Thursday, November 17, 2011

Info DIET 71 - 81

71. Kacang memang baik
Kacang mengandungi lemak tak tepu. Lemak 'baik' ini bukan saja dapat mengurangkan risiko terjadinya penyakit jantung, bahkan menurunkan berat badan juga. Satu kajian yang dijalankan oleh Brigham and Women's hospital di Boston mendapati, mereka yang memasukkan kacang tanah dalam menu hariannya akan kehilangan berat badan antara 5 kg dalam masa 6 minggu. Kandungan lemak yang tinggi pada kekacang membuatkan kita mudah berasa kenyang.

72. Berdiet melalui peti sejuk
'Out of Sight; Out of Mind
Susun makanan yang menyihatkan supaya mata anda akan 'menangkap' makanan yang sihat dan berkhasiat sahaja. Letakkan buah-buahan di dalam plastik lutsinar.

Sediakan makanan sihat:
Jadikan salad sebagai menu utama. Pastikan kuantitinya cukup untuk dimakan dalam masa seminggu. Kemudian, simpan dalam bekas kecil-kecilan.

Elak makanan hiasan:
Snek, aiskrim, coklat atau kek antara makanan hiasan yang selalu ada dalam peti sejuk. Elak membelinya.

73. Teh dan jantung
Menurut laporan dalam Journal of The American Heart Association, minum teh dalam jumlah yang banyak dapat menurunkan risiko kematian akibat serangan jantung. Ini kerana kandungan flavanoids yang terdapat di dalam teh. Flavanoids merupakan anti oksida semula jadi yang biasa ditemui dalam pelbagai makanan yang berasal dari tumbuhan.

74. Manfaat Strawberi
Lapan biji strawberi mengandungi Vitamin C lebih banyak daripada sebiji limau. Satu hidangan strawberi hanya mengandungi 50 kalori serta jumlah kolestrol yang sedikit.

75. Apa itu Chitosan?
Chitosan adalah kanji yang banyak terdapat di dalam kulit udang dan kerang. Fungsi Chitosan ini sama seperti serat tetapi ia mempunyai kelebihan iaitu boleh melekat kepada lemak. Chitosan ini mengandungi cas-cas positif dan ini membolehkannya melekat kepada lemak, kolestrol, triglyceride dan asid hempedu yang mengandungi caj-caj negatif. Oleh kerana ia tidak dicerna dan diserap, ia tidak berupaya menambahkan kalori ke dalam badan.

Orang yang tidak boleh mengambil Chitosan:
=> mengandung atau menyusukan bayi
=> orang yang mengambil ubat seperti 'blood thinner'
=> orang yang memakan ubat yang banyak. Waktu yang kerap menyebabkan ubat tersebut mungkin tidak berfungsi sepenuhnya.

76. Diet tanpa karbohidrat
Diet tanpa karbohidrat adalah diet yang diamalkan tanpa sebarang karbohidrat yang berat. Berikut adalah panduan diet tanpa karbohidrat:
=> makan ikan, kekacang, tempe dan tauhu
=> gantikan lemak tepu (satured fat) yang diperolehi dari daging, krim dan mentega termasuk sayuran kekacang, ikan, minyak jagung dan minyak zaitun.
=> banyakkan mengambil buah-buahan sebagai sumber karbohidrat.

77. Memupuk anak makan sayur
=> sediakan sayur yang berlainan setiap hari.
=> bermain dengan warna. Selain sayuran hijau, masaklah jenis sayuran lain seperti lobak merah, tauge dan bunga kobis.
=> potong sayur-sayuran mengikut bentuk yang unik dan menarik.
=> masak sayur-sayuran tetapi pastikan kekal rangup. Contohnya, seorang kanak-kanak mungkin tidak suka bayam yang lembik, tetapi dia mungkin seronok mengutip kacang pis dan memakannya sendiri.
=> masukkan sayur ke dalam sup.

78. Nutrisi untuk pesakit kanser
=> ambil 5 hidangan setiap hari.
=> pilihlah karbohidrat kompleks seperti nasi, beras merah, roti gandum dan bijirin.
=> pilihlah daging yang rendah lemak.
=> pilih produk tenusu rendah lemak.
=> kurangkan pengambialn gula, garam, lemak dan jauhi alkohol.

79. Ketam dan Udang bantu turunkan berat badan
Salah satu bahan asal haiwan untuk melangsingkan badan ialah kitin (cithin). Kitin merupakan sebatian yang diproses dari kerangka tubuh haiwan berkaki sepuluh seperti udang, ketam yang juga biasa dikenali sebagai 'crustacea'. Serat dari 'crustacea' mempunyai fungsi mencegah penyerapan lemak dari makanan. Selain itu, serat 'crustacea' membantu mengurangkan kadar kolestrol tubuh, mencegah peningkatan tekanan darah dan memperbaiki metabolisme usus.

80. Anggur, snek sihat bagi jantung
Anggur dikatakan membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Anggur mengandungi 70 kalori per separuh cawan dan merupakan sumber potassium, Vitamin C dan pektin. Apabila dikeringkan menjadi kismis, anggur mempunyai kepekatan gula yang tinggi. Pilihlah anggur segar dengan warna terang dan kulitnya tidak berkedut. Simpan anggur dalam peti sejuk tanpa dicuci dalam bekas plastik berlubang selama seminggu.

81. Cegah sakit pinggang dengan diet
Berat badan yang berlebihan akan memberikan ketegangan pada pinggang sebelah bawah. Banyakkan pengambilan protein kerana cara ini dapat membantu mengawal berat badan dan membina semula otot. Elakkan terung, kentang, tomato dan lada kerana makanan-makanan ini merangsang beberapa zat kimia yang menyebabkan keradangan. ia juga membantu mengurangkan 30 - 40 peratus penurunan radang dan rasa sakit pinggang.

Sumber: Inspirasi Langsing Secara Sihat

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...