Friday, November 18, 2011

Resepi Semasa Berpantang : Tumis Sawi Putih

Bahan-bahan:
50 gm ikan bilis
30 gm halia - dihiris
5 tangkai sawi batang putih - dipotong
1 sudu kecil minyak masak
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya:-

1. Panaskan minyak. Tumis ikan bilis dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan sawi. Kacau rata dan tuang sedikit air.
3. Bubuh garam dan kacau hingga sayur masak.

Sawi putih membantu menambahkan susu badan

Makan malam di Warung Merdeka, Kampung Pandan

Dua malam lepas aku dengan Hadif rasa kebuluran. Maklumlah, dari tengahari kami tak makan. Mak dia pulak malas nak turun beli makanan. Maka,...