Bukan aku tak ada benda nak tulis. Ikutkan banyak juga aku update status di Facebook, tapi nak masuk ke blog ni entah bila. Aku pulak busy baca kisah-kisah korporat dan update entri kat blog lagi satu. Jadi, dah tulis panjang kat sana namanya aku nak update entri kat sini memang tak ada laa.
Kekadang special occasion pun aku tak sempat nak tulis. Harini kira aku ada masa sikit. Boleh lah selit taip. 😅
Pagi tadi aku pergi sekolah Hanif. Kolej Tingkatan Enam Pudujaya. Support Hanif punya aktiviti sekolah Hari Keusahawanan.
Aku saja datang pukul 11 pagi. Nasiblah ada parking redup seberang sekolah.
Tanya anak aku ramainya yang datang. Hanif kata bekas students KTE pun ramai datang support. Parents pun turun support. Harga makanan dan air pun affordable. Macam² menu ada. Menu budak² gen z kan.
Aku sampai kedai kelas anak aku, nampak Hanif tengah tumbuk cili tolong cikgu dia hahahaha. Bangga jugak aku tengok. Walaupun hanya tumbuk cili. Berbaloilah ajar dia masak.
Beli Nasi Chicken Buttermilk untuk papa dengan Hadif. Lepas tu beli Latte kat kelas kawan² dia. Saja nak rasa. Sedap jugak iced latte dorang buat. 8/10. Ada bakat. Coffee pun guna yang premium.Yang lain² tak beli sebab aku bukan makan pun. Nampak semua macam sedap. Eh, rumah hantu pun ada. Tapi aku tak masuk.
Ada karaoke. Masuk² je dengar ada orang nyanyi lagu Iban. Ramai juga yang berbakat menyanyi.
Aku pun pandai nyanyi gak. Nyanyi panggil hujan. 🤣
Ada beza Hari Keusahawanan sekolah menengah dengan KTE. Cara susun atur meja & booth pun lain. Susunan program pun lain. Macam pergi event di luar.
No comments:
Post a Comment