Tuesday, November 15, 2011

Info DIET 1 - 10

1. Sarapan
Jangan sesekali skip sarapan pagi sebab sarapan pagi ni membantu kadar metabolisme dan meningkatkan paras gula dalam darah. Tanpa sarapan, tubuh tidak mempunyai makanan yang cukup lalu mengekalkan kadar metabolisme yang rendah. Ini menyebabkan tubuh membakar tenaga dengan perlahan. Otak akan hilang fokus dan tidak dapat berfikir dengan baik.

2. Apa yang perlu dielak?
Manisan: - Aiskrim, kek, kuih muih, coklat, buah-buahan dalam tin, susu pekat dan sirap.
Makanan kaya kolestrol dan asid lemak tepu:- Organ dalaman haiwan, makanan laut, kuning telur, mentega, keju, susu penuh krim, kulit/lemak ayam, lemak daging, minyak kelapa dan santan.

3. Kurangkan kalori dengan coklat
Kalau korang penggemar coklat, sila patuhi arahan ini:
- makan hanya coklat hitam
- makan jika kesihatan berada dalam keadaan baik
- makan secara sederhana

4. Tambah 3 gelas air setiap hari
Jangan minum ketika kita berasa haus kerana pada ketika itu, tubuh kita sebenarnya sudah kekurangan air sebanyak 2 peratus. Minum air sebelum kehausan. Jika sebelum ini kita dinasihatkan minum lapan gelas sehari, tambahkan lagi jadi tiga gelas.

5. Pilih kentang rendah karbohidrat
Menurut pengkaji dari Universiti Florida, Dr. Chad Hutchinson, sejenis kentang yang dikenali sebagai "Spud-U-Lite" daripada Belanda antara kentang paling rendah kandungan karbohidratnya dengan hanya2/3 daripada kentang biasa. Memakannya menyebabkan kita rasa kenyang dan tidak perlu mengambil makanan lain lagi.

6. 4 perkara - kenapa perlu minum susu
- sumber protein terbaik
- kandungan 'isoflavon' dalam susu dapat mengurangkan risiko terkena kanser
- menbantu mencegah ganggu jantung
(berperanan merendahkan kolesterol dalam badan, menurunkan tekanan darah serta mencegah pembentukan plak pada pembuluh darah)
- mengurangkan kesan menopaus
(kandungan 'isoflavon' berperanan seperti estrogen dalam badan. Ia dapat mengurangkan alahan yang terjadi akibat penurunan kadar estrogen secara drastik ini)

7. Makan akibat stress
CUBA DIET DI BAWAH UNTUK ELAK STRESS:-
- makan jika lapar, bukan kerana mahu melenyapkan masalah
- minum minuman panas seperti susu dan coklat untuk menyeimbangkan perasaan sekaligus meredakan tekanan
- jangab lupa sarapan pagi setiap hari kerana lapar pada sebelah pagi memberi impak tekanan secara berpanjangan

8. Awasi kandungan gula
- kurangkan makanan manis seperti kuih-muih, kek, biskut berkrim, coklat dan ais krim
- elakkan minuman berjarbonat, sirap atau kordial buah
- jika membuat hidangan kuih muih, kurangkan gula dalam resepi
- perhatikan label (without added sugar) setiap kali membeli makanan siap bungkus
- ganti kuih muih atau manisa pencuci mulut dengan buah-buahan segar

9. Nikmati sayuran hijau
Jumlah kandungan nitrogen yang terdapat dalam semua sayur-sayuram hijau berupaya mencegah sel-sel dalam badan daripada berkembang menjadi kanser yang merbahaya. Sayur-sayuran hijau seperti sawi, kangkung dan bayam juga mengandungi beta karotena dan serat yang baik untuk sistem penghadaman tubuh badan

10. Berapa banyak gula sehari?
Secara purata sebanyak 24 sudu teh (120gm) gula termasuk gula tersembunyi diambil sehari oleh seorang individu. iaitu 2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan. Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gm) termasuk gila yang ditambah atau tersembunyi.

Sumber: Inspirasi Langsing Secara Sihat

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...