Thursday, November 17, 2011

Fahami Watak Bayi

Kita perlu mengetahui beberapa perwatakan dan sifat yang ada pada bayi kita. Jika kita perhatikan dengan saksama, sejak awal lagi kita akan dapat mengenal perbezaan pembawaan tingkah laku bayi.

Ada bayi yang senang, ada bayi yang susah. Ada bayi yang menggabungkan kedua-dua sifat tersebut. Ada bayi yang tenang dan ada bayi yang agak cerewet dan ada yang aktif sebaliknya ada juga yang pendiam.

happy baby

Untuk mengenali watak dan sifat bayi, kita mesti mengenali bayi dengan cermat. Setiap bayi mempunyai reaksi yang berbeza. Kita mengetahui sikapnya apabila ia lapar daripada suara kekerapan dan tangisan dan lain-lain.

Sejak awal usia lagi bayi menampakkan beberapa ciri dan watak yang akan mempengaruhi sikapnya. perhatikan dengan teliti kebiasaan bayi itu.

Antara bayi yang pendiam, akltif dan sederhana, manakah yang lebih baik? Pakar kanak-kanak tidak menetapkan watak mana yang terbaik daripada ketiga-tiga watak tersebut. Ini bergantung kepada sikap kita sebagai ibu bapa.

Ada ibu bapa yang suka dengan watak bayi yang tenang kerana tidak menyusahkan mereka. bayi yang tenang ini tidak banyak karenah; tidur lelap, bila sampai masanya menyusu barulah bangun. Bila tidak tidur ia tetap tenang sambil memerhatikan persekitarannya.

sad baby

Di pihak lain ada ibu bapa yang risau dengan keadaan bayi yang sebegini. Bayi yang kurang bergerak ini mereka anggap kurang sihat. Mereka menginginkan bayi yang comel danj cergas. Selain daripada itu, ada juga ibu bapa yang tidak suka bayi aktif. Tambahan pula bayi yang agak cerewet, selalu menangis tanpa sebab yang kelas, jarang tidur, makan tidak tentu masa dan sebagainya. Bayi seperti ini sukar diatur kerana memerlukan perhatian yang lebih meskipun dia sihat. Kalau boleh, ramai yang memilih bayi yang sederhana, tidak terlalu aktif dan tidak terlalu lembap.

Biasanya bayi yang sederhana ini mudah diatur jadual maknnya, dapat bermain sendiri tetapi suka bermain dengan kita. Ini bermakna tidak banyak mengganggu masa ibu bapa.

Kita tidak perlu risau dengan watak bayi ini. Biarkan dia dengan pembawaan wataknya. kita haru perlu mengenal pasti reaksinya dengan cermat. Dengan demikian ia akan memudahkan kita untuk memenuhi kehendaknya.

quiet sleeping babies ;)

Once kita dah faham perangai bayi ni, ia akan membuatkan bayi itu rs selesa. Tetapi bagaimana pula seandainya kita dikurniakan bayi yang lebih aktif sedangkan kita sibuk dengan urusan mencari nafkah. Sesetengah ibu bapa suka agar anaknya cergas dan aktif padahal watak bayi memang pendiam.

Tak perlulah kita khuatir dan cuba untuk mengubah perangainya. Apa yang penting ialah, ibu bapa harus berusaha bagaimana untuk memahami bayi tersebut. Dengan demikian dia akan selesa, riang dan bahagia.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...