjumpai jalan keluar.

Yos dan Yod pun hilang semasa dalam perjalanan ke Bongsanobiang. Yang tinggal hanyalah Yak, Sarge, Yakhin dan Kongmu. Malam sebelum masuk ke dalam hutan Yak diganggu dan dikurung dalam keranda. Syukurlah dijumpai oleh adik-beradik dia dan Sarge atas bantuan Yakhin.

Esoknya, mereka masuk ke gua yang mana Yak rasa dia pernah pergi ke gua tu masa mereka menjalankan ritual memanggil roh Yam.

Rupa-rupanya, pada tahun 1942, semasa Perang Pasifik, tentera Jepun telah menyerang Thailand dan memperhambakan penduduk di situ untuk membina Death Railway. Untuk membalas dendam, seorang dukun tua bernama Mawee melakukan satu ritual untuk membangkitkan dan menghidupkan semula Roh Hitam. Roh Hitam tu bukan setakat menjadi senjata balas dendam, tetapi menjadi lebih ganas dan membunuh wanita muda di kampung tersebut.

Sebelum itu, Yad yang sedang sarat mengandung juga telah diculik oleh Mawee dan dikurung di dalam gua. 


Di dalam gua Yak dan Yakhin terpisah dengan Sarge dan Kongmu. Macam-macam gangguan yang menyeramkan datang. Akhirnya, Yak dapat berjumpa dengan adik beradik dia (Yad, Yee, Yos dan Yod). Yak berdepan dengan dukun Mawee. Mawee menceritakan semasa Yak telah diikat yang dia mahu menggunakan badan Yee sebagai "host" yang baru untuk Da You (Roh Hitam) dan mengambil darah Yak (sebagai orang yang pernah mengalahkan roh tu) untuk menghidupkannya semula. Mawee berkata dia percaya bahawa selagi manusia wujud, perang akan berterusan dan dia sangat berterima kasih kepada Roh Hitam kerana telah memberi peluang untuk dia hidup selama-lamanya.

Dalam pertarungan yang sengit, Yak dan adik beradik dia terpaksa berdepan dengan roh-roh jahat. Tapi dengan bantuan Sarge yang menggunakan peluru mercuri (yang ditemui dalam loceng suci), mereka dapat kalahkan roh-roh jahat di situ. Mawee dibunuh oleh Yak. Yad pula bersalin di dalam gua yang sama dan melahirkan seorang bayi lelaki.


Masa mereka sedang bergembira sebab Yad dapat melahirkan bayi tiba-tiba Sarge dibunuh oleh Roh Hitam. Yak terus mengambil pisau dan mencelup pisau ke dalam "air ketuban" sebab Yakhin kata air ketuban itu ada kuasa kehidupan untuk membunuh roh-roh jahat termasuk Roh Hitam tersebut. Akhirnya, Roh Hitam itu dapat dibunuh, ditembak oleh Yak dengan menggunakan loceng suci dan menghantarnya ke neraka.

Sarge mati, tetapi sebelum itu Sarge sempat berpesan kepada Yak meminta Yak supaya menjaga anak perempuannya Nampetch. 

Rasanya, macam ada Death Whispere 4 sebab Nampetch ada muncul di dalam adegan mid-credits seolah-olah memberi isyarat yang watak Nampetch akan jadi watak penting dalam filem spin off akan datang.






No comments:

Post a Comment