Monday, November 14, 2011

Penjagaan Warga Emas

Semua orang berisiko untuk terjatuh. satu per tiga daripadanya berlaku di dalam rumah di kalangan orang yang berumur 60 tahun ke atas.

Faktor penyebab dan cara mengatasi:-

1. Kelemahan otot kaki
- senaman menguatkan otot seperti naik tangga, berjalan, atau mengayuh basikal ke tasik.

2. Penglihatan kabur/rabun
- buat pemeriksaan mata.
- peang pemegang tangga semasa naik atau turun tangga.

3. Kurang keseimbangan badan
- lakukan latihan keseimbangan seperti senaman guna 'fitball', tai chi dan lain-lain.

4. Kurang kordinasi
- lakukan latihan kordinasi seperti senamrobik, tai chi dan lain-lain.

5. Pakaian terlalu labuh dan licin
- pakai pakaian yang sesuai (tidak mengganggu pergerakan).
- guna kasut yang tidak licin.

6. Penggunaan alat bantu berjalan yang tidak sesuai
- jika anda perlu menggunakan alat bantu berjalan sila dapatkan nasihat daripada Pegawai / Ahli Fisioterapi yang terdekat.

7. Cahaya yang malap
- dapatkan cahaya yang cukup untuk semua ruang dalam rumah.
- gunakan lampu tidur pada waktu malam.

8. Lantai yang licin, berminyak atau basah
- sentiasa lap lantai supaya tidak licin.
- berhati-hati ketika berjalan.
- sentiasa berjalan hampir dengan dinding untuk menyokong diri.

9. Halangan luaran
- pastikan tempat laluan tidak bersepah.

10. Katil yang tinggi
- pilih katil yang sesuai (pastikan kaki cecah lantai semasa duduk di katil).

Tips mengurangkan risiko jatuh:-


1. Lakukan senaman
- senaman yang betul dan berterusan boleh mengurangkan risiko jatuh.
- postur badan yang betul dan senamanboleh meningkatkan daya imbangan badan.
- regangan dan senaman menguatkan otot boleh melindungi sendi dan mengelakkan kelemahan otot.
- penekanan senaman adalah kepada daya kelenturan (fleksibiliti) badan.
- ia melibatkan pergerakan seluruh sendi dan otot.
- contohnya berjalan kaki.

2. Tingkatkan ciri-ciri keselamatan di rumah
- pastikan lantai tidak licin, tangga ada pemegang, cahaya lampu terang, tandas duduk dan lain-lain.

3. Gunakan alat bantu berjalan
- gunakan tongkat, "walking frame" dan lain-lain.

4. Jumpa doktor secara berkala termasuk doktor mata.


5. Jaga kaki anda


6. Jangan merokok


7. Elakkan dari minum minuman keras


8. Elakkan dari memusingkan badan dengan laju

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...