FIRST OF ALL, THANK YOU DANNA LANGKAWI FOR YOUR HOSPITALITY.
Okay memandangkan kami dah meredah jam tahap hawau sampai semua orang stress di dalam kereta. Ye lah. Dengan panasnya memang menguji keimanan. Ditambah lagi dengan Event IRONMAN. Berganda ganda stress level. Nak sangat Holiday time festival kannn. Mendapatlah haha. Aku dah mabuk dalam kereta. Mengantuk gila. Tutup mata je lah tahan pening.
Aku tak dapat nak upload banyak gambar dalam ni. Nanti lagging. Nak layan gambar boleh klik kat SINI.
The Welcome:
Sampai je di lobby Hotel The Danna Langkawi, terus ada orang bukakan pintu. Tolong angkat beg. Siap tolong park kan kereta uols. Lepas tu ada "Welcome drinks" dan tiga minit "shoulder massage". Diberi pula "cooling towel" setiap satu seorang. Huuu... Best giler! Rasa segar bugar dapat lap muka dengan tuala sejuk ais batu. Sofa tempat duduk tu pun kalau baring kat situ boleh lelap terus.
Dah check in di kaunter, sementara menunggu bilik siap one of Staff The Danna bawa kami jalan jalan keliling hotel untuk "Quick Tour".
Dah habis "Quick Tour" memandangkan bilik pun masih belum sedia kami ditempatkan dibilik sementara untuk menyegar dan merehatkan diri. Sempat anak anak aku terjun mandi manda dalam "bath tub". Dapat anak anak hantu air macam ni lah. Pantang jumpa tempat yang seakan akan pool. Terus terjun.
Bilik:
Katil yang sangat besar dan empuk. Bilik yang sangat luas. Hiasan yang ringkas. Kemas. Ada kerusi, meja, dua almari besar, WIFI, Safety Box, minibar dan mini sofa. Bilik mandi yang luas. Tab Mandi yang besar. Kali kedua anak anak terjun lagi masuk tab mandi sebab tak dapat mandi pool. Di beranda pun ada satu sofa besar yang mana kalau bosan saja nak layan view alam hijau boleh baring sambil berangan hihi.
Masa tu kami bayar extra untuk budak budak jadi dapat extra bed sorang satu.
Make Up Table & Sinki kiri kanan |
Bath Tub |
Syokkkk... |
Toiletries |
Complimentary. Biscotti tu sedap! |
The pool:
Nampak macam satu pool tapi sebenarnya ada tiga "Infinity Pool''. Paling dalam 1.7 meter. The largest Infinity Pool in Langkawi. Hanif dan Hadif dua dua pandai berenang takde lah nak mandi manda kat pool budak. Eksyen kan hihi.
Di tepi kawasan pool pun view cantik. Ada tempat beristirehat yang sangat selesa di bawah payung atau pokok. Toleh kiri kanan pun view kehijauan. Shower Room pun dibuat dinding berbatu boleh feeling mandi air terjun.
Morning view |
Morning view |
Seronok kan mandi pool. Air tak sejuk. |
Morning view |
Kedalaman 1.7 meter |
Tak sempat nak pergi. Kalau tengok view dari bilik memang cantik. Pasir putih dan bersih.
Servis dan perkhidmatan:
Sangat best. Buat kau rasa special. Memang servis 5 star hotel. Memang patut pun Danna Langkawi memenangi awards;
#1 - Top 25 Hotels in Malaysia
#1 - Top 25 Luxury Hotels in Malaysia
#3 - Top 25 Hotel for Service in Malaysia
#4 - Top 25 Hotels for Romance in Malaysia
#15 - Top 25 Luxury Hotels in Asia
Staff yang sangat efisien, peramah dan mesra pelanggan. Dah memang dorang dilatih begitu kan. Servis mesti tip top. Bila pelanggan happy, pelanggan pun happy nak bagi undi. They deserved it.
Kids and Family Friendly:
Walaupun ramai yang datang sini untuk berbulan madu tetapi hotel ni juga sangat family friendly. Mereka ada menyediakan Kiddy's Club. Ada pelbagai aktiviti yang dijadualkan untuk anak anak yang datang ke sini. Perkhidmatan Babysitter pun ada disediakan dengan caj yang tertentu. Itu korang kena tanya sendiri. Sebab aku lupa nak tanya.
Public Toilet kat Ground Floor pun lawa hihi |
The Food:
Kami cuma bersarapan di hotel je. Jadi nak review untuk lunch dan dinner payah lah. Ada banyak menu pilihan untuk sarapan pagi. Tapi kalau nak diikutkan kalau hotel breakfast buffet semuanya lebih kurang sama je. Ada yang hotel 4 star aku pergi punya menu pilihan lagi banyak dari Danna. Kat sini aku cuma makan bubur, muffin, kek, minum susu, oren dan latte. Latte kat sini sedap!
Ada part kelakar. One of the staff offer "Telur Dadar Malaysian Style" which is dia kata "special menu" of the day. Aku dengan kakak ipar aku tahan gelak hihihi. For Malaysian Telur Dadar tu sudah menjadi kebiasaan. Hari hari makan. Tapi kalau untuk foreigner terutamanya pelancong mat saleh dah tentu unik.
Semuanya best kat sini. Cuma isunya adalah harga. Buffet untuk budak je dah RM98.00 seorang. Ice Cream pun mahal. Snickers pun RM12. Boleh demam tengok harga. Ini semua adalah faktor lokasi. Danna Langkawi ni jauh dari town. Menghala ke arah Langkawi Cable Car. Jadi logik lah kalau satu scoop ice cream dia harga Baskin & Robbins.
My Latte ! |
Pendapat mengenai The Danna Langkawi:
Tempat yang sangat relaks. Agak jauh dari Pekan Kuah. Sunyi. Tapi dekat dengan Oriental Village, Langkawi Cable Car dan Skytrex. Taman Buaya Langkawi pun tak jauh sangat dari sini. Cuma dalam 20 minit. Nak lari dari kesibukan bandar dialu-alukan untuk menginap di sini. Nak dapat layan 5 Star hotel pun boleh datang sini. Nak layan pantai yang cantik, pool yang cantik, bilik yang selesa dengan pemandangan bukit bukau yang cantik pun boleh datang ke sini. Ada 114 buah bilik termasuk Villa dan Suites. Duduk kat Mandarin Oriental pun tak dapat layanan best macam kat Danna.
Sayang kami cuma dapat tidur semalam di sini. Keesokkan harinya kami Check in di hotel lain pula. Memang tak puas. Sebab tak dapat nak layan keindahan pemandangan dan penginapan selesa di hotel ni lama lama. InsyaAllah we will come back again.
Beranda, tempat lepak layan pemandangan alam semulajadi |
Garden View |
Gambar dari website The Danna Langkawi |
Gambar dari website The Danna Langkawi. Just beautiful as it is. Sama macam dalam gambar. |
Boleh ke website: The Danna Langkawi untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment