Kalau diikutkan satu hari nak update sampai 10 entri. Melampau kan. Tapi apakan daya masa begitu terhad. Ditambah pula dengan kerja akaun sendiri yang tertangguh lama. Jadi kena selesaikan semua tu baru boleh fikir nak tulis 10 entri sehari. Nanti entah apa apa aku merapu. 😂
Haihh... Ada banyak sangat plan dalam otak, atas kertas dan bawah kertas haha.
|
Suasana PRAKL pada pukul 7.20pm |
Tentang taklimat Bakat Karnival Kebangsaan Siri 1
Hanif bakal bertanding di Bakat Karnival pada Sabtu hujung minggu ini yang merupakan tournament pertama selepas 7 bulan dia berlatih berenang.
|
Team Managers |
Dan kali pertama jugak aku nak kenal "terms" dalam renang. Pening jugak laa aku baca. Nak memahamkan tu yang pening.
Dah lah Bakat Karnival tu nanti diadakan di Pusat Akuatik Bukit Jalil. Aku pun tak tau kat mana. Stadium Bukit Jalil aku tau laa. Ni kira redah je nanti. Haha.
|
Antara "swimmers" yang mengambil bahagian |
Apa yang Team Managers cakap masa dalam taklimat tadi aku dapat paham sikit sikit je. Haihhh...tak dapatku bayangkan masa race day tu nanti. Sakit perut aku tau tak. Mader yang tak boleh tidur bila mengenangkan event tu.
|
Hari hari tanya bila boleh training |
|
Muka mader lebih cuak dari anak |
Hari ni pukul 00.10 dah Khamis. Aku yang cuak. Coach dia pesan nak kena beli extra Goggle dengan Swimming Cap. Baru dua hari lepas swimming cap dia meletup. Makin dekat nak event macam-macam. Takde tempat lain la. Decathlon nampaknya esok.
No comments:
Post a Comment