Dah habis tawaf Taman Tasik Buaya. Kami ke Langkawi Bird Paradise. Taman ini dibuka pada 20 November 2002. Dan pada 01 Jan 2006 ia telah ditukar nama ke "Langkawi Wildlife Park". Ye lah, sebab dah banyak spesis haiwan terbaru yang masuk kan. Jadi sesuai lah bila ditukar nama. Bila ditukar nama off course lah harga tiket pun naik. Kos penyelenggaraan pun meningkat setiap tahun.
Budak budak yang paling seronok. Dapat tengok haiwan. Walaupun pernah masuk ke KL Bird Park, itu tak menghalang anak anak aku untuk berseronok. Budak-budak dengan haiwan tidak dapat dipisahkan. Kita sebagai mak bapak pun excited tengok haiwan apetah lagi anak - anak. Kalau pergi mana mana mesti kena masukkan trip ke Mini Zoo. Itulah dia kalau dah jadi parents ni.
Harga tiket masuk pula adalah seperti berikut. Jangan lupa beli makanan. Tak beli makanan masuk Langkawi Wildlife Park tak ada makna. Rugi je haha. Kalau nak "TOUR GUIDE" boleh buat bayaran tambahan RM20.00.
Untuk Family Package atau rombongan boleh ke website...
Budak budak yang paling seronok. Dapat tengok haiwan. Walaupun pernah masuk ke KL Bird Park, itu tak menghalang anak anak aku untuk berseronok. Budak-budak dengan haiwan tidak dapat dipisahkan. Kita sebagai mak bapak pun excited tengok haiwan apetah lagi anak - anak. Kalau pergi mana mana mesti kena masukkan trip ke Mini Zoo. Itulah dia kalau dah jadi parents ni.
Mula-mula masuk burung kakak tua, bising sungguh. Sakit telinga. Yang ni open space. Boleh je pegang. Bagi makan. Jinak. Tapi ada je yang taknak. Comel comel je burungnya cuma aku yang tak tahan sakit telinga dengan bunyi bising.
Hadif pulak tanya kenapa burung tu tak boleh bercakap hahaha... Aku jawab cikgu dia tak ajar lagi.
Ada sesetengah haiwan kat dalam tu kita tak boleh bagi makan. Ini adalah sebab haiwan - haiwan tersebut ada diet tertentu. Macam Electus Parrot ni kalau tengok dekat bulu dia macam karpet lembut tu. Lawa. Terutamanya yang merah. Duduk diam je dalam sangkar. Jalan pun terkedek kedek. Sangat comel.
Tengok parrot seekor ni. Comel kan. Tak takut orang langsung. Pandai meminta makanan dengan pengunjung. Ada 5 ekor kalau tak silap. Tapi yang paling mesra seekor ni,
Ular tu anak anak aku tak heran sangat. Dah selalu sangat pergi Zoo tengok ular. Cuma kat Langkawi aritu tak dapat nak pergi Taman Ular.
Yang kerja bagi makanan kat haiwan-haiwan ni adalah kerja mereka bertiga. Papa memang rajin melayan. Aku jadi photographer tak bertauliah je. Lagi lagi nak pegang haiwan. Memang tak lah haha.
Apa yang best kat dalam ni setiap section akan ada tempat basuh tangan. Jadi tak payah risau okay anak anak nak pegang kaiwan tu. Bila keluar minta dorang basuh tangan je kat sinki yang telah disediakan.
Educator tak bagi kebenaran untuk bagi makan burung ni. Sebab suka patuk orang. Jadi duduklaa bertenggek kat situ tengok orang lalu lalang.
Paling best layan burung-burung serindit. Aku cakap burung pipit hihi. Dah lah kecik comel. Jinak pulak tu. Kebetulan masa kami sampai takde orang, memang burung burung datang je minta makan kat dorang. Seronok. Aku risau takut terpijak. Sebab terlalu jinak sampai burung burung ni berjalan kat celah celah kaki. Kalau terpijak tak pasal pasal kena bayar denda RM300.00. Jadi berhati hati bila berada kat dalam kawasan ni.
Memang seronok. Adalah dalam 30 minit kami habiskan masa kat dalam ni. Sampai makanan untuk burung pun habis.
Dah lepak dengan kawanan burung burung serindit melawat pula Sang Kancil. Lama nak tunggu keluar dari sebalik pokok. Sambil sambil dorang menunggu aku pun duduk je dulu. Jurugambar dah letih.
Dah habis sesi tengok Sang Kancil masuk pula ke dalam Galeri Pameran. Ada kristal. Cantik. Ada juga barang barang dan produk IKS dijual di dalam Galeri Pameran ni. Aku tak sempat nak ambik gambar semua sebab dah ketinggalan jauh dari kanak kanak ribena dan suami.
Dalam ketinggalan jauh tu sempat lagi bergambar dengan Parrot besar ni. Aku pun dah lupa nama dia. Sepatutnya tempat yang dia bertenggek tu tempat Burung Helang Mahawangsa. Nama diberi oleh Sultan Kedah, Sultan Salehhuddin Sultan Badlishah. Mahawangsa adalah singkatan daripada Hikayat Merong Mahawangsa yang menceritakan susur galur pengasas Kedah. Tapi masa aku lalu tu jam dah pukul 2pm jadi Educator kat situ dah bawa masuk burung helang tu bagi dia berehat. Ganti dengan Parrot besar ni.
Berat tau. Aku takut sebabnya burung ni dok usha aku. Ingat aku ada makanan kot hihi. Mula mula takut tapi educator kata tak garang. Aku pun memberanikan diri.
Destinasi dan aktiviti terakhir dalam Langkawi Wildlife Park ialah melawat Donkey dan Ostrich. Hadif memula takut nak bagi takut kena gigit. Tapi bila papa dah ajar okay je tak takut dah.
Kalau boleh nampak kat hujung tu ada masih lagi dalam construction. Pihak management tengah buat sangkar baru untuk Harimau Malaya. Lepas ni lagi seronok penngunjung dapat tengok Harimau. Okaylah demi untuk menarik pengunjung dalam dan luar negara kan.
Bye bye Langkawi Wildlife Park. Lepas ni mungkin tak datang lagi dah. Kalau datang Langkawi pun nak lepak lepak kat hotel dan tepi pantai je.
No comments:
Post a Comment