Thursday, November 24, 2011

Malaysia Tewas Kepada Syria

"golllllll!!!!"

Skuad bawah 23 tahun telah tewas di tangan Syria 0-2 kepada Syria pada perlawanan kedua pusingan ketiga kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Sungguh kesian kan.

Apakah penyebabnya? Adakah kepenatan masih belum hilang lagi atau Skuad Harimau Muda masih terbayang-bayang kejayaan menumpas Indonesia pada Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA 2011 tempoh hari? Hanya pemain dan Ong Kim Swee yang dapat menjawabnya.

Sekali lagi Khairul Fahmi menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya yang dilakukan jentera serangan Syria.

Apa-apa pun "We Proud Of You" Harimau Muda. Jangan ada yang marah pulak.

Ahad ini, Skuad Harimau Muda akan bertemu Bahrain pula yang sebelum ini kalah kepada Jepun 0-2 di Stadium Al-Riffa, Bahrain pada Selasa lepas.

Make sure win ya ;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...