Sunday, November 13, 2011

Hanif's Operation Day

Hari yang dinantikan sudah tiba. Pagi-pagi lagi Hanif dah bangun. Macam tau je yang hari ni hari penting untuk dia. Saya pun rasa cuak walaupun doktor telah berkali-kali explain dan menyatakan risiko pendarahan untuk tonsillectomy kurang tetapi siapa tahu. Allah itu Maha Kaya. Sekiranya Dia ingin menguji kami maka Dia akan uji jua.


antara perkara yang dia tak heran sangat sangat so, just bagi je
tangan or kaki bila nurse nak check ;)


Saya amat berharap yang pembedahan ini tak ditangguhkan pada saat akhir atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Ini kerana Tonsillectomy merupakan salah satu cara untuk Hanif sembuh. Ini bagi mengelakkan demam yang kerap berulang. Jadi ia amat penting.

peluk papa dia dengan muka cemas

Sampainya strecher di katil membuatkan Hanif rasa cemas. Dia dah mula merengek-rengek ketakutan. Tak mahu baring kat atas katil dan disorong. So nak tak nak terpaksalah papa dia dukung. Sepanjang perjalanan menuju ke OT (Operation Theater) memang merengeklah dia. Tapi memang patut pun dia berasa cemas.


tengok apa yang nurse buat kat tangan dia


Sebelum masuk ke kawasan OT saya disuruh memakai "lab coat" & tukar selipar. Masuk kat dalam tu memang sejuk dan yang pastinya tak boleh nak ambik gambar. Bila Hanif nampak ramai nurse dan doktor berbaju biru (pelik bagi dia) dia rasa lagi cemas sehinggakan nurses membodek dia dengan macam-macam benda. Antaranya ialah "glove-balloon". Dah dapat balloon hilang sekejap rasa cuak tu.


Sebelum pembedahan dimulakan kali terakhir Hanif diperiksa oleh doktor bedah itu sendiri. Selepas semuanya setel kami pun diringi masuk ke dalam Dewan Bedah. Dah tu, saya disuruh duduk dikerusi yang telah disediakan dan sambil itu penutup mulut gas oksigen yang dah bercampur dengan gas bius diberikan kepada Hanif. Mula-mula dia rasa seronok tapi lepas tu dia tak nak pegang dah penutup mulut tu. Mungkin sebab dah tercium bau pahit so dia reject setiap kali doktor suruh dia pegang.

Saya pun hampir terlupa yang gas oksigen bercampur dengan gas bius. Doktor bahagian bius kata "puan, jangan dekat sangat, nanti puan pening". Alamak, barulah teringat. Memang dah pening sikit dah masa tu. Syukur tak pengsan.

Akhirnya Hanif terpaksa dibaringkan di atas katil pembedahan dan diberi dibius secara paksa. Bila dipangku dia boleh melepaskan diri jadi, memang tak ada cara lain selain dengan cara paksaan. Lebih kurang dalam 4-5 orang yang memegang Hanif kiri dan kanan. Meronta, meraung ketakutan tak payah kata. Sebagai ibu memang saya rasa kesian. Duduk di dalam dewan bedah menyaksikan dia dibius secara paksa memang menyentuh hati. Dari meronta dengan sekuat hati hingga terlena kena bius. Selepas dia terlena, doktor pun kata "okey, mak boleh tunggu kat luar. Mak nak cium anak ke?" Saya pun bangun dan kata "ok". Tapi entah mengapa hati saya terasa sebak yang amat sangat. Sungguh sedih dan pilu. Sambil mencium dahi Hanif sambil itu air mata berguguran. Hati saya seperti ditoreh oleh pisau pabila melihat keadaannya yang tidak bermaya di atas katil bedah itu. Masa itulah terbayang saat-saat dia aktif serta melasak. Dah cium Hanif saya pun terus keluar tanpa menoleh lagi sambil diiringi oleh salah seorang nurse. Andai saya menoleh ke belakang mesti saya tidak mahu keluar dari Dewan Bedah tu.

Dahlah dalam sebak, nurse tu boleh tanya soalan macam-macam. Terpaksalah jawab tapi saya faham yang tujuan dia adalah untuk membantu supaya tidak terlalu sedih dan stress. Thanks to her.

Menunggu di Waiting Bay membuatkan saya rasa gelisah. Nurse kata "puan tunggu di sini ya, nanti dah siap kami akan panggil". Dengan keadaan Hanif dibedah dan saya menunggu. Sungguh stress. Saya pun keluar mencari papa dia. Dahlah semua handphoneku ada dengan papa. Pergilah mencari public phone nak call dia. Rupa-rupanya dia ada di surau berhampiran je. Masa call tu saya cakap "saya tak bolehlah nak tunggu kat dalam sana". Dia faham then terus ajak lepak di kafeteria sekejap. Lagipun perut saya memang kosong. Walaupun tak ada selera tapi ku paksakan diri untuk makan. Fikirku cuma satu, "kalau saya tak sihat siapa yang akan jaga anak mama nanti?".

