“Kemiskinan adalah musuh nomor satu manusia. Satu kemiskinan dapat menyebabkan sejuta bahaya.” (Henrik Ibsen)
Cerita yang sungguh menyedihkan di mana sepasang suami isteri hidup bahagia bersama-sama dengan 5 orang anak mereka, empat lelaki dan sorang perempuan. Suami kerja kampung je, si isteri pulak tidak bekerja. Buat masa sekarang ini suaminya tidak bekerja. Biasalah kalau dah kerja kampung tu apalah sangat. Ada kerja ada makan. Takde kerja makan jugak, tapi cuma makan apa yang ada sahaja.
Cerita yang sungguh menyedihkan di mana sepasang suami isteri hidup bahagia bersama-sama dengan 5 orang anak mereka, empat lelaki dan sorang perempuan. Suami kerja kampung je, si isteri pulak tidak bekerja. Buat masa sekarang ini suaminya tidak bekerja. Biasalah kalau dah kerja kampung tu apalah sangat. Ada kerja ada makan. Takde kerja makan jugak, tapi cuma makan apa yang ada sahaja.
Ditakdirkan pada suatu hari isterinya sakit. Berkudis seluruh badan. Pergilah kat mana-mana klinik atau hospital pun tak juga sembuh. Makin teruk lagi ada. Ada orang kata kena kayap ular. Tak tahulah betul ke tidak. Saya pernah melihat badannya. Amat kesian dan menyedihkan. Bertahun menderita penyakit yang tidak diketahui puncanya sehingga sekarang yang mana, penyakit si isteri itu tadi bertambah teruk. Nak berubat cara kampung pun takde duit. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu dah. Kalau zaman dulu, nak pegi berubat cara kampung ni just bawak pisang setandan ke beras sekilo ke semua beres. Zaman sekarang mana ada. It's all about money.
Dahlah tak kerja, depa pun bukannya orang senang. Nak harapkan kerja kampung hmmm...berapalah sangat pendapatan dorang. Mana nak cekau duit. Nak tak nak terpaksalah jual tanah pusaka semata-mata untuk membiayai kos perubatan cara kampungnya nanti. Itulah jalan terakhir. Walaupun si suami tahu yang harapan untuk isterinya sembuh mungkin tipis akan tetapi mereka suami isteri tidak putus berusaha dan berharap. Satu badan dah kena. Tinggal dari leher ke atas je yang belum kena kayap lagi. Saya terfikir kalau in future penyakitnya tak sembuh jugak mana lagi nak carik duit untuk berubat.
Saya cuma mampu berdoa agar suatu hari nanti penyakit misteri isterinya itu cepat sembuh. Berbaloilah dengan kepayahan mereka. Walaupun mereka hidup susah mereka berhak untuk merasa kebahagian. Kadang-kadang, dalam dunia ni bila kita susah tiada siapa pun yang akan bantu kita walaupun adik-beradik atau saudara-mara kita sendiri. Tapi, kalau kita senang memang ramai yang akan datang menepek. Mulalah mengaku sedara dan kawan.Tak suruh datang pun datang. Muka tak tahu malu. Bila time susah semua lari. Itulah lumrah alam...
No comments:
Post a Comment