41. Air penting untuk diet
Minum air kurang dari 2 liter per hari akan melambatkan proses penurunan berat badan. Ini kerana air sebanyak 2.5 liter di badan akan dihidrat setiap hari. The British Dietetic Association menyarankan orang dewasa minum 2.5 liter air setiap hari termasuk jus buah-buahan, teh dan kopi. Manakala bagi yang sedang menjalani program diet, dinasihati tambahkan minuman air sebanyak 750ml.
42. Tip makan daging
Masak secara panggang, rebus atau kukus. Elak makan daging yang digoreng.
- bersihkan lemak daging termasuk kulit ayam
- daging yang berwarna terang mempunyai kandungan lemak lebih rendah berbanding daging berwarna gelap.
- kurangkan pengambilan daging merah sebaliknya lebihkan daging seperti ikan dan ayam.
43. Piramid maknan tradisional masih berfungsi?
Menurut pakar di Harvard, piramid makanan USDA yang diubahsuai daripada piramid makanan tradisional memberi faedah dalam mencegah kita daripada penyakit jantung dan sesetengah kanser dengan mengurangkan makanan yang berkarbohidrat tinggi sepertu roti putih, nasi dan kentang. Di samping itu, ia menekankan pengambilan gandum, sayuran dan buah.
44. Herba penawar
kunci Pepet (Kaempferia Angustifolia) merupakan sejenis tumbuhan yang dapat memberi kesan sama seperti ubat dan produk pelangsing di pasaran. Tumbuhan ini dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan. Kunci Pepet boleh dicampurkan dalam masakan harian kerana ia memberi kesan dalam mengurangkan selera.
45. Rojak berlemak tinggi
Rojak mengandungi 51.2gm atau 61% lemak sepinggan. Seseorang dewasa hanya memerlukan lemak dari pengambilan makanan yang tidak melebihi 50 hingga 80 gram lemak sehari. Jumlah itu termasuklah makanan yang diambil secara mentah biarpun dalam bentuk tambahan seperti minyak yang digunakan dalam masakan. Jadi, rojak tidak digalkkan makan setiap hari.
46. Ambil 6 hidangan kecil sehari
Tukar tiga hidangan biasa sehari kepada enam hidangan kecil. Melalui cara ini, ia dapat membahagikan kalori yang perlu kepada enam waktu yang berbeza sepanjang hari. Pastikan setiap hidangan kecil mengandungi 300 hingga 400 kalori bercampur dengan karbohidrat kompleks, protein dan 30 hingga 35% kandungan lemak.
47. Kalsium bantu bakar lemak
Menurut satu kajian dari institut nutrisi di university of Tennessee, kalsium sangat membantu dalam membakar lemak. Penyelidikan dijalankan ke atas sekumpulan wanita yang sedang menjalani program diet dan mengambil 1% kandungan susu, yogurt rendah lemak dan keju dalam tiga hingga empat hidangan sehari. Hasilnya menunjukkan kumpulan tersebut dapat menurunkan lemak sebanyak 70%.
48. Awas pada 4.34 petang
Menurut kajian yang dilakukan di California, waktu itulah yang paling bahaya untuk para pengamal diet kerana waktu ini membuatkan seseorang cenderung mengambil makanan ringan. waktu ini juga tahap tenaga fizikal dan kekuatan berada pada tahap yang sangat rendah. Untuk mengharungi masa tersebut, ambil sedikit makanan ringan yang sihat tanpa gula. Jika masih mengambil makanan bergula, berlari turun naik tangga selama lima minit.
49. Hindari makanan pedas
Elak makanan pedas jika inginkan punggung dan paha yang cantik. Makanan pedas seperti cili memang kurang kandungan lemak tetapi ia akan mengubah bentuk lemak yang tersimpan pada bahagian punggung dan paha serta menjadikan bahagian-bahagian tersebut terlepas dari bentuk asalnya.
50. Henti dengan 80% rasa kenyang
Rasa 80% kenyang adalah rasa yang terbaik. Ini disebabkan sistem penghadaman kita akan menghasilkan gas dan udara dalam perut. Jika kita makan terlalu kenyang, gas dan udara yang terhasil selepas itu akan memuakkan lagi isi perut.
Sumber: Inspirasi Langsing Secara Sihat

No comments:
Post a Comment