Lepas setengah jam saya bergegas naik ke atas semula. Makan cuma untuk alas perut je. Takut nanti bila Hanif sedar tak ada siapa di sisi dia.

Selepas beberapa lama doktor bedah Hanif keluar dan memberitahu yang segalanya sudah selesai. Cuma pada ketika itu Hanif masih tidur. Bila dia dah bangun nanti depa akan panggil. Tak sampai lima minit lepas tu seorang nurse datang kat saya bagitahu yang Hanif dah sedar. Alhamdulillah, lega hati saya mendengarnya. Saya boleh dengar suara tangisan dia memanggil "mama...mama..." saya bergegas mencari tapi tak jumpa. Suara dia dah lain. Berpinar mata mencari rupa-rupanya dia ada di depan mata. Kesian sungguh saya melihatnya. Menangis dengan mata yang tertutup. Menangis dalam kesakitan. Tanpa membuang masa, saya ambil dia dari pegangan nurse, cium-cium dan peluk-peluk dia dengan erat. Saya berbisik ditelinganya "tak apa sayang, mama dah ada. Hanif jangan nangis ye. Mama kat sini sayang..."

Saya melihat sekeliling bibirnya ada darah, hidungnya pun berdarah. Tangannya pula ada jarum dan wayar nadi diklipkan di kaki. Satu jam lebih untuk "recovery" barulah dia boleh bukak mata. Dia pandang sekeliling dan bila nampak nurse dia akan menangis semula. Semua orang kat dalam tu tak boleh sentuh dia kecuali saya :)

Selang beberapa minit, tiba-tiba dia bersuara "mama, Hanif nak air". Sungguh gembira rasanya. Lepas tu "mama, Hanif nak susu". Melihatkan keadaannya yang sudah agak okey doktor kata kita boleh balik ke wad biasa (Wad ENT). Tidak perlu masuk ke PICU (Pediatrik ICU). Segala apa yang doktor predicted tidak terjadi. Seperti komplikasi pendarahan, sesak nafas dan lain-lain lagi. Alhamdulillah sekali lagi. Sungguh bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar.



Dua jam pertama selepas operate memang tak ada masalah. Minum air dan susu tak banyak. Asal minum je nangis kata sakit. Makan ais krim dan jelly okay sikit. Mungkin bila makan tu tekak dia rasa lega. Boleh main Angry Bird & tengok Ultraman lagik. Selepas dua jam dia dah mula menangis dok kata sakit...sakit.


menahan sakit after 4 hrs Tonsillectomy


Bila doktor check doktor kata kena "drip" untuk mengelakkan "dehydration". Ye lah...makan tak nak, minum pun tak nak. Puaslah dipujuk pun tak nak jugak. Tapi sebagai ibu, saya memang tak sanggup tengok dia kena drip. Cukuplah masa baby dulu dia dah kena drip. Tak sanggup nak tengok lagi seksanya.

Tapi, akhirnya dia mintak jugak susu. Itupun dah petang. Satu pencapaian yang bagus walaupun hanya minum lima auns. Itu sudah cukup. Nurse pun tak sampai hati nak drip dia. So, bila dengar dia dah minum lima auns susu terus nurse kata tak payah drip.

Malam pulak dia makan jelly, aiskrim dan bubur McD, itupun letih dah memujuknya barulah nak makan. Minum susu lagi lima auns sambil layan DVD. Tak sampai satu jam lentok di riba. Keletihan agaknya. Lagipun mungkin kesan ubat bius masih ada.

Waima sudah tidur dengan nyenyak pun dia masih merengek kesakitan dan terbatuk-batuk. Risau sungguh kalau batuk teruk sangat nanti boleh menyebabkan pendarahan. Saya pun tak senang tidur. Ada satu masa tu bila celikkan mata tengok dia sedang duduk memerhatikan saya. Bila dia tahu yang saya sedar dan tanya dia "sayang kenapa?", dia terus menerpa dan memeluk saya sambil mencebikkan mulut. Rupa-rupanya dia mahu tidur di sebelah saya dengan memeluknya. Terharu sungguh rasa hati. Bagi dia hanya mama penyembuh kesakitan yang sedang dihadapinya. Bukan nurse mahupun doktor. Hanya dengan pelukan seorang ibu seorang anak yang sakit akan tidur dengan lena hingga pagi menjelang...

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...