Alhamdulillah, hari ke-4 selepas dibuang tonsilnya Hanif semakin sihat. Cuma sekarang ni masih di bawah pemerhatian. Makan pun kena control. Tak boleh nak makan benda-benda yang keras. Dahlah anakku ini bukan peminat bubur atau makanan yang lembik-lembik. Pening juga nak mengolah resepi. Ada jugak masa dia menangis kesakitan terutamanya pada waktu malam. Siang pun dok merengek-rengek jugak. Sakit kot.
According to a doctor, full recovery mungkin selepas dua minggu. In the meantime kena monitor betul-betul. Kalau demam, bleeding atau bedengkur lagi kena bawak balik pergi hospital. Saya pun takut nak gosok gigi dia hehe. Just biarkan dia menggosok giginya sendiri sebab hanya dia yang tahu sakitnya bagaimana. Mama dia cuma tunjuk ajar je.
Perubahan yang ketara sekali ialah apabila dengkuran yang teruk masa tidur dah tiada. Kalau dulu, dia berdengkur mengalahkan orang tua, Memang teruk sangat. Semoga selepas ni dia tak kerap demam, batuk dan selesema. Biarlah dia sihat seadanya. InsyaAllah.
Yang pastinya suara dia dah lain. Totally different. Rasa kelakar pun ada =))
Yang pastinya suara dia dah lain. Totally different. Rasa kelakar pun ada =))
No comments:
Post a Comment