Tuesday, October 6, 2015

Video pendek jadi gambar profil di Facebook




FACEBOOK dari segi kronologi sejarah telah dimulakan pada 4 Febuari 2004 dan semenjak dari tarikh tersebut, laman sosial paling popular di dunia itu sudah berumur 11 tahun.

Dalam tempoh tersebut, pelbagai perubahan telah dilakukan pada laman sosial berkenaan, sama ada dari segi pengenalan fungsi tertentu sehinggalah kepada perubahan antaramuka.

Terkini, bermula pada hari ini 1 Oktober 2015, Facebook mengumumkan kemas kini pada halaman profil pengguna yang lebih memfokuskan kepada paparan mudah-alih.

Melalui kemas kini yang diperkatakan, pihak pentadbir Facebook memfokuskan kepada tiga perkara dalam memudahkan lagi pengguna untuk mengekspresi keadaan diri mereka.

Fungsi pertama yang dibawakan oleh Facebook pada tetapan baharu ini adalah penggunaan gambar berbentuk video pendek (sekitar 7 saat) sebagai gambar profil pengguna.


Ia sekaligus membolehkan anda hadir dengan gambar yang lebih kreatif dan secara tidak langsung menonjolkan diri anda berbanding penggunaan gambar biasa dalam format pegun. 

 Di samping itu, Facebook juga kini membolehkan anda menambah gambar profil sementara seperti khusus sempena hari Raya dan menetapkan bilangan hari ia digunakan sebelum kembali kepada gambar profil asal. 

Kemaskini baharu untuk profil ini turut membawakan rekaan yang baharu, di samping lebih kawalan berkenaan apakah informasi yang boleh dilihat oleh orang lain. Facebook telah mula memperkenalkan kemaskini ini kepada segelintir kecil pengguna di UK dan Amerika Syarikat, dan dijangka memperkenalkan ia secara meluas dalam masa beberapa bulan lagi.

p/s: tengah fikir bagaimana mahu merakam video yang cun!

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...