Tuesday, November 15, 2011

Info DIET 51 - 60

51. Makan sayuran
Dua punca sumber serat utam iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran baik untuk program diet sihat. Namun pengambilan serat secara berlebihan pada permulaan diet akan menyebabkan seseorang jadi lebih sensitif dan mula menghindari daripada makan buah dan sayuran. Dengan itu, mulakanlah pengambilan sumber serat secara perlahan-lahan.

52. Toksin berlebihan memudaratkan!
Badan akan mudah menjadi lemah jika kandungan toksin meningkat. Bahan buangan ini disingkirkan melalui hati, buah pinggang, kulit, najis dan paru-paru melalui proses perkumuhan dan perpeluhan. Sumber toksin termasuklah bahan perasa makanan, sisa bahan cemar pertanian dalam daging, tanaman, hasil tenusu, kehadiran logam berat dalam ikan dan air. Badan juga menghasilkan toksin daripada proses metabolisme makanan. Singkirkan sisa toksin ini dengan kurangkan pengambilan kafein, alkohol, rokok, bahan pewarna, bahan perisa dan gula ringkas.

53. Buang SANTAN dalam resipi harian
Dalam setiap 100 gram kelapa yang kita makan, 36 peratus daripadanya adalah lemak manakala dalam santan pula, kandungan lemaknya ialah 69 peratus. Jadi bagi merka yang mengamalkan diet, lupakan seketika santan. Gantikan dengan susu tanpa lemak.

54. Petua memasak untuk berdiet
- Tos minyak yang berlebihan selepas mencelur, membakar atau memasak makanan yang berlemak.
- Jangan menyapu makanan dengan lemak/minyak yang menitis. Gunalah air buah-buahan, air perapan atau lain-lain bahan yang tidak berlemak.
- Lebih baik mencelur, membakar, merebus dan mengukus.
- Buang semua lemak yang kelihatan pada daging termasuk kulit ayam.
- Hidangkan sebahagian yang kecil sahaja dari hidangan yang mengandungi lemak.

55. Bijirin paling sempurna
Bijirin sarapan pagi dengan susu adalah pilihan lengkap bagi orang dewasa yang menjalani kehidupan serba aktif. Mereka yang makan bijirin sarapan pagi mendapat lebih banyak bekalan vitamin, mineral dan serat. Sarapan pagi menyediakan 25 peratus daripada jumlah kalori atau tenaga harian.

56. Diet warna cegah kanser
Menurut penulis buku "What Color Is Your Diet", David Heber, MD, diet warna makanan terutamanya sayur dan buah sangat baik untuk kesihatan terutama dalam mencegah kanser serta menurunkan berat badan.

Merah:-
Sayur dan buah dari warna ini kaya likopen yang mampu mengurangkan risiko kanser contohnya tomato.

Jingga:-
Makanan jenis ini mengandungi alfa dan beta karotena yang baik untuk mencegah terjdinya kanser.

Kuning:-
Makanan yang semulajadi berwarna kuning pula kaya dengan kandungan Vitamin C, yang baik untuk melindungi sel tubuh. Zat gizi ini boleh didapati di dalam jeruk, betik dan belimbing.

Hijau:-
Sayur berwarna hijau tinggi karotenoid, lutein dan zeaxanthin yang baik untuk kesihatan mata.

Putih:-
Makanan ini mengandungi flavanoid yang dapat melindungi membran sel. Sumber ini boleh didapati dari bawang putih.

57. Jauhi "food combining"!
Melalui "food combining" individu terbabit akan dipaksa menakan berbagai jenis makanan secara bergilir. Menurut pengasas diet "food combining" Dr William Howard Hay (1866-1940), untuk mendapatkan bentuk tubuh yang kurus kita harus menjauhi secara keseluruhan gizi yang berlebihan dalam badan kita. Pada dasarnya, diet seperti ini adalah berbahaya kerana walaupun berdiet badan kita masih memerlukan kesemua gizi seperti lemak, karbohidrat, protein dan vitamin secara seimbang.

58. "Diet Zone"?
Diet yang mendisiplinkan cara diet dengan makanan rendah karbohidrat dan lemak. Cara ini akan berhasil mempercepatkan pembakaran lemak dalam masa 24 jam. Setiap kali makan, kita harus memastikan bahawa makanan tersebut mengandungi 40% karbohidrat, 30% protein dan 30% lemak. Ambil dalam kauntiti yang kecil tetapimasih boleh makan kudapan sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan manjadikan buah atau biskut bijirin sebagai hidangan.

59. Tanda diet salah
Berasa mual dan nafas berbau:
Tubuh mengalami kekurangan sumber karbohidrat dalam tubuh.
Mudah penat dan lesu:
Tubuh kekurangan zat besi, Vitamin B 12 dan Omega 3.
Kerap buang air kecil & besar
Biasanya mereka yang mengamalkan pil-pil dan jamu untuk menjadi kurus.

60. 6 perkara tentang diet
- Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- Minumlah segelas susu atau jus buah-buahan di pagi hari.
- Makan makanan berserat agar berasa kenyang lebih lama.
- Pilih putih telur kerana kolestrolnya lebih rendah.
- Beras merah juga digalakkan kerana ia mengandungi kandungan karbohidrat dan lemak yang rendah.
- Pilih roti jika tidak mahu nasi. Roti mengandungi glukosa yang diperlukan otak dan sistem saraf bagi mencegah serangan jantung kerana terdapatnya asid folik.

Sumber: Inspirasi Langsing Secara Sihat

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...