Walaupun menang 'emas' dengan menewaskan pasukan tuan rumah Indonesia menerusi penentuan penalti dengan 4-3 selepas terikat 1-1 pada perlawanan sepenuh masa di Stadium Gelora Bung Karno, tetapi ia amat membanggakan kerana dengan kemenangan ini Skuad Harimau Malaya mampu melonjak nama negara di dalam arena bolasepak. Tahniah buat para pemain.
Walaupun Indonesia mendahului melalui jaringan Gunawan seawal minit perlawanan, Malaysia mampu menyamakan kedudukan melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35.
Sebelum perlawanan berlangsung dan ketika cuba memasuki perkarangan Stadium, mereka terpaksa tindakan ganas penyokong fanatik Indonesia di mana ribuan penyokong Indonesia berbaju merah mengetuk bas skuad negara dengan menggunakan kayu sambil ada di antara mereka mengejek dan menunjukkan isyarat lucah.
Skuad negara tidak menaiki Barracuda kerana pihak penganjur dipercayai pihak penganjur memberi jaminan keselamatan tetapi mereka gagal mengawal tindakan ganas para penyokong Indonesia.
Walaupun begitu, Alhamdulillah setelah setengah jam terkandas, pasukan serta penyokong Malaysia berjaya memasuki stadium dengan selamat.
Mungkin tidak dapat menerima kekalahan, majlis penyampaian hadiah pun tidak begitu meriah. Stadium Gelora Bung Karno menjadi lengang sejurus selepas perlawanan berakhir. Yang tinggal hanya para pemain Myanmar, Indonesia, beberapa penyokong Indonesia, pemain Malaysia serta penyokong-penyokong negara.
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23)akan dibawa pulang dengan menggunakan pesawat sewa khas pada malam ini juga dan akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Kuala Lumpur pada Khamis ini. Mereka dijangka tiba pada seawal pagi ini.
Mari kita sama-sama doakan agar Pasukan Bola Sepak Negara pulang dengan selamat.
*Kepada para blogger, sila back-up blog anda sebelum kena hacked.
Tahniah Harimau Muda!!!!!!
ReplyDeletetak rugi tunggu melepak dpn TV smlm, Alhamdulillah ;)
ReplyDelete