Wednesday, November 16, 2011

Thanks To OXY-NASE

Penting untuk anda yang flu. Sila baca sampai bawah.

Hidung meleleh-leleh teruk. Malam tak boleh nak tidur. Bangun pagi terus terbersin-bersin hingga ke petang. Actified pulak dah habis. Nak makan Panadol Soluble pun bukannye demam. Tapi kalau dah kepala pun berdenyut-denyut dengan bersin yang tak berhenti-henti, hingus pulak meleleh macam air paip memang boleh demam jadiknya. Handkerchief tak tau berapa kali tukar. Stress memang stress.


Bila hubby balik kerja dia ajak ke klinik tapi saya tolak sebab nak tengok MasterChef Malaysia heheh. Kebetulan pulak dia ada beli Oxy-Nase Spray. Try pakai pun tak jalan jugak. Buat gatal hidung lagi ada. At last, dia bagiku Oxy-Nase tablet. Makan satu biji untuk tempoh 24 jam. Then tak sampai 2 jam terus hidung acik kering. Cuma sumbat sikit je. Alhamdulillah, lega rasanya. Bersin pun tak ada dah. Kepala je yang masih sakit and pandangan mata berpinar-pinar.


beginilah rupanya 

Kepada kengkawan kalau korang kena flu especially 2 - 3 hari pertama saya memang sangat sarankan makan Oxy-Nase tablet ni. InsyaAllah boleh melegakan flu tuh. Tau seksanya macam mana. Boleh beli kat farmasi. Harganya, RM14.00 untuk 5 biji. Mahal gila untuk ubat yang kecik je. Tapi berkesan. So boleh try...


p/s: Thks to hubby for buying me this tablet. Not for me but for him also =)

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